Apa Rahsia Beyoncé Boleh Kembali Hot Begini Selepas 4 Bulan Bersalin Kembar?

undefined

Beyonce atau Queen B ini sudah kembali langsing lagi meletop walaupun baru saja bersalin anak kembar 4 bulan lalu. Nak tahu apa rahsianya?

Queen B kembali!

Ingin kembali kurus dengan berat badan asal sebelum mengandung adalah impian semua ibu

Walaupun berat badan naik ketika hamil penting untuk kesihatan bayi, tapi wanita mana yang tak risau bila badannya makin mengembang lepas bersalin?

Waktu inilah kita pun sibuk mencari pelbagai petua atau rahsia untuk mengembalikan bentuk badan yang lama.

Beyoncé baru-baru ini memuatnaik gambar dirinya yang gorgeous di Instagram selepas 4 bulan bersalin anak kembar!

turun berat badan

Kredit: Instagram

Penyanyi yang berusia 36 tahun itu baru saja bersalin Rumi dan Sir Carter 4 bulan lalu, tapi tengoklah badannya sekarang, aduh….

Apa cepat sangat dia kembali langsing dan hot meletup, ini!

Jadi apa rahsia dia? Apa yang dia makan dan apa rutin kesihatan yang dia lakukan? Rahsianya adalah, jeng jeng jeng…

 

Apa Rahsia Beyoncé Boleh Kembali Hot Begini Selepas 4 Bulan Bersalin Kembar?

Rahsia Beyoncé menurunkan berat badan 

Menurut sebuah sumber yang memberitahu majalah selebriti terkenal, E! – Beyoncé bijak menjaga pemakanan dan senaman yang dilakukannya.

Malah, The Sun juga pernah melaporkan Beyoncé dan suaminya, Jay Z selalu “memotivasikan antara satu sama lain” untuk menjaga kesihatan.

Beyoncé melahirkan anak kembarnya dengan kaedah c-section. Selepas dibenarkan bersenam, dia melakukan senaman berbasikal di rumah sebanyak beberapa kali seminggu.

Selepas itu, dia juga melakukan senaman kardio perlahan-lahan. Sumber terdekat artis yang terkenal dengan lagu Crazy Love itu amat komited dengan jadual senamannya.

Namun, dia tidak terlalu menekan diri. Dia selesa tubuh badannya telah melalui transformasi “selepas bersalin”, maka dia berbangga dengan tubuh dan kulitnya sendiri!

 

Apa Rahsia Beyoncé Boleh Kembali Hot Begini Selepas 4 Bulan Bersalin Kembar?

Beyoncé turun berat badan dengan pemakanan

Beyoncé juga mengamalkan pemakanan sihat iaitu diet vegan

Dia sengaja memilih diet tersebut kerana ia antara diet yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan selepas bersalin, malah mampu memberi susu badan pada bayi.

Antara makanan vegan yang dimakannya adalah gandum penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, dan kekacang.

Sayuran hijau diperkaya dengan asid folik, maka ia bagus untuk perkembangan bayi.

Apa Rahsia Beyoncé Boleh Kembali Hot Begini Selepas 4 Bulan Bersalin Kembar?

Ah, senang juga cara Beyoncé menurunkan berat badan. Ibu-ibu sanggup tak berbasikal dan makan diet vegan ini?

Amalkan perkara ini untuk turun berat badan selepas bersalin

Kalau anda rasa senaman dan pemakanan Beyoncé tidak sesuai dengan anda, apa kata kita cuba turunkan berat badan ini dengan amalan berikut pula?

Selepas doktor membenarkan mana-mana ibu hamil sudah boleh mula bersenam, cuba anda keluar dan bawa bayi baru lahir anda itu bersama.

Berjalan-jalan di sekitar rumah saja pun sudah mencukupi!

Waktu si manja anda itu tertidur pula, cuba anda lakukan senaman dari menonton video.

Dan yang paling penting: rehat dengan secukupnya. Apabila anak sudah boleh tidur pada waktu malam, lebih senang anda nak menurunkan berat badan! 

Lagipun kajian mendapati jika ibu tak dapat 6 jam tidur setiap malam selepas bayi berusia 6 bulan, maka ibu tersebut akan susah untuk menurunkan berat badan.

Ha… jadi dalam kesanggupan kita untuk buat apa saja untuk menurunkan berat badan, jangan lupa untuk berehat, ya!

Minum banyak air masak, makan dengan sihat dan bersenam perlahan-lahan.

Sumber rujukan: E! News, The Sun, dan Vegan Momma

Kredit gambar: thebigtriceonline.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compunca-kegagalan-untuk-menurunkan-berat-badan/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!