Bolehkah Wanita Rebonding Rambut Ketika Mengandung? Adakah Ia BOLEH Jejas Kesihatan Janin?

Jika anda ingin melakukan rebonding rambut ketika mengandung, mungkin anda perlu mempertimbangkan beberapa risiko bahaya ini kepada kandungan anda.

Adakah anda salah seorang wanita yang kerap meluruskan rambut atau melakukan rebonding? Tambahan lagi apabila mengandung, anda masih mahu kelihatan cantik, tapi rasa was-was pula, bolehkah rebonding rambut ketika mengandung?

Ha… jom kita semak jawapan tentang soalan anda itu.

Mengandung merupakan satu fasa yang penting dan istimewa dalam kehidupan wanita. Ibu perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih apa yang anda makan, atau aktiviti yang boleh mempengaruhi bayi dalam perut.

Pendek kata, semuanya harus berpada-pada.

Bolehkah Saya Rebonding Rambut Ketika Mengandung?

rebonding rambut ketika mengandung

Kredit: Healthline

Namun sehingga sekarang, belum ada kajian yang membuktikan selamat untuk melakukan rebonding rambut ketika mengandung.

Rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti rebonding, relaxing dan sebagainya ini mempunyai risikonya sendiri.

Malah jika kita tidak hamil pun, kita sendiri tahu akan risiko kerosakan rambut dalam jangka masa panjang.

Bahaya Rebonding Rambut Ketika Mengandung

rebonding rambut, rebonding rambut ketika mengandung, meluruskan rambut, rebonding rambut semasa hamil, rebonding rambut semasa mengandung, bahaya rebonding rambut, rawatan rambut ketika hamil, rambut lurus, rambut kerinting, bahaya bahan kimia semasa mengandung, bahaya produk kecantikan ketika hamil

Berikut merupakan beberapa kesan negatif rebonding rambut semasa mengandung:

  • Komplikasi pada kandungan dan proses kelahiran: Kebanyakkan bahan melurus dan mengerintingkan rambut yang diguna di salun ada sodium hydroxide. Sodium hydroxide sekiranya dicampur dengan air akan jadi panas sehingga boleh mengakibatkan alergi atau melecur. Ia merupakan bahan kimia yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi ketika proses bersalin.
  • Menyebabkan mual: Walaupun ketika anda tidak mengandung, anda tahu yang bahan untuk melurus dan mengerintingkan rambut ini mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Sekiranya anda mengandung, pasti anda menjadi mual dan sakit kepala kerana deria bau anda pada masa ini lebih sensitif!
  • Bahaya untuk janin: Bahan kimia yang digunakan boleh menyerap ke kulit kepala dan masuk ke dalam darah. Walaupun kemungkinannya kecil, anda pasti tidak mahu risiko membahayakan bayi anda.

Apa Pilihan Lain Selain Rebonding Rambut Ketika Hamil?

Anda dah tahu bahaya rebonding rambut ketika hamil, kan? Jadi apa kata anda tangguh saja niat anda, dan tunggu saja selepas bersalin ya!

Namun jika anda ingin mengubah penampilan, atau perlu melakukan mungkin kerana tuntutan kerja, mungkin anda boleh mencuba alternatif lain untuk menggayakan rambut seperti di bawah:

Potong Pendek Atau Cari Gaya Rambut Lain Yang Lebih Mudah Dirias

rebonding rambut ketika mengandung

Kredit: Unsplash

Cuba anda fikirkan sejenak, selepas melahirkan anak, anda pasti tidak mempunyai banyak masa untuk menguruskan rambut. Malah akan ada fasa keguguran rambut pula!

Jadi apa kata anda potong pendek sahaja bagi menjadikan hari-hari anda lebih mudah. Tambahan lagi, kini sudah banyak fesyen rambut pendek yang bergaya dan cantik tau!

Gunakan Straightener Iron Atau Curling Iron 

Bolehkah Wanita Rebonding Rambut Ketika Mengandung? Adakah Ia BOLEH Jejas Kesihatan Janin?

Kredit: Pexels

Penggunaan iron hair straightener atau alat pelurus rambut merupakan cara paling mudah untuk anda mendapatkan hasil yang sama dengan melakukan rebonding di salun.

Walaupun ia bersifat sementara, namun meluruskan rambut menggunakan alat ini ternyata lebih selamat untuk kandungan anda!

Gunakan Clip-On Extension Rambut

Bolehkah Wanita Rebonding Rambut Ketika Mengandung? Adakah Ia BOLEH Jejas Kesihatan Janin?

Kredit: Thread Curve

Ini cara paling mudah dan cepat! Hanya klipkan atau lekatkan tape pada rambut asal anda, dan anda boleh meneruskan aktiviti harian anda seperti biasa.

Malahan ada juga boleh mempelbagaikan gaya anda, kerana rambut clip-on ini datang dalam perlbagai warna, panjang dan anda juga boleh pilih sama ada mahu rambut lurus atau kerinting.

Sentiasa ingat, semua ini hanya sementara sahaja semuanya untuk kesihatan bayi kesayangan anda. Anda pastinya mahu memberi yang terbaik kepada anak anda bukan?

Psst, jangan risau ya ibu, anda masih ada pregnancy glow yang buatkan anda makin cantik!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Syampu Terbaik Untuk Ibu Hamil Bagi Atasi Masalah Keguguran Rambut

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!