6 sebab bayi yang lahir bulan Disember lebih special, menurut sains
Mari tengok rahsia bulan kelahiran Disember ini. Menurut sains, bayi yang lahir bulan Disember lebih special kerana 6 sebab berikut. Bertuah sungguh!
Rahsia bulan kelahiran – bulan Disember
Seronok juga kadang-kadang baca tentang rahsia bulan kelahiran. Walaupun tidak semuanya betul, tapi ada juga yang kena dengan personaliti diri. Lebih-lebih lagi kalau ia disokong oleh kajian sains.
Kalau anda bakal melahirkan si manja yang dinanti-nantikan itu pada bulan ini (bulan Disember), tahniah! Oleh sebab Disember sinonim dengan tema Krismas, rasa macam diberi hadiah oleh Santa Claus juga, kan?
Sebenarnya, bulan Disember antara bulan kelahiran yang paling jarang berlaku (terutamanya pada tarikh 24 atau 25 hari bulan). Sebab itu, sains ingin membuktikan apa rahsia bulan kelahiran Disember ini.
Bayi yang lahir pada bulan Disember amat special menurut sains dan statistik, kerana 6 sebab ini:
#1 Bangun awal pagi dan tidur lebih awal
Sebuah kajian dari universiti Itali dan Sepanyol mendapati bayi yang lahir pada bulan Disember akan cenderung bangun awal pagi berbanding bayi yang lahir pada pertengahan bulan.
Malah, sebuah kajian lain pula menunjukkan rahsia bulan kelahiran Disember amat special terletak pada kanak-kanak yang akan masuk tidur lebih awal (yay!).
#2 Jadi murid paling muda dalam kelas
Walaupun ramai ibu bapa yang merungut jika anak mereka lahir dalam bulan Disember, mereka akan jadi murid paling muda dalam kelas tadika, tapi ia sebenarnya satu benda bagus juga.
Kalau anda nak tahu, rahsia bulan kelahiran Disember ini amat special kerana anak yang lahir pada bulan 12 akan jadi paling muda dalam kelas dan ada banyak kelebihan jika anak anda jadi murid paling muda dalam kelas mereka!
Kajian mendapati jika anak anda, mereka akan lebih bijak dan mendahului kanak-kanak lain.
#3 Mungkin akan jadi doktor gigi
Para pengkaji dari United Kingdom mendapati bayi yang lahir pada bulan Disember kebanyakkannya membesar bekerja sebagai doktor gigi. Menurut The Guardian, semua ini berkait dengan bagaimana rahsia bulan kelahiran boleh menentukan karier seseorang.
Jadi nampaknya, belum terlambat untuk ibu bapa mengajar anak-anak tentang kesihatan gigi mereka! Mana tahu nanti mereka minat nak jadi doktor gigi, hehehe…
#4 Menggunakan tangan kiri
Anak lelaki yang lahir pada bulan Disember didapati akan menggunakan tangan kiri mereka dengan lebih banyak, menurut kajian University of Vienna. Kajian ini telah mengkaji hampir 13,000 orang dewasa.
Sebanyak 7.5% wanita dan 8.8% lelaki sebenarnya adalah individu yang menggunakan tangan kiri untuk melakukan sesuatu (ia tak salah pun!). Selepas semakan lanjut dilakukan, pengkaji mendapati kebanyakan lelaki dan wanita yang menggunakan tangan kiri lahir di antara bulan November hingga Januari.
#5 Mereka adalah Sagittarius atau Capricorn
Jika anda mempercayai astrologi, anda pasti teruja untuk menyambut anak yang bakal lahir pada bulan Disember ini. Bagi bayi yang lahir di antara 1 hari bulan hingga 21 hari bulan Disember akan dikira sebagai Sagittarius.
Sagittarius adalah lambang yang dikatakan seorang ekstrovert dan gemar pergi melancong. Manakala bayi yang lahir antara 22 hingga 31 hari bulan pula akan jatuh sebagai Capricorn. Capricorn adalah individu yang kuat azam dan suka membantu.
#6 Hidup lebih 100 tahun
Statistik dari Journal of Aging Research mendapati rahsia bulan kelahiran Disember terletak pada keistimewaan untuk hidup lebih lama, ada sehingga 100 tahun!
Walaupun ramai suka merungut bayi yang lahir pada bulan Disember akan dirai sekejap saja kerana akhir tahun, namun seronok juga meraikan hari jadi ketika musim cuti sekolah, betul tak?
Lagipun, bila lagi nak sambut hari jadi anak secara kecil-kecilan dengan keluarga terdekat selain pada bulan Disember? Hehe. Bertuahlah anak itu!
Cuba anda tengok ada tak persamaan 6 benda special ini dengan anak-anak anda?
Sumber rujukan: Motherly
Kredit gambar: rd.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsambut-hari-jadi-anak-setiap-tahun/