Rahsia Kebahagiaan 35 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama
Sudah 35 tahun Shah Rukh Khan dan Gauri bersama. Pelbagai pahit manis terpaksa dilalui mereka. Tapi ini 3 rahsia kebahagiaan rumah tangga yang mereka pegang
Pasangan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri
Siapa yang tak kenal pasangan ini? Walaupun peminat filem Hindustan sudah biasa melihat Shah Rukh Khan di layar perak dengan Kajol, tapi hakikatnya, beliau sudah 28 tahun berumah tangga bersama Gauri!
Oleh sebab itu, kali ini kami ingin berkongsi rahsia perkahwinan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri pada anda.
Mereka bukan saja sudah berkahwin selama 28 tahun, malah sudah lebih 35 tahun hidup bersama.
Pelbagai pancaroba dan halangan telah mereka hadapi. Dan ini merupakan rahsia bagaimana perkahwinan mereka kekal bahagia hingga kini.
Gauri adalah segala-galanya
Shah Rukh Khan antara suami yang tak segan memberi kredit pada Gauri, isterinya atas kebahagiaan rumah tangga mereka.
Lebih-lebih lagi apabila beliau adalah seorang pelakon terkenal. Shah Rukh Khan dipetik mengatakan –
“Susah kalau anda ada pasangan yang merupakan seorang artis. Hidup anda tak lagi melibatkan pasangan saja.
Semua mata di seluruh dunia memerhati tingkah anda. Tapi, Gauri adalah segala-galanya. Sebab dia kami berjaya sekarang.”
3 rahsia perkahwinan bahagia antara SRK dan Gauri
Walaupun mereka berkahwin atas dasar cinta, tapi halangan yang datang tak kurang besar! Cuba bayangkan bagaimana mereka memastikan hubungan ini berkekalan apabila kedua-duanya berlainan agama.
Tambahan lagi, masa mereka baru berkahwin dulu, SRK masih seorang pelakon yang sedang naik.
Tapi semuanya berjaya diatasi mereka kerana 3 rahsia ini:
1. Cinta lebih agung daripada semua
Agama tak menjadi batu penghalang untuk menyatukan dua hati. Gauri beragama Hindu dan Shah Rukh Khan beragama Islam.
Keluarga Gauri menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana faktor agama. Tambahan lagi, sebab SRK itu artis.
Tapi, mereka berdua tetap sama-sama cuba meyakinkan keluarga Gauri. Malah, mereka tunjuk betapa serius dan agungnya cinta mereka berdua.
Akhirnya, SRK dan Gauri selamat dikahwin pada tahun 1991.
2. Keluarga adalah insan nombor satu dalam hidup
Gauri adalah cahaya yang menyinari SRK. Ketika SRK masih bergelut dengan bidang lakonan lagi, Gauri tak pernah berputus asa menyokong suaminya.
Malah, SRK juga amat mementingkan keluarga. Bagi beliau, keluarga adalah nombor satu dalam hidup.
Sebab itu tak kisahlah berapa jauh beliau pergi, berapa terkenal beliau jadi, SRK mempunyai satu hidup peribadi di mana dia merupakan lelaki yang mementingkan keluarga.
Dan Gauri memiliki perhatian beliau sepenuhnya, kalau beliau tak berlakon.
SRK dipetik dalam sebuah temubual mengatakan –
“Kami sudah kenal lama. Lama sangat dan pelbagai cabaran telah kami lalui. Tapi saya percaya satu perkara.
Untuk kekal bahagia, pasangan bukan asyik kena berkepit setiap masa. Kena tengok bulan dan sebagainya.
Cukuplah dengan duduk serumah bersama pasangan. Saya melalui ruang tamu nak ke bilik dan saya nampak Gauri.
Cinta saya takkan pernah padam. Lagipun, kami ada anak-anak yang jadi bukti hubungan romantik kami cukup kukuh, kuat dan mekar.”
3. Teman, kekasih dan pasangan yang sehati sejiwa
Shah Rukh Khan juga mengatakan beliau tak dapat bayang hidupnya tanpa hubungan ini. Gauri dan SRK sudah berkawan, menjadi pasangan kekasih dan sekarang sudah 28 hidup bersama.
Gauri melengkapkan kebahagiaan rumah tangga mereka. Mereka berdua adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri – yang tak dapat dipisahkan.
SRK mengatakan –
“Kami kenal sejak tahun 1984 lagi. Sudah 30 tahun lebih kami kenal masing-masing! Dulu kami ke Mumbai saja untuk berbulan madu.
Sekarang kami sudah ada anak. Anak lelaki saya lebih tinggi daripada saya sekarang. Anak gadis kami pasti akan melebihi tinggi Gauri nanti.
Dan kami ada antara satu sama lain. Dah banyak halangan kami lalui. Semuanya memberi pengajaran buat saya dan Gauri.
Tapi dari situ kami belajar untuk menjayakan perkahwinan ini. Kami adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri yang tak dapat dipisahkan.
Kedua-dua pasangan ini sering menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Oktober. Tahun lepas, SRK turun dari Budapest untuk menyambut ulang tahun tersebut, walaupun sibuk berlakon.
Mereka juga dikatakan sering menyambut dan menganjurkan majlis Diwali setiap tahun.
Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jom ambil inspirasi daripada kebahagiaan rumah tangga mereka!
Sama-sama kita menyemarakkan hubungan suami isteri dan menjaga ikatan perkahwinan yang suci ini, ya?
Sumber rujukan: theIndusparent
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.com10-tabiat-yang-ada-pada-pasangan-paling-bahagia/