Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Resepi ini bukan sahaja menyelerakan untuk si kecil juga sesuai untuk orang dewasa.

Seronok bukan apabila melihat anak mula pandai makan, jadi mulalah kita sebagai ibu ingin mencuba pelbagai resepi lazat. Makanan yang sihat dan berkhasiat untuk anak pastinya DIY makanan bayi buatan tangan sendiri.

Kebanyakan makanan segera bayi hadir dengan kuantiti gula dan garam yang banyak, kecuali jika mereka label siap-siap kuantiti yang disediakan. Namun begitu, tidak salah bukan jika kita lebih selesa untuk menyediakan sendiri makanan anak.

Ibu-ibu pun pasti sedar bahawa memasak akan memakan masa lagi-lagi dengan kerja rumah yang semakin bertambah dan kerja di pejabat yang perlu diselesaikan dengan pantas. Jadi untuk memudahkan ibu-ibu di luar sana, kami gubah khas resepi DIY makanan bayi untuk anak yang berusia setahun dan ke atas.

Makanan ini sangat mudah dan lazat, jika anda ingin sediakan untuk orang dewasa, pastikan letak garam, gula atau perisa selepas asingkan bahagian anak ya!

Resepi DIY Makanan Bayi Lazat

1# Nasi goreng ikan bilis

DIY makanan bayi

 

Resepi DIY makanan bayi ini sungguh mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan ringkas seperti, ikan bilis yang telah dibersihkan, bawang putih, bawang merah, sayur kegemaran anak, nasi putih yang sudah dimasak, minyak zaitun.

Cara memasak: Tumbuk ikan bilis, bawang putih, bawan merah sehingga lumat. Sementara menumbuk, panaskan minyak zaitun, apabila minyak zaitun panas, masukkan bahan yang telah ditumbuk.

Bila bahan tumisan naik bau dan keperangan, boleh masukkan dan gaulkan nasi. Kacau hingga sebati, masukkan sayur dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

Mudah kan?

2# Cucur ikan bilis

DIY makanan bayi

Kredit: Rasa

 

Bahan-bahan: Bawang merah dan daun sup dicincang halus, kentang potong dadu, ikan bilis dibuang najis, disiang, air tapis, minyak zaitun, tepung unbleached.

Cara memasak: Ikan bilis tumbuk hingga lumat. Sediakan daun sup dan bawang merah, masukkan dalam tepung dan gaulkan sebati. Tambahkan air supaya bancuhan pekat dan tidak terlalu cair. Jadikan bancuhan menjadi “semi solid”.

Goreng dalam minyak zaitun sehingga keperangan.

3# Makaroni goreng

DIY makanan bayi

Kredit: Resepi Che Nom

 

Bahan-bahan: Udang kering sebagai perasa (rendamkan di dalam air) bawang merah, bawang putih, macaroni yang telah direbus bersama minyak zaitun, toskan dengan mentega.

Cara memasak: kisar udang kering, bawang merah dan putih. Sementara itu, cairkan unsalted butter, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga keperangan dan wangi.

Masukkan macaroni dan gaul sebati.

4# Pankek Kurma

DIY makanan bayi

Kredit: Medibank

 

Bahan-bahan: Tepung, sedikit soda bikarbonate, telur, mentega, kurma, madu.

Cara memasak: Telur dipukul sehingga kembang. Masukkan telur bersama soda bikarbonate, gaul sehinga sebati, kuali dipanaskan sekali bersama mentega. Satu senduk bancuhan tepung dimasak di atas api yang kecil.

Bila siap, boleh dihidang bersama kurma dan madu.

5# Roti bakar pisang

DIY makanan bayi

Kredit: My Fussy Eater

 

1 biji pisang masak lenyekkan, 1/4 cawan susu, secubit kayu manis, roti gandum dipotong kecil.

Cara memasak : Pisang lenyek dicampurkan bersama susu formula, dan kayu manis. Celupkan roti ke dalam adunan tadi.

Mentega dipanaskan sehingga naik bau, masukkan roti yang sudah dicelup. Bakar di atas frying pan.

6# Puri Lobak

Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Kredit: Taste of Home

 

Bahan-bahan: Susu ibu/susu formula, air masak, lobak merah

Cara penyediaan: Rebus lobak merak sehingga empuk. Toskan airnya, dan biarkan. Kisar bersama air tapis dan susu ibu/susu formula.

Bahan utama boleh digantikan dengan kentang, sayur-sayuran atau buah-buahan dengan cara penyediaan yang sama.

7# Nugget DIY

Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Kredit: The Spruce Eats

 

Bahan-bahan: Isi Ayam, oat, tepung unbleached, telur, minyak zaitun.

Cara penyediaan: Ayam dikisar dengan sedikit air. Campurkan bersama sedikit tepung sehingga boleh dibentuk, Celup adunan bersama telur, golek dalam mangkuk berisi oat, dan digoreng bersama minyak zaitun.

*oat boleh digantikan dengan breadcrumbs/bijiran ikut kesukaan anak-anak

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Baca juga: 10 Resipi Makanan Pejal dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan & Ke Atas

Baca juga: 10 Idea Makanan Bayi Dikongsi Hanis Zalikha Untuk Baby Yusuf Iskandar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!