Remaja Kini Semakin Terbuka Cakap Tentang Seks Di Online - Apa Ibu Bapa Harus Buat?

lead image

Dengan kemudahan teknologi di hujung jari, remaja kini lebih terbuka tentang seks di online. Namun, mereka terdedah pada bahaya! Apa ibu bapa patut buat?

Remaja terbuka cakap tentang seks secara online

Baru-baru ini, masyarakat di Singapura digemparkan dengan berita seorang gadis remaja terlampau “terbuka” tentang pengalaman seksnya dalam blog.

Mana tak terkejutnya, remaja itu siap cakap tentang pelbagai pengalaman “hubungan intim” yang dia pernah lalui sambil berkongsi dia akan beli vibrator, pula!

Mungkin anak kita masih kecil sekarang… 

Tapi, masa ini cepat sangat berlalu. Pejam celik pejam celik, anak yang dulu kecil kini sudah semakin dewasa. 

Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi, kita sendiri sedar bagaimana zaman remaja seolah-olah zaman untuk rebel dengan semua benda.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/1393498285 o TEEN SOCIAL MEDIA facebook.jpg Remaja Kini Semakin Terbuka Cakap Tentang Seks Di Online   Apa Ibu Bapa Harus Buat?

Media sosial dan remaja berpisah tiada.

Zaman kurang matang. Di Amerika Syarikat, remaja menganggap sexting atau mesej dengan baur lucah adalah tidak salah.

Malah, mereka juga terbuka untuk menghantar gambar peribadi tanpa baju kepada pengguna online!

Jadi, apabila remaja seperti gadis ini terlampau terbuka tentang pengalaman seksnya, tidakkah ia menimbulkan rasa risau dan gusar pada hati ibu bapanya?

Seks adalah topik taboo di Malaysia

Ya, seks masih merupakan topik taboo di Malaysia, dek kesopanan dan kesusilaan yang masyarakat amalkan. 

Tapi, jangan ingat kalau kita tak bercakap tentang hal ini, anak-anak yang semakin membesar takkan tahu tentangnya.

Silap-silap, mereka tahu dan mempraktikkannya secara salah!

Sebab itu ada kes kanak-kanak seawal usia 7 tahun sudah merogol kanak-kanak lain. Malah, kemudahan teknologi juga mampu mengancam isu ini jika anak-anak tak dididik dengan betul. 

Lihat saja bagaimana kanak-kanak sekarang aktif bermesra di Wechat! Anda pernah periksa apa yang dilakukan anak-anak dalam Wechat? Jangan terkejut nanti, ya!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/Wechat molest.jpg Remaja Kini Semakin Terbuka Cakap Tentang Seks Di Online   Apa Ibu Bapa Harus Buat?

Seorang remaja didakwa dicabul oleh lelaki yang dikenalinya di WeChat!
Kredit: Free Malaysia Today

Dari mana mereka belajar tentang isu ini? Terbukti, semakin kita sorok, semakin mereka dapat menemuinya dan semakin salah tanggapan mereka tentang hubungan intim itu.

Jangan tak tahu, teknologi canggih di hujung jari sekarang. Tak mustahil semua remaja dengan mudah dapat mengakses laman sesawang yang menawarkan tontonan seks percuma.

Wake up call untuk ibu bapa

Semua gejala-gejala ini, jika tak dibendung – boleh terjadi pada anak remaja sesiapa saja. 

Tak setahun lagi, mungkin 2 atau 3 tahun kemudian. Siapa yang tahu?

Jadi, semua ibu bapa di luar sana – sila simpan amanat ini kemas-kemas dalam minda anda:

  1. Mula dari awal – galakkan anak anda untuk lebih terbuka berbicara dengan anda seawal usia 5-6 tahun. Anda bukan saja perlu tanya macam mana keadaan di sekolah, tapi tanyalah ada apa-apa yang buat mereka sedih ke… tak pun, apa yang buat mereka gembira?
  2. Ajar anak tentang keselamatan internet ini – ya, mereka mungkin lebih bijak tentang hal ini. Tapi anda sebagai dewasa harus lebih tegas. Anda boleh lakukan pelbagai perkara untuk mengawal keselamatan internet di rumah. 
  3. Lebih terbuka tentang seks – ini bukan bermaksud anda dan pasangan kena berasmara di depan anak-anak pula! Tapi jawab soalan mereka tentang seks dengan jujur. Biar mereka tahu seks hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin. 
  4. Jika anda tak pasti bagaimana ingin cakap tentang seks dengan anak-anak, cuba tips dari sini : Mengajar anak-anak tentang seks.

Jika anak anda sudah semakin membesar, tak salah pun cuba bersembang dengan mereka dari hati-ke-hati, muka-ke-muka. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/iStock 000014650544XSmall f.jpg Remaja Kini Semakin Terbuka Cakap Tentang Seks Di Online   Apa Ibu Bapa Harus Buat?

Kalau mereka tak selesa bersembang dengan ibu, mungkin ayah pula boleh cuba. Ataupun sepupu, makcik, pakcik dan lain-lain.

Apa yang pasti, mereka perlu tahu terlalu terbuka tentang seks di online mampu mengundang bahaya.

Bahaya dari predator satu hal, kita pun taknak anak-anak terlampau liar dan sukar dikawal, kan!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bagaimana Menjauhkan Anak dari Seks Bebas?

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!