Jurugambar kacak ini nampak macam berusia 25, tapi sebenarnya sudah 50 tahun!

undefined

Agaknya apalah rahsia awet muda lelaki kacak yang sudah berusia 50 tahun ini? Anda pasti terkejut kerana rahsianya mudah saja! Sesuai sangat untuk pasangan!

Petua awet muda seorang jurugambar kacak

Adakah umur itu satu angka saja? Itulah fikiran saya apabila memandang lelaki kacak yang bertugas sebagai seorang jurugambar ini. Namanya Chuando Tan dan beliau berasal dari Singapura. Apa petua awet muda beliau hingga nampak sekacak ini???!!!

Sebenarnya, Chuando Tan sudah berusia 50 tahun. Tapi tengoklah rupanya sekarang. Nampak macam umur 25 saja, kan? Aduduh!

Tak percaya dengan kata-kata saya? Jom tengok koleksi gambar beliau dan apa petua awet muda yang beliau amalkan. Anda pasti teruja nak tahu, kan?

Fakta menarik tentang Chuando Tan dan petua awet muda beliau

#1 Chuando adalah seorang model di Singapura pada sekitar tahun 1980-an hingga awal tahun 1990-an. Ketika itu, beliau antara model lelaki yang paling terkenal.

rahsia awet muda, petua awet muda

Kredit: theAsianparent Singapore

#2 Beliau amat gemar menyanyi dan suka muzik genre Mandopop.

#3 Chuando kemudiannya menjadi jurugambar untuk selebriti pada tahun 1996. Beliau telah mengambil foto ramai artis terkenal seperti Shu Qi dan Rosamund Kwan.

rahsia awet muda, petua awet muda

Kredit: theAsianparent Singapore

#4 Pada tahun 2006, beliau telah melancarkan sebuah firma fotografi bernama ChuanDo&Frey hasil gabungan dirinya dan kawan beliau, Frey Ow.

rahsia awet muda, petua awet muda

Kredit: theAsianparent Singapore

Firma fotografi ini pernah menjalankan sesi bergambar dengan pelbagai majalah fesyen antarabangsa seperti majalah Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar, dan Elle. Mereka juga pernah bekerjasama dengan pelanggan dari L’Oréal, ION Orchard Singapore, Levi’s, dan Motorola.

(Amboi, sudahlah kacak, berbakat pula kan!)

#5 Chuando juga memiliki sebuah agensi permodelan terkenal di Singapura, iaitu agensi “Ave”.

rahsia awet muda, petua awet muda

Kredit: theAsianparent Singapore

#6 Chuando memiliki ketinggian 1.85 meter dan berumur 50 tahun. Beliau suka memakai spek mata hitam nerdy dan ada abs mengancam! Kalau ada wanita yang tertarik nak stalk beliau, cuba stalk di Instagram. Beliau ada lebih kurang 416,000 followers!

rahsia awet muda, petua awet muda

Kredit: theAsianparent Singapore

#7 Rahsia awet muda beliau adalah jangan berjaga sampai lewat malam, sentiasa bersenam dan berenang, jangan mandi pada waktu malam atau pada awal pagi, dan makan banyak ayam pedas. Senang saja, kan!

Sebenarnya, aktiviti berenang memang terbukti bagus untuk mana-mana individu mendapat kulit yang kekal awet muda seperti Chuando.

Berenang boleh meningkatkan kekuatan otot dan membina jisim tulang. Barulah kita kekal sihat walaupun sudah berganjak ke usia emas.

Berenang juga membuatkan semua otot badan individu “bergerak”, berbanding dengan senaman lain. Dan berenang turut terkenal bagus untuk mengelak masalah kardiovaskular seperti sakit jantung.

Nak bakar kalori juga lebih senang dengan aktiviti berenang! Ia sebab senaman ini sama macam anda berlari atas treadmill. 

Jadi, ada ibu-ibu yang berkenan dengan rahsia awet muda ini dan nak suruh suami buat juga? Jangan lupa beritahu mereka ya.

Sambil itu, selamat mencuci mata anda 😉

 

 

Artikel disumbang oleh theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahsia-awet-muda-ibu/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!