Bagi ibu baru bersalin dan melalui tempoh berpantang, anda mungkin berasa mudah bosan dengan menu hidangan yang sama setiap hari. Namun tahukah resepi berpantang 44 hari boleh menjadi menarik dan sedap jika kena dengan gaya masakannya?
Justeru, tidaklah ibu-ibu mengeluh terpaksa bersabar menghabiskan waktu berpantang ini. Anda pun seronok kerana dapat berehat serta pulihkan tenaga tubuh badan dengan menu-menu enak.
Baca juga: 5 Resepi Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!
Koleksi resepi berpantang 44 hari yang mudah
Resepi berpantang 44 hari ini boleh dimakan oleh ibu bersalin normal atau caesar. Paling penting adalah anda perlu mengelakkan makanan berangin, sejak dan gatal.
#1. Ikan tenggiri lada hitam
credit to sources
- 3 ketul ikan tenggiri
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 cm halia
- Serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil sos tiram
- Sedikit jus lemon
Cara memasak:
- Hiris bawang, halia dan taburkan dalam pinggan. Susun ikan dan taburkan lagi bawang dan halia di atasnya. Kemudia masukkan kesemua bahan yang lain.
- Kukus selama 10-15 minit. Siap!
#2. Sup lobak putih
credit to sources
- Isi ayam
- 1 batang lobak putih
- 2 ulas bawang putih dan merah
- 1/2 inci halia
- 1/2 sudu kecil pati ayam
Cara memasak:
- Hiris bawang dan halia. Tumis dalam sedikit minyak, masukkan 3 cawan air dan ayam.
- Biarkan mendidih selama 15 minit, tambah serbuk pati ayam, garam dan lobak sehingga masak.
Info: Lobak putih berkesan memperbanyakkan susu badan ibu
#3. Singgang daging
credit to sources
- 1 liter air
- 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1/2 sudu besar ketumbar (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili kering (dipotong 3)
- 1 keping asam gelugur
- Daging
- Halia & lengkuas
Cara memasak:
- Rebus daging bersama halia, lengkuas, bawang, ketumbar, cili kering dan asam keping sehingga empuk. Kemudian masukkan garam dan gula. Biarkan seketika dan siap!
Info: Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin. Ia berkesan mengempiskan perut buncit.
#4. Ayam kukus cendawan
credit to sources
- 2 ketul dada ayam
- 3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong)
- 1/2 sudu besar cuka
- Tumbuk bahan A : Sedikit halia & 4 ulas bawang putih
- Tumbuk bahan B: 1 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada sulah, 1 sudu kecil jintan manis dan putih
Cara memasak:
- Lumurkan ayam dengan halia, bawang putih dan garam. Perap selama 30 minit. Kukus ayam sehingga masak, tambahkan cuka, cendawan dan bahan tumbuk B. Kukus lagi 5 minit.
#5. Sawi tumis air
credit to sources
- 1 ikat sawi
- 1 ulas bawang putih & merah
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit ikan bilis
Cara memasak:
- Panaskan kuali dan tumis bawang bersama ikan bilis. Masukkan air, biarkan mendidih, tambah sayur sawi dan serbuk lada hitam.
- Kacau dan masak sehingga sayur separuh layu.
#6. Ikan bilis masak asam
credit to sources
- 1 mangkuk ikan bilis
- 1/2 mangkuk ubi kentang
- Sedikit bawang putih, merah dan bawang besar dihiris
- Air asam jawa
Cara memasak:
- Goreng ikan bilis dan ubi kentang. Ketepikan.
- Guna minyak sedikit dan tumis semua bawang sehingga layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang tadi.
- Apabila sudah sebati, masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
#7. Ikan merah tumis bawang
credit to sources
- 1 keping ikan merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia muda
- Sedikit daun bawang
Cara memasak:
- Perap ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan merah menggunakan sedikit minyak, kemudian ketepikan.
- Tumis bawang dan halia. Masukkan semula ikan yang sudah digoreng tadi dan daun bawang.
#8. Kerabu pegaga
credit to sources
- Ikan bilis (ditumbuk kasar)
- Bawang besar, sedikit halia dan lada hitam (ditumbuk)
- Lobak merah dipotong halus (optional)
- Pegaga dipotong tidak terlalu halus
Cara memasak:
- Goreng tanpa minyak semua bahan di atas kecuali lobak dan pegaga.
- Kemudian, tambah sedikit garam. Dalam bekas yang lain, masukkan pegaga dan lobak merah dan campur bersama bahan yang disangai tadi.
- Gagal kesemuanya dengan sekata dan siap!
#9. Daging grill
credit to sources
- Sedikit minyak zaitun
- Daging segar bahagian lembut
- Bawang putih, halia (dihiris)
- Serbuk lada hitam dan lada putih
- Oregano
- Rosemary
Cara memasak:
- Bersihkan daging, perap semalaman atau sekurany-kurangnya 30 minit menggunakan bahan-bahan di atas.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali non stick atau pemanggang ajaib. Grill daging sehingga masak.
- Kemudian goreng bawang putih dan halia sehingga garing. Siap!
Sumber: Marinabashah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!