5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Rasa Sakit Semasa Ovulasi

lead image

Anda pernah rasa sakit semasa waktu subur (ovulasi) hingga rasa memulas-mulas dan nyilu? Ketahui 5 perkara penting tentang ovulasi ini untuk kesihatan anda.

Rasa sakit semasa ovulasi (waktu anda subur)

Sakit ovulasi atau juga dikenali sebagai mittelschmerz biasa berlaku semasa wanita mengovum atau “mengeluarkan telur”.

Rasa sakit itu terasa seperti memulas-mulas dan nyilu di bahagian abdomen, seiring dengan ovulasi ketika haid.

Jika anda boleh merasakan diri dalam fasa ovulasi, ini perkara yang biasa. 

Tapi, ada sesetengah wanita mengalami ovulasi yang sangat menyakitkan dan ini sebenarnya tidak normal dan perlu diberi perhatian.

Sakit parah – yang menusuk dan menyebabkan anda rasa lemah adalah tidak normal. Jika kesakitan yang dialami membuatkan anda tidak boleh berbuat apa-apa dan memerlukan ubat penahan sakit, ini tanda anda perlu diperiksa pakar!

 
ovulasi

Sumber gambar: EVOKE

Menurut Doktor Andrew Orr seorang pakar perubatan dan kesihatan wanita, kesakitan ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan dan ia harus diperiksa oleh pakar dengan segera.

Jom semak #5 perkara penting tentang rasa sakit ketika ovulasi ini untuk memastikan anda sudah bersedia dengan segala ilmu yang penting!

Bukan untuk orang lain… untuk kesihatan anda juga!

5 perkara penting tentang ovulasi yang wajib anda ketahui

#1: Cyst (sista) pada ovari

Kesakitan ovulasi selalunya petanda cyst/sista pada ovari. Sista ini boleh berkembang atau pecah, semasa tempoh ovulasi.

Kaitan:

Minum Air Berais Ketika Haid Punca Cysts & Kanser: Mitos Atau Benar?

Wanita dengan PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) sering mengalami kesakitan ini disebabkan perkembangan cyst yang banyak pada ovari.

Ovari sistik adalah akibat ketidakseimbangan hormon ,yang biasanya berkaitan dengan ketahanan insulin seseorang wanita.

Wanita dengan masalah ini perlu mengurangkan pengambilan gula dan bijirin kerana kedua-dua makanan tersebut boleh menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak naik dan menyebabkan keradangan dalam badan.

Diet yang lebih sesuai dan disyorkan oleh Doktor Orr adalah diet yang mengandungi makanan GI yang rendah, atau gaya makan paleo.

#2: Penyakit Endometriosis

ovulasi

Sumber: The Sun

Endometriosis adalah penyakit keradangan yang menjejaskan ovari dan tiub fallopio.

Baca juga:

Endometriosis, Penyakit “Senyap” Yang Dihidap Ramai Wanita

Ia juga boleh menyebabkan kesakitan semasa ovulasi. 

Tanda-tanda penyakit endometriosis termasuklah: rasa sakit semasa hubungan seks, migrain, sembelit, sakit kepala, dan rasa pening. 

Sesetengah wanita yang mengalami endometriosis tidak akan menunjuk gejala-gejala yang dinyatakan di atas. Inilah sebab mengapa ia adalah sangat penting untuk berjumpa pakar jika anda mengalami masalah kesuburan.

#3: Pelekatan dari pembedahan sebelum ini

Jika anda pernah menjalani pembedahan seperti pembedahan Caeser ataupun mengeluarkan apendiks melalui pembedahan – pelekatan dan parut tisu boleh menyebabkan sakit ovulasi. 

Ia menyekat ovari dan struktur sekitarnya.

Kadang-kadang ovari juga boleh melekat pada usus dan organ lain dan ini juga akan menyebabkan kesakitan! Keadaan ini boleh dibetulkan dengan pembedahan laparoskopi.

ovulasi

#4: Jangkitan bakteria dari prosedur lain

Terdapat berbagai-bagai cara bakteria boleh masuk dalam tubuh badan

Salah satu cara ia boleh masuk ke dalam rongga pelvis adalah dengan melalui kateter semasa pembedahan dan semasa proses bersalin. 

Bakteria yang masuk boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan lalu mengakibatkan rasa sakit semasa ovulasi.

#5: Jangkitan kelamin

Jangkitan kelamin (STI) juga boleh menyebabkan kesakitan ketika ovulasi.

Salah satu contoh jangkitan STI adalah klamidia. Ia boleh menyebabkan keradangan pada tiub fallopian, parut, dan penyakit keradangan pelvis (PID).

Klamidia juga boleh menyebabkan hidrosalpinx – di mana tiub fallopian akan tersekat dengan nanah dan menyebabkan keradangan serta kesakitan.

Jangan pandang ringan perkara ini dan beri alasan:

  • “tak apalah. Lagipun, saya sudah punya anak” 
  • “kawan cakap sakit ovulasi perkara biasa”
  • “saya sudah scan, tak ada apa-apa pun”

Walaupun anda telah mempunyai anak, anda masih berpotensi untuk menghadapi masalah kesihatan dan tidak mengetahuinya.

Ramai doktor biasa tidak berpengetahuan tentang ginekologi. Mereka bukan pakar, mereka cuma pengamal perubatan umum. 

Jadi, anda perlu selalu merujuk kepada pakar jika anda mengalami masalah ini dan dapatkan pendapat kedua jika anda masih kurang pasti.

Anda juga perlu tahu, imbasan tidak dapat mengesan semuanya, terutamanya parut tisu, pelekatan, dan endometriosis. Hanya ada satu cara sahaja untuk menilai keadaan rongga pelvis dengan betul dan tepat, iaitu melalui laparoskopi.

Hanya ada satu cara sahaja untuk menilai keadaan rongga pelvis dengan betul dan tepat, iaitu melalui laparoskopi.

Sumber: Belly Belly

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Radang Pelvis (Pelvic Inflammatory Disease)