Kenapa bayi suka genggam tangan? Ini 9 refleks bayi baru lahir yang kita tak sedar

lead image

Refleks bayi baru lahir ada 9. Adakah anda sudah tahu kesemuanya? Jom ketahui apa gerakan tanpa sedar yang dibuat oleh bayi anda ini.

Sebagai ibu baru, pernah tak anda tertanya-tanya kenapa bayi baru lahir suka menggenggam tangannya? Yang paling best bila jari kita pun dia suka genggam! Ha… itu sebenarnya ialah refleks bayi baru lahir.

Refleks bayi baru lahir ialah beberapa tindakan atau gerakan tanpa sedar yang dilakukan bayi. Ia seperti menggenggam tangan, meregangkan badan dengan comel bila kita buka bedungnya dan banyak lagi.

Sebenarnya, refleks bayi baru lahir amat penting untuk menandakan perkembangan sistem saraf bayi berfungsi dengan bayi. 

Jadi, penting untuk semua ibu bapa tahu apa 10 refleks bayi baru lahir yang penting ini. Berikut antara 9 refleks bayi baru lahir yang anda perlu tahu:

9 refleks bayi baru lahir yang anda wajib tahu

#1 Refleks menggenggam atau Palmar Grasp

refleks bayi baru lahir, gerakan bayi baru lahir, reflex bayi baru lahir

Semua ibu bapa baru pasti paling excited dengan refleks bayi baru lahir ini kan! Rasa macam istimewa sangat bila bayi genggam tangan kita.

Sebenarnya, ini kerana refleks Palmar Grasp.

#2 Refleks rooting

Refleks bayi baru lahir ini pula biasanya terjadi sekitar usia tiga bulan. Jika anda pegang pipi bayi, dia akan segera berpaling ke arah tersebut.

Ini merupakan gerakan tindak balas semula jadi pada rangsangan untuk mencari puting susu.

#3 Refleks menghisap

refleks bayi baru lahir, gerakan bayi baru lahir, reflex bayi baru lahir

Kalau anda memegang mana-mana bahagian mulut bayi, pasti dia akan ternganga dan seolah-olah ingin menghisap puting atau jari kan?

Ini merupakan refleks menghisap yang akan berkembang sepanjang 36 minggu. Refleks seperti ini biasanya disalah ertikan sebagai bayi lapar. 

Contohnya bila bayi asyik menghisap jari. Sebenarnya, bayi memang menggunakan refleks menghisap untuk “menenangkan dirinya”.

#4 Refleks gag

Refleks bayi baru lahir ini selalu terjadi apabila bayi anda telah terminum terlalu banyak susu. Ia mungkin terjadi ketika letdown di mana anda terlebih menghasilkan susu badan.

Ramai ibu yang risau anak tercekik ketika ini. Tapi jangan risau.

Anda perlu mengangkat bayi atau meletakkannya dalam posisi duduk. Kemudian, cuba usap dan biarkan bayi anda sendawa. 

#5 Refleks moro

refleks bayi baru lahir, gerakan bayi baru lahir, reflex bayi baru lahir

Perasan tak, bila ada bunyi bising atau ada gerakan yang dilakukan secara tiba-tiba, bayi “seakan” terkejut? Dia akan merentangkan kaki dan tangannya.

Ia selalu terjadi bila bayi tengah tidur. Sebab itu ibu digalakkan untuk membedung bayi. Refleks bayi baru lahir ini akan berkurang bila bayi masuk umur tiga hingga enam bulan.

#6 Refleks seakan nak merangkak

Ketika tummy time, jika anda membiarkan bayi baring di atas perutnya, pasti anda nampak bayi macam sengaja mengangkat lututnya seolah-olah nak merangkak, kan?

Itu sebenarnya salah satu refleks bayi baru juga! Oleh sebab refleks ini, bahaya jika anda tinggalkan bayi seorang diri di atas katil atau tempat salin lampin.

Mereka boleh terjatuh!

#7 Refleks Babinski

refleks bayi baru lahir, gerakan bayi baru lahir, reflex bayi baru lahir

Jika anda mengurut kaki bayi, anda nampak tak refleks kakinya itu? Sebelah kaki akan terbengkok mana sebelah kaki tidak?

Ini sebenarnya refleks babinski yang boleh berlanjutan hingga bayi usia dua tahun. Refleks ini membantu bayi agar  tak jatuh ketika dia meniti kelak.

#8 Refleks seakan-akan nak berjalan

Refleks ini juga seolah-olah bayi anda ingin menari apabila diangkat. Amboi, excited nak berjalan ke sayang?

#9 Refleks galant

refleks bayi baru lahir, gerakan bayi baru lahir, reflex bayi baru lahir

Refleks bayi baru lahir ini akan diuji sendiri oleh doktor anda jika anda bawa bayi ke check up. Ia untuk mengetahui jika sistem saraf tunjang bayi berkembang dengan elok atau tidak.

Caranya dengan meletakkan bayi meniarap. Kemudian, doktor akan menggosok lembut sebahagian belakang badan bayi.

Ketika ini, bayi akan mengangkat kedua-dua tangannya. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel diterjemah dari: theAsianparent Singapore

Baca juga

10 bahasa bayi dan apa bayi anda nak cakap sebenarnya – ibu wajib faham!