Para Mummy Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini. #4 Tu Paling Tak Apa!

undefined

Ibu, anda rasa seperti orang menilai setiap gerak geri anda? Memang susah untuk puaskan hati semua orang tapi jangan rasa bersalah lakukan 6 perkara ini!

Dari hari pertama para ibu membawa pulang si kecil kita itu balik ke rumah, setiap pilihan yang kita buat pasti akan menimbulkan persoalan atau rasa bersalah. Kita rasa bersalah pada semua benda dan  juga takut dengan tanggapan orang luar yang sentiasa menghakimi dan mempertikaikan keputusan kita sebagai seorang ibu.

Hakikatnya, tidak banyak cara yang salah untuk membesarkan anak. Asalkan kita beri anak makan, jaga makan pakai, sentiasa ada untuk mereka dan sayangkan mereka. Apa kata sekarang ini, kita beri diri kita dan ibu-ibu yang lain masa untuk berehat. Hentikan perbuatan memalukan keputusan ibu atau menghakimi mereka dengan pendapat anda.

Punca Para Ibu Rasa Bersalah

Menurut PubMed Central, rasa bersalah yang tidak wajar atau berlebihan disenaraikan sebagai simptom kemurungan oleh Persatuan Psikiatri Amerika (1994).

Walaupun banyak ukuran rasa bersalah telah dibangunkan, masalah definisi dan operasi wujud, terutamanya dalam penerapan langkah-langkah tersebut pada zaman kanak-kanak dan remaja.

Rasa bersalah yang berlebihan turut akan menguasai diri anda secara berlebihan dan akan mengurangkan kualiti hidup serta cepat terpengaruh. Selain itu, ia akan menimbulkan trauma yang boleh dihasilkan daripada perasaan bersalah.

Rasa bersalah seorang ibu mempunyai banyak asal-usul, bermula dari rasa tidak selamat oleh tekanan luar, keluarga, rakan, media sosial, dan sumber lain. Malah, ada juga yang mulai melahirkan rasa bersalah apabila melihat ibu-ibu di Instagram yang seperti menjadi seorang ibu yang begitu bagus dengan berpakaian sempurna dan gambar-gambar menarik.

rasa bersalah

Kredit gambar: Style Caster

Para Ibu Jagan Rasa Bersalah Sekiranya…

Memang kita perlu mengehadkan masa anak menonton tv. Kita juga perlu berhati-hati dalam memilih rancangan yang akan ditonton oleh mereka. Membiarkan anak menonton rancangan seperti Dora The Explorer atau Dexter Laboratory tidak akan merosakkan otak anak.

TV telah wujud sejak berzaman-zaman. Ibu bapa kita juga membesar dengan menonton kartun di TV. Jadi memang terbukti ia tidak memberi kesan-kesan yang teruk pada mereka.

Ibu bapa yang meluangkan masa di rumah dengan anak kecil pasti tahu yang membiarkan anak menonton Sesame Street selama 30 minit dapat memberikan anda masa untuk diri sendiri. Tambahan lagi, Elmo memang boleh membuat anak anda lebih bijak

#2. Rasa Bersalah Ambil Suntikan Epidural

Semua wanita tahu yang bersalin itu sakit dan epidural adalah penyelesaian untuk sakit tersebut. Bersalin bukan pertandingan, jadi jika anda rasa anda mahu mengharungi sakit bersalin tanpa bantuan perubatan ia adalah keputusan anda.

Untuk ibu-ibu yang mahu mengambil epidural, silakan. Itu bukan bermakna anda lemah. Jadi tak perlu untuk rahsiakan dari pengetahuan umum yang anda mengambil epidural. Anda berhak membuat keputusan untuk diri anda sendiri!

#3. Rasa Bersalah Beli Makanan Bayi Di Pasar Raya

Mentaliti yang diterapkan untuk kita adalah kita perlu menyediakan makanan sendiri untuk bayi kita. Ia merupakan penipuan terbesar untuk ibu bapa di zaman serba canggih ini. Mungkin ada yang menyiapkan makanan bayi atas kerelaan.

Tapi, tak kurang juga ada ibu bapa yang terpaksa melakukannya sebab takut atau malu dengan cakap-cakap orang sekeliling. Makanan bayi yang sudah tersedia di pasar raya memang mudah dan menjimatkan masa. Jadi kenapa nak susah-susah sediakan makanan untuk anak bila ada yang sudah tersedia?

#4. Rasa Bersalah Untuk Ambil Ubat Tahan Sakit Selepas Bersalin

Seperti epidural, anda jangan rasa bersalah jika anda perlukan sesuatu yang lebih kuat dari ibuprofen untuk menahan sakit selepas bersalin. Kesakitan selepas bersalin memang banyak, faraj koyak, jahitan faraj, payudara bengkak dan masalah untuk susukan anak.

Untuk sesetengah wanita, ada pelbagai sakit lain selain pembedahan. Jadi hentikan idea yang wanita paling banyak ‘merana’ lebih berjaya. Ini bukan pertandingan. Nasib baik ada perubatan moden yang boleh bantu anda untuk menahan sakit.

#5. Rasa Bersalah Beri Susu Formula Pada Anak

Susukan anak dengan susu ibu memang bagus dan baik untuk bayi. Tapi kenyataannya, payudara tidak boleh memberi bayi anda super powers. Ia juga bukan penentu kepandaian anak. Jadi apa kata kita jangan kecam atau menilai ibu bapa yang beri anak formula.

Susu formula juga memberikan nutrisi pada bayi dan memberikan kesihatan pada bayi. Ibu-ibu juga mempunyai sebab tersendiri untuk memilih formula. Jadi ibu tak perlu rasa bersalah untuk membuat apa-apa pilihan untuk susukan anak.

#6. Rasa Bersalah Bila Anak Merengek Di Tempat Awam

Kita memang tak boleh nak jangka mood anak kita. Mereka boleh ‘meltdown’ pada bila-bila masa, di mana jua tempat. Oleh itu, janganlah kita lupa bahawa setiap ibu bapa merasai pengalaman yang sama. Anak tiba-tiba merengek, ‘tantrum’ tak tentu pasal, dan sebagainya.

ITU NORMAL, ya.

Jadi anda tak perlu rasa bersalah atau malu jika anak anda mula merengek dan buat perangai di tempat awam. Kerana semua ibu bapa faham apa yang anda lalui. Selalunya orang yang ‘judge’ bila anak merengek di tempat awam adalah orang yang belum punya anak. Jadi, abaikan mereka. Mungkin masih belum merasai keadaan seperti itu.

Cara Menghilangkan Rasa Bersalah

rasa bersalah

Kredit gambar: BetterUp

#1. Amalkan Sikap Toleransi

Apabila bayi anda dilahirkan, ia tidak hanya melibatkan suami dan anda sendiri saja. Ia melibatkan anda berdua malah juga kedua-dua pihak keluarga. Kadangkala, kekecohan yang terlalu banyak dari kedua-dua pihak keluarga boleh menambahkan stress ibu baru.

Seorang memberi pendapat yang lain tentang cara menjaga bayi anda, atau seorang pula beri petua berlainan mengenai pantang bersalin. Memang susah apabila ibu baru rasa terperangkap di antara kedua-dua keluarga! Jadi, semua orang perlu bersikap bertoleransi antara satu sama lain biarpun mereka tidak bersetuju dengan cara tertentu.

#2. Memilih individu yang sesuai untuk menolong anda

Isu ini akan muncul setelah anda melahirkan anak. Contohnya siapa yang patut menjaga anda ketika berpantang. Nak berpantang di rumah mak sendiri atau di rumah mak mertua? Orang yang membantu anda akan membawa bersama nilai, pendirian dan cara mereka yang tersendiri.

Jika mereka tidak bersependapat dengan anda, ini hanya akan menambahkan konflik, rasa bersalah dan juga kepada stress ibu baru.

#3. Susu Badan Atau Susu Formula? Terpulang. Asalkan Bayi Anda Tak Kelaparan!

Perkara yang paling stress untuk ibu baru ialah memberi susu badan. Ramai ibu rasa setiap ibu patut menyusukan anak mereka kerana susu ibu adalah susu yang paling baik untuk anak, boleh membina ikatan, dan memberi anak antiboti yang mereka perlukan. 

Tapi kita belum mempertimbangkan situasi ibu tersebut. Cuba bayangkan ibu yang sedang cuba pulih selepas bersalin, ibu yang letih kerana perlu menyusu setiap dua jam, kurang tidur, masalah puting retak, payudara yang kembang, serta masalah kurang susu badan.

Memaksa ibu itu untuk menyusu hanya akan menambahkan stress ibu baru ya. Biarpun ibu memilih formula, atau memilih untuk mengepam dan memberi susu melalui botol ataupun terus dari payudara ibu, semua ini adalah keputusan anda sendiri.

Yang paling penting, bayi anda tidak kebuluran.

#4. Berkomunikasi Dengan Para Ibu Yang Lain

Masalah yang paling biasa apabila berhadapan dengan rasa bersalah ibu adalah tidak dapat berkomunikasi atau berkongsi perasaan anda dengan orang lain. Ingat, tiada siapa yang membaca minda, jadi cuba untuk tidak menganggap bahawa keperluan anda jelas kepada orang di sekeliling anda.

Apa yang anda perlukan sebenarnya adalah – mungkin juga satu malam di hotel? Hidangan panas tanpa gangguan? Mungkin ia adalah mandi yang panjang dan hangat. Anda perlu berusaha untuk meminta bantuan daripada pasangan anda atau sokongan lain dengan cara yang jelas.

Anda juga boleh berkomunikasi dengan para ibu yang lain, mereka adalah orang yang paling tepat untuk anda meluahkan segalanya. Ini kerana mereka lebih mengetahui dan berpengalaman dalam menjadi seorang ibu.

#5. Mengurangkan ‘Jangkaan’ (Expectations)

Jangan sering melihat kehidupan di media sosial sahaja kerana perkara tersebut tidak semestinya betul. Ada yang sebenarnya berjuang untuk membesarkan anak masing-masing. Oleh itu, perlu diingatkan bahawa tidak semuanya indah. Mungkin kehidupan mereka menerusi media sosial, begitu indah. Luaran, tiada siapa tahu.

Jadi, buat ibu-ibu baru di luar sana – ingatlah bahawa anda hanya perlu fokus dalam membesarkan anak-anak dengan cara dan ‘timeline’ anda tersendiri. Jangan dibandingkan ‘milestone’ anak masing-masing. Lain kanak-kanak, lain kelebihannya.

Bila Patut Risau?

rasa bersalah

Kredit gambar: Psychology Today

Apabila anda menyimpan segalanya sendiri, rasa bersalah ibu boleh menyebabkan anda ingin mengasingkan diri dan membawa kepada lebih banyak masalah kesihatan mental. Jadi, adalah penting untuk anda mendapatkan bantuan jika anda mula berasa ‘overwhelmed’.

Walaupun secara teknikal ia tidak akan diagnosis, berat dan kesan rasa bersalah terhadap keseluruhan fungsi harian adalah membimbangkan. Carilah sokongan yang sihat iaitu kumpulan sokongan (support groups) rakan sebaya dan profesional. Bercakap dengan pakar terapi juga boleh membantu anda membina pandangan dan menavigasi cara menguruskan perasaan ini.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu-ibu baru di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca Juga: Wanita ini berkongsi 5 tips berguna untuk mengatasi stres ibu-ibu baru

Baca Juga: 20 Kesalahan Lucu Yang Sering Dibuat Oleh Ibu-Ibu Baru Di Luar Sana!

Baca Juga: Salah Ke Kalau Ibu Baru Bersalin Tidak Mahu Menerima Pelawat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!