6 Rahsia Kejayaan Tun Dr Mahathir Yang Boleh Diterapkan Pada Anak Kita, Jom Ubah Mindset!

undefined

Siapa yang tidak kagum dengan personaliti negarawan Malaysia ini? Walaupun usianya 93 tahun, Tun Dr Mahathir masih mampu memerintah sebuah negara!

Mendidik anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada masyarakat bukanlah tugas mudah, dan perlu dipupuk sedari mereka kecil lagi. Salah satu caranya adalah dengan mengaplikasikan rahsia kejayaan individu yang telah meraih matlamat yang dinginkan dalam kehidupan.

Tun Dr. Mahathir merupakan antara negarawan yang amat dikagumi di Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan telah berkhidmat selama 22 tahun sejak 16 Julai 1981.

Beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 2013 dan menariknya, beliau sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ke-2 pada tahun 2018 di usia 93 tahun!

cara didik anak

sumber: thestaronline

Walaupun sudah melangkaui usia lanjut, namun setiap tingkahlaku beliau sentiasa menjadi perhatian masyarakat dari gayanya, cara pemikirannya malah diet pemakanan juga.

Beliau bukan sahaja dikagumi oleh rakyat Malaysia, malah pemimpin negara lain juga turut mengagumi kehebatan Tun Dr. Mahathir.

Hebat bukan? 

Rahsia Kejayaan Tun Dr.Mahathir Yang Boleh Diterapkan Kepada Anak-Anak

tips berjaya

Tun Dr.Mahathir yang merupakan Bapa Permodenan juga merupakan seorang bapa kepada 4 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Tun Dr. Siti Hasmah yang menjadi kesayangan rakyat.

Bukan sahaja beliau, malah anak-anaknya juga meraih kejayaan yang saya kira dididik atas pegangan hidup beliau juga.

Jom kita tinjau beberapa rahsia kejayaan, tips dan gaya hidup beliau yang boleh dijadikan pegangan buat anak-anak kita khas dari kata-kata Tun Dr. Mahathir sendiri.

#1 Banyakkan Membaca Buku

Sewaktu kecil, saya membelanjakan wang yang diberi ibu bapa untuk membeli buku pada hari minggu. Saya banyak membaca buku berbahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih Bahasa Inggeris.

#2 Sentiasa Cari Ilmu

cara didik anak

Apabila kita buat banyak kali, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap. Jika anda banyak membaca, otak anda semakin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah daripada apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk berbelanja wang ringgit untuk dapat bacaan buku. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).

#3 Buat Kerja Harus Jujur

Buat kerja dengan amanah, jujur. Dulu saya cipta slogan, “Bersih, Cekap, Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, jika kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih daripada negara maju yang lain.

#4 Ubah Mindset

Di seluruh Alor Star, banyak kedai Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai Cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu pada ketika itu menganggap berniaga itu hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status. Saya rasa tak sedap hati. Majoriti orang Melayu masa itu adalah nelayan, rata-rata miskin. Kita perlu ubah mindset begini.

#5 Jangan Ikut Keseronokan

Jangan ikut keseronokan. Macam contoh, orang kita sekarang suka jadi mat rempit daripada belajar di universiti. Dulu lain, dapat tawaran universiti, kita dulu melompat-lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.

#6 Sentiasa Merancang

tips tun mahathir, rahsia kejayaan

Ketika darjah 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tidak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan British.

Walhal ketika itu, orang Melayu kebanyakan mengandaikan sangat mustahil untuk pihak Britih kecundang, lagi-lagi di tangan Jepun.

Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita. Jika mereka mahu lakukan sesuatu perkara, mereka rancang dengan strategi yang sistematik. Dari sekecil-kecil hal sehingga hal yang berat.

Pesanan Tun Dr.Mahathir yang paling penting sekali adalah perlunya berdisiplin dalam segala hal.  Ibu ayah boleh terapkan disiplin pada anak-anak sejak dari kecil lagi ya, dan perlu diingat juga yang role model terbaik buat anak-anak adalah diri kita sendiri.

Diharap artikel ini bermanfaat. 🙂

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

6 Rahsia Kejayaan Tun Dr Mahathir Yang Boleh Diterapkan Pada Anak Kita, Jom Ubah Mindset!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook

Baca juga:

https://my.theasianparent.comrahsia-sihat-tun-mahathir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!