Realiti Sebenar Tentang Badan Ibu Selepas Bersalin

undefined

Imej badan terus langsing bak model selepas bersalin adalah tidak benar. Ini merupakan realiti sebenar yang harus semua wanita tahu. Mari selami kebenaran.

Badan selepas bersalin

Elise Grossman merupakan seorang ibu beranak 3 yang menetap di Australia.

Awal tahun ini, dia telah mengongsikan gambarnya tanpa seurat benang di Instagram, tidak lama selepas melahirkan anaknya yang bongsu.

Realiti Sebenar Tentang Badan Ibu Selepas Bersalin

Realiti badan selepas bersalin, foto ehsan: raisingyoungloves/Instagram

Dia berbuat demikian kerana mahu menunjukkan realiti sebenar tentang bagaimana badan seorang ibu selepas bersalin kelihatan dan ingin memulakan perbincangan mengenainya. 

Dan dia berjaya berbuat demikian!

“Satu perasaan yang pelik apabila tunduk ke bawah dan masih melihat ada perut yang besar.”

Terlalu kerap, ibu baru lepas bersalin akan rasa tertekan dengan orang sekeliling yang meminta mereka “menghilangkan” semua “lemak bayi” itu. 

Tekanan ini mungkin datang dari saudara dan kawan-kawan. 

Tetapi selalunya ia adalah dari media yang menunjukkan imej tidak realistik selebriti yang kelihatan ‘sempurna’ tidak lama selepas bersalin.

Sesetengah ibu baru dapat menangani tekanan ini dengan baik. Tetapi ada juga yang tidak. Ini boleh menyebabkan kemurungan, keresahan dan isu badan yang negatif.

Ini boleh menyebabkan kemurungan, keresahan dan isu badan yang negatif.

Disebabkan itulah adalah PENTING untuk kita semua mempunyai jangkaan dan pemahaman tentang bagaimana badan ibu selepas bersalin sebenar-benarnya kelihatan.

Bukan hanya untuk kita para ibu, tetapi ia juga mereka yang belum menjadi ibu badan kerana dari mereka kesedaran dan pembelajaran ini harus bermula.

Realiti Sebenar Tentang Badan Ibu Selepas Bersalin

Realiti badan selepas bersalin, foto ehsan: raisingyoungloves/Instagram

Menurut Elise,

Seperti ramai wanita, saya juga sering melihat media, melihat selebriti yang menunjukkan badan selepas bersalin mereka yang persis model! 

Saya menyangka benda itu juga akan terjadi pada saya.

Jadi apabila saya sampai ke rumah 4hari selepas bersalin, dan masih kelihatan seperti 6bulan hamil, saya sangka saya ada membuat sesuatu yang salah…

Mengapa saya memerlukan setahun untuk boleh memakai seluar yang saya boleh guna sebelum hamil?

Kerana bagi kebanyakan wanita, bagi saya, gambar selepas bersalin yang telah dilukis di dalam kepala saya sungguh tidak realistik.

Tetapi, kata-kata berikut betul-betul tepat:

Saya memuat naik gambar ini kerana saya berharap seseorang ada memuat naik gambar seperti ini semasa saya hamil. berharap ada seseorang memberitahu saya secara realistik apa yang akan terjadi kepada badan dan minda saya.

Saya berharap ada seseorang memberitahu saya secara realistik apa yang akan terjadi kepada badan dan minda saya.

Trimester keempat hanyalah topik mitos. Saya mahu ibu-ibu lain seperti saya tahu yang mereka tidak keseorangan.

Bagaimanapun perjalanan selepas bersalin anda? Adakah ia ok, normal dan adakah ia patut dipuji? 

Saya lakukan semua ini untuk saya, awak, dan semua wanita!

Kami sangat bersetuju dengan Elisa dan tahniah kepada ibu ini kerana menjadi contoh yang kita semua perlukan.

Sumber: theAsianParent Singapore 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combentuk-badan-selepas-bersalin/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!