Hati-Hati Ibu, Ini 5 Sebab Kenapa Puting Luka & Melecet Semasa Menyusu

lead image

Dalam proses penyusuan, tentunya ibu pernah mengalami saat puting luka, melecet dan berdarah kerana ada beberapa faktor yang menjadi punca permasalahan ini!

Pernah tak anda mengalami puting luka, bernanah dan melecet? Apa yang anda buat bagi hilangkan rasa sakit itu? 

Sebenarnya, hampir 80% hingga 90% ibu menyusu mengalami puting luka, melecet hingga berdarah. Ada juga yang sampai terjadi mastitis.

Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu azab sakit puting melecet itu bagaimana, kan? Tak hairanlah apabila puting luka, ada ibu ambil keputusan untuk berhenti menyusukan anak.

Sedangkan, banyak penelitian dijalankan menunjukkan puting luka boleh sembuh dan tidak bahaya jika bayi terus menyusu. 

Sebab-sebab puting luka dan melecet 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/latch on.jpg Hati Hati Ibu, Ini 5 Sebab Kenapa Puting Luka & Melecet Semasa Menyusu

Sebab utama puting luka adalah posisi lekapan ketika menyusu yang salah

Hal ini kerana, selama dua ke empat hari selepas bersalin, puting ibu biasanya terasa ngeri kerana masih dalam proses menyesuaikan diri dengan hisapan mulut bayi. 

Sekiranya mulut bayi berada dalam posisi yang tepat pada payudara, rasa ngeri itu dapat dikurangkan setelah susu ibu semakin lancar keluar dan rasa kurang selesa itu hilang dalam satu ke dua hari. 

Namun ia akan jadi sebaliknya jika bayi tidak boleh memasukkan bahagian areola payudara secara penuh ke dalam mulut ketika menyusu. 

Ini akan menyebabkan lidah dan lelangit bayi jadi punca puting lecet, luka sekaligus berdarah. 

Punca lain puting luka 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Prevention.jpg Hati Hati Ibu, Ini 5 Sebab Kenapa Puting Luka & Melecet Semasa Menyusu

Kredit: Prevention

  • Jangkitan kuman pada kulit puting yang membuatkan ia seolah terbakar. Infeksi ini juga boleh ada dalam mulut bayi. 
  • Infeksi bakteria pada puting dan saluran susu
  • Payudara melepuh seperti warna putih di hujung puting. 
  • Raynaud syndrome, keadaan apabila puting berubah jadi putih setelah menyusu dan sakit ketika haid

Jika timbul ragu-ragu seperti adanya masalah di atas, segera lakukan pemeriksaan dengan doktor. 

Cara mengatasi puting melecet 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/payudara.png Hati Hati Ibu, Ini 5 Sebab Kenapa Puting Luka & Melecet Semasa Menyusu

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan bagi mengatasi puting melecet, contohnya seperti berikut:

  • Titiskan susu badan ke atas puting luka setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi. Susu ibu mengandungi zat yang dapat bantu sembuhkan luka dan melawan jangkitan. 
  • Elak guna sabun atau lotion pada bahagian puting semasa mandi. Cukup basuh puting dengan air biasa. 
  • Sapu krim pada puting yang selamat digunakan selepas penyusuan.

Namun, jika puting luka tiada tanda-tanda penyembuhan dalam tempoh dua hari, segera dapatkan rawatan doktor. 

Semoga makumat ini dapat membantu anda.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Putri Fitria. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

6 sebab mengapa payudara anda sakit jika menyusu terlalu lama

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!