Bayi Dah Mula Makan Solid? Ini 7 Resepi Yang Boleh Ibu Cuba Beri Pada Si Manja!

Si manja sudah bersedia makan makanan pejal? Apa kata ibu cuba resepi bayi 6 bulan ke atas yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha untuk anaknya, Alisa ini!

Memasuki sahaja usia 6 bulan, ibu ayah pastinya berasa teruja kerana waktu inilah dikatakan bahawa si manja sudah bersedia menikmati makanan pejal. Bagi mendapatkan idea menu hidangan bayi, selebriti, Hanis Zalikha telah berkongsikan beberapa resepi bayi 6 bulan ke atas yang pernah disediakan untuk puteri kecilnya, Alisa Aisyah.

Jika anda perasan, ketika si manja dalam usia ini dia mula menunjukkan minat terhadap makan di atas pinggan, memerhatikan dan mungkin berusaha untuk mendapatkannya.

Jadi, apa kata anda ikuti dan cuba resepi yang dikongsikan oleh beliau ini untuk si manja anda. Mana tahu, anak anda pun suka!

Resepi Bayi 6 Bulan – Bila Bayi Boleh Makan?

Ibu perlu tahu, secara umumnya bayi anda akan melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan yang pesat dalam dua tahun pertama mereka. Bahkan bab berat juga akan bertambah seiring dengan usia.

Di usia bayi 0-5 bulan, makanan yang terbaik untuk bayi anda adalah susu ibu kerana ia mengandungi pelbagai zat dan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Susu ibu lebih mudah untuk dihadam dan diserap oleh bayi anda, dan si manja belum sesuai diberikan makanan pejal ketika dalam usia ini.

Memasuki usia 6 bulan, si manja anda sudah boleh mula diberikan makanan pejal kerana bayi anda sudah semakin membesar dan aktif. Susu ibu sahaja tidak cukup untuk memenuhi keperluan tenaga dan pemakanan mereka.

Jadi, anda sudah boleh mula memberikan makanan pejal yang berkhasiat dan bersesuaian untuk bayi bagi membekalkan tenaga kepada mereka sepanjang hari. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resepi makanan bagi bayi 6 bulan, jom teruskan membaca di bawah!

Resepi Bayi 6 Bulan 

Sebenarnya tidak susah mana pun untuk menyediakan menu makanan bayi. Diharapkan dengan perkongsian ini, ia sedikit sebanyak membantu anda lebih kreatif dalam menggunakan bahan-bahan di dapur dan memasaknya sendiri di rumah.

Air tangan ibu mempunyai keenakan tersendiri. Ia dibuat dengan kasih sayang dan penuh titipan doa agar anak menjadi seorang yang berjaya kelak. Justeru manfaatkanlah kelebihan yang diberikan oleh Allah untuk setiap ibu di dunia ini!

Berikut adalah resepi makanan bayi 6 bulan yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha:

#1. Bubur nasi kosong kisar lembut

Resepi bayi 6 bulan bubur nasi

Cara untuk masak menu ini adalah dengan masakkan terlebih dahulu nasi seperti biasa. Kemudian, apabila ia sudah masak anda perlu masukkan ke dalam mesin pengisar. Pastikan ibu mengisarnya sehingga hancur dan lembut macam bubur.

Nota: Mulakan dengan nasi kosong tawar untuk membolehkan bayi belajar merasai makanan selain susu. Kemudian apabila sudah ada rutin makan harian dan si manja sudah pandai rasa lapar nak makan, barulah perkenalkan dia dengan pelbagai sayuran. Seterusnya perkenalkan rasa lebih manis sedap iaitu buah-buahan.

#2. Bubur nasi kisar bersama salmon

Untuk menyediakan hidangan ini pula, ibu perlu tumis bawang putih, bawang besar dan ikan salmon sehingga ia masak. Seterusnya, tambahkan nasi putih yang sudah masak, bahan tumisan tadi ke dalam mesin pengisar.

Akhir sekali, masukkan sedikit lobak merah dan batang saleri yang sudah siap dipotong dadu ke dalam mesin. Kisarkan semua bahan ini sehingga hancur dan sedia dinikmati!

#3. Nasi kisar bersama bayam

Resepi bayi 6 bulan bubur bayam

Cara nak masak nasi adalah seperti biasa. Kemudian ibu perlu cuci sayur bayam dengan bersih dan mencelurnya. Kemudian masukkan nasi dan sayur bayam ke dalam mesin pengisar sehingga ia hancur lumat.

#4. Nasi lembik dengan lobak merah & salmon

Cara penyediaan untuk hidangan ini adalah ibu perlu kukus terlebih dahulu lobak merah dan ikan salmon. Kemudian kisarkan ia bersama nasi.

”Alisa sudah suka pada makanan yang ada tekstur sebab pada usia ini giginya sudah tumbuh. Tapi dia selalu nak cuba makanan Abang Yusuf, jadi inilah dia menu istimewa nasi lembik, lobak merah dan salmon kukus,” kongsi Hanis.

#5. Bubur nasi hancur dan brokoli

resepi bayi 6 bulan puri brokoli

Cara untuk sediakan pes sayur brokoli ini amat mudah. Ibu hendaklah membasuhnya terebih dahulu sebersih-bersihnya. Kemudian, steamkan ia dan masukkan ke dalam pengisar sehingga hancur menjadi pes. Kemudian, sedia untuk bayi nikmatinya!

#6. Buah avokado segar

Ibu hanya perlu mendapatkan buah avokado yang sudah masak ranum dan lembik untuk diberi makan kepada bayi. Ia tidak perlu dikukus kerana tekstur buah benar-benar masak adalah sudah lembut.

#7. Pancake simple dan sedap

resepi bayi 6 bulan pancake

Cara untuk membuat pancake sedap ini adalah ibu perlu masukkan tepung gandum, sedikit susu, gula, garam dan serbuk penaik. Campurkan kesemuanya sehingga ia sebati. Kemudian, panaskan kuali jenis non stick dan masukkan bancuhan tadi menggunakan sudip.

Untuk lebih menarik, anda boleh hiaskannya dengan chocolate rice ataupun nutella.

Justeru, dengan pertambahan bulan usia si manja, ibu ayah hendaklah memberikan bayi merasai makanan berperisa masin agar dia tidak hanya menggemari rasa manis sahaja.

Jangan terlalu berharap bayi makan banyak pada satu masa. Perutnya masih kecil dan sistem pencernaannya belum matang. Apapun, ibu perlulah try and error dalam memikat selera si manja agar dia dapat melalui proses perkembangan yang sihat.

Apa yang Boleh Dimakan dan Apa yang Tidak

Di usia yang masih terlalu kecil, anda perlu lebih berhati-hati ketika ingin memberikan makanan pejal untuk anda ya! Ini antara beberapa jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh bayi berusia 6 bulan:

#1. Yang boleh dimakan oleh bayi 6 bulan 

  • Puri buah-buahan: Buah-buahan hendaklah dikukus, dan tumbuk atau di-‘blender’ semasa diperkenalkan kepada bayi anda buat kali pertama. Buah-buahan seperti epal, pisang, pear, alpukat, ciku dan pic boleh diberikan.
  • Puri sayuran: Sayur-sayuran seperti ubi keledek, kentang, lobak merah, labu manis, kacang Perancis dan lain-lain boleh dikukus dan diberikan sama ada sebagai makanan jejari atau sebagai puri.
  • Pulses soup: Pelbagai jenis kacang, terutamanya dal, boleh direbus dengan air dan sup boleh diberikan kepada bayi.
  • Bubur nasi: Nasi adalah sumber karbohidrat dan vitamin yang baik untuk bayi. Beras yang dibuat dengan susu ibu atau susu formula boleh diberikan sebagai bubur.
  • Bubur bijirin: Bubur juga boleh dibuat daripada pelbagai jenis bijirin seperti gandum, sekoi, barli, oat, dan sebagainya. Bijirin ini boleh dikeringkan dan dicampur bersama atau berasingan untuk membuat bubur.
  • Sup sayuran: Pelbagai jenis sayuran boleh direbus dalam air, dan stok boleh diberikan sebagai sup.
  • Yoghurt: Walaupun susu lembu tidak disyorkan sehingga umur satu tahun, yogurt tanpa gula boleh diberikan dalam jumlah sederhana sebagai alternatif kepada puri.

#2. Apa yang tidak boleh dimakan oleh bayi 6 bulan

  • Madu: Ini boleh menyebabkan botulisme pada bayi. Tunggu sehingga 12 bulan untuk memberi anak anda madu.
  • Susu lembu: Bayi tidak boleh minum susu lembu pada usia 6 bulan. Tetapi apabila mereka kelihatan seperti sudah dapat menerima dengan baik makanan pejal, anda mungkin boleh berikan makanan yang mempunyai sedikit yogurt atau keju lembut. 
  • Sayuran yang tidak dikisar sehingga lembut: Anda boleh memberi bayi anda puri lobak merah atau yang lembut dan dimasak, tetapi bukan seketul besar, bulat yang boleh membuatkan anak anda tercekik. Sama juga seperti buah anggur dan lain-lain.
  • Jenis ikan tertentu secara berlebihan: Elakkan memberi bayi anda jenis ikan tertentu yang mengandungi jumlah merkuri yang lebih tinggi lebih daripada sekali dalam tempoh sebulan. Ini termasuk tuna dan beberapa jenis ikan yang lain. Ikan putih, salmon, dan tuna dalam tin ringan biasanya selamat untuk diberi lebih kerap. Anda boleh rujuk dengan doktor anda jika anda tidak pasti jenis ikan yang selamat untuk bayi anda.
  • Jus buah-buahan: Jus buah-buahan mengandungi kalori tetapi tiada lemak, protein, kalsium, zink, vitamin D atau serat yang diperlukan oleh bayi. Ia boleh menenggelamkan selera mereka untuk susu ibu atau susu formula yang sepatutnya menjadi makanan utama bayi pada tahun pertama kehidupan. Terlalu banyak jus juga boleh menyebabkan kerosakan gigi, cirit-birit dan masalah perut kronik yang lain.
  • Daging salai dan diawetkan: Kebanyakan daging salai atau diawetkan (seperti bacon) mengandungi nitrat dan bahan kimia lain dan tinggi dengan natrium dan lemak haiwan, yang bermaksud ia tidak digalakkan untuk diberikan pada bayi. Begitu juga dengan kebanyakan ikan salai.

Tekstur Makanan Bayi

Untuk bayi 6 bulan, tekstur makanan yang sesuai untuk mereka perlulah seperti puri, cair dan dikisar halus kerana ia lebih muka dihadam dan boleh mengelakkannya daripada tercekik memandangkan ia adalah kali pertama dalam kehidupan mereka menikmati makanan pejal.

Ketika bayi berusia 6 bulan:

  • Bayi baru belajar merasa makanan dan telan
  • Sesuai untuk memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru 
  • Transition dari susu ke makanan pelengkap
  • Jangan risau jika bayi tidak makan banyak untuk umur 6-7 bulan. 1-2 sudu besar pun dah cukup.
  • Tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk memperkenalkan makanan selain susu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber

Wanista (Oct 28, 2020). Mak-Mak Patut Cuba Idea Resepi Makanan Bayi Hanis Zalikha, Ringkas Dan Mudah. diva.my/2020/219561/mak-mak-patut-cuba-idea-resepi-makanan-bayi-hanis-zalikha-ringkas-dan-mudah/

Baby Center (Feb 8, 2022). Age-by-age guide to feeding your baby. www.babycenter.com/baby/solids-finger-foods/age-by-age-guide-to-feeding-your-baby_1400680

Healthline (Dec 10, 2018). 21 Homemade Baby Food Recipes. www.healthline.com/health/childrens-health/homemade-baby-food-recipes

First Cry Parenting (May 18, 2020). 6 Months Old Baby Food Ideas. parenting.firstcry.com/articles/6-month-old-baby-food-ideas-chart-recipes-and-feeding-tips/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!

Baca juga: Resepi Bayi 10 Bulan Yang Mudah & Berkhasiat, Mampu Pikat Selera Anak Makan Banyak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!