Pukul berapa waktu paling ghairah untuk buat hubungan intim dengan pasangan?

Pukul berapa waktu paling ghairah untuk buat hubungan intim dengan pasangan?

Adakah anda dan pasangan rasa ghairah pada waktu yang sama? Anda pasti terkejut dengan hasil kaji selidik tentang waktu ghairah lelaki dan wanita ini.

Apabila anda rasa ghairah, anda mesti mengharapkan pasangan anda juga turut merasakan hal yang sama. Tapi, satu kaji selidik yang dilakukan di England ini mengatakan sebaliknya!

Adakah lelaki dan wanita sering rasa ghairah pada masa yang sama?

rasa ghairah, seks, hubungan intim, daya tarikan seksual, tolak seks, ghairah wanita, titik ghairah bagi lelaki,

Hasil kaji selidik tersebut menunjukkan ramai wanita ingin melakukan hubungan intim pada jam 11.21 malam atau beberapa saat sebelum tidur.

Kaum lelaki lain pula. Kebanyakan dari mereka merasa keinginan untuk melakukan seks pada jam 7.45 atau sebelum mereka pergi kerja.

Kaji selidik ini dijalankan oleh Lovehoney, pengeluar mainan seks yang terkenal di England. Kesimpulannya, wanita lebih cenderung merasakan ghairah untuk melakukan seks pada jam 11 malam sehingga dua pagi.

Sedangkan lelaki lebih suka melakukan seks pada waktu pagi di antara jam lima hingga sembilan pagi.

“Memang tak hairan jika banyak pasangan yang cuba bermati-matian untuk mengamalkan kehidupan seks yang sihat kerana mereka rasa ghairah pada waktu yang berbeza.” tambahnya lagi.
Ramai lelaki dan wanita memlilih pasangan yang ada keinginan seks dan rasa ghairah yang sama dengan mereka

rasa ghairah, seks, hubungan intim, daya tarikan seksual, tolak seks, ghairah wanita, titik ghairah bagi lelaki,

Kaji selidik yang melibatkan lebih dari 2300 orang di England juga mendapati seseorang lebih cenderung untuk berumah tangga dengan pasangan yang mempunyai naluri seks yang sama dengan mereka.

Ini kerana, dua dari tiga wanita dan separuh dari lelaki dari kaji selidik ini mengatakan yang mereka mahu melakukan hubungan intim jika pasangan mereka juga mahukan hal yang sama.

Apa yang menimbulkan rasa ghairah lelaki dan wanita?

Lebih dari separuh lelaki di dalam kaji selidik ini mengatakan yang keinginan mereka untuk melakukan seks muncul begitu saja.

Manakala 36% wanita mengatakan perasaan mereka akan mempengaruhi keinginan mereka untuk melakukan seks.

Keinginan untuk melakukan hubungan intim pada waktu yang berbeza boleh menyebabkan masalah dalam rumah tangga.

Ini kerana, jika suami anda menolak ajakan seks anda dengan alasan mereka tak merasakan perkara yang sama, ataupun isteri yang dingin seks,  ia secara tak langsung boleh buat anda terasa hati dan kurang keyakinan diri.

Ini bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana mungkin lambat-laun ia akan menjadi lebih teruk.

Jadi, anda perlu berbincang dengan suami atau isteri anda tentang perkara ini dan jangan mendiamkan diri. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner