Remaja maut akibat kafein berlebihan

lead image

David meninggal dunia akibat pengambilan kafein berlebihan yang telah menyebabkan aritmia, jantung berdegup secara tidak normal.

David Allen Cripe merupakan seorang remaja berusia 16 tahun. David meninggal dunia akibat pengambilan kafein berlebihan yang telah menyebabkan aritmia, jantung berdegup secara tidak normal.

Mayat David telah dibedah siasat oleh Dr. Gary Watt. Menurutnya, David mempunyai tubuh badan yang sihat sehinggalah dia melihat jantungnya. David mengalami aritma akibat pengambilan kafein yang berlebihan di bawah dua jam.

Hasil bedah siasat menunjukan  David telah mengambil minuman berkarbonat Mountain Dew, kafe latte dari McDonalds dan sejenis minuman tenaga dua jam sebelum kematiannya.

Jumlah kafein di dalam badan David ialah 470mg berbanding 100mg sehari seperti saranan American Academic of Pediatric. 

Menurut ahli medikal dan forensik toksikologi yang turut menyertai bedah siasat, berdasarkan berat badannya, pengambilan kafein David melebihi tahap yang selamat.

Tambah Dr. Watt, ramai yang tidak sedar sebenarnya kafein berlebihan boleh menyebabkan artimia. David seperti anak muda yang lain, membuat sesuatu yang mereka rasa tidak merbahaya, mengambil kafein.

Kafein

Kafein merupakan satu bahan yang pahit dan selalunya terdapat pada tumbuh-tumbuhan antaranya:

  • biji kopi
  • daun teh
  • kacang kola 
  • biji koko

Kafein juga terdapat yang dibuat secara sintetik. Selalunya digunakan di dalam makanan, minuman dan ubatan. Contohnya sesetengah ubat tahan sakit. Begitu juga minuman, makanan atau snek penambah tenaga.

Selalunya seseorang itu mengambil kafein melalui minuman dan secara amnya, kafein di dalam minuman mempunyai:

  • 240ml kopi = 95-200mg kafein
  • 355ml kola = 35-45mg kafein
  • 240ml minuman tenaga = 70-100mg kafein
  • 240ml teh = 14-60mg kafein

Tanda anda sudah mengambil kafein yang terlalu banyak

Jika anda mempunyai tanda-tanda di bawah, anda mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein anda;

  • migrain
  • insomnia
  • selalu berdebar-debar (nervousness)
  • tidak senang duduk (restlessness)
  • mudah terganggu/mudah marah 
  • kerap buang air kecil atau tidak dapat mengawal kencing
  • perut tidak selesa
  • degupan jantung laju
  • otot bergegar (muscle tremors)

Kafein terhadap orang dewasa boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan, apatah lagi pada anak muda dan bayi. 

Perkongsian ini bukanlah ingin meletakan salah pada satu-satu jenama, tetapi ingin menegaskan yang kita harus tahu apa yang kita makan atau minum.

Ramai yang memandang ringan dengan apa yang mereka masukan ke dalam badan hingga terlupa kesan sampingan sesuatu bahan.

Sumber: medlineplus