Sedapnya Potato Cheese Ball! Sesuai Untuk Bayi Mula 8 Bulan, Boleh Naikkan Selera Makan!

Menyediakan makanan untuk bayi memang nampak mudah, tetapi mencabar juga jika anak itu picky eater. Boleh cuba resepi kentang untuk bayi ini!

Menyediakan makanan untuk bayi memang nampak mudah, tetapi ia sebenarnya jadi satu perkara yang mencabar juga jika anak itu picky eater. Boleh cuba resepi kentang untuk bayi ini, mungkin ia boleh buka selera anak yang cerewet makan.

Terdapat pelbagai jenis kentang di pasaran, tetapi tidak kisahlah, asalkan ia kentang banyak khasiat yang bayi akan dapat jika ibu ayah memberikan anak makan kentang.

Kadang kala kita ingat rasa kentang itu tidak sedap, tapi sebenarnya kentang juga sedap di makan begitu saja dan ia antara makanan yang paling mudah diterima bayi.

Resepi kentang untuk bayi, potato cheese ball!

Resepi kentang untuk bayi

Kredit foto: Makanan Baby Izzly

Resepi potato cheese ball ini dikongsikan oleh seorang ibu, di laman Facebooknya, Makanan Baby Izzly. Jom kita tengok senang saja bahan-bahannya mungkin sudah ada di rumah pun.

Bahan-bahan:

  • Kentang sebiji 
  • Bredcrumbs
  • Slim cheese
  • Telur
  • Serbuk ayam

Cara menyediakannya:

  1. Lenyekkan kentang dan masukkan keju
  2. Taburkan serbuk ayam ke dalam telur
  3. Gaulkan kentang yang sudah dibentuk bulat bersama keju di dalamnya ke dalam bancuhan telur dan serbuk ayam
  4. Gaulkan potato ball dengan breadcrumbs
  5. Goreng dan siap untuk dihidangkan!

Makanan seperti ini juga boleh dijadikan sebagai finger food untuk bayi! Tahukah anda kenapa pentingya finger food untuk bayi?

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Dan Selsema Anak Guna Kentang Ini Sungguh Mujarab!

Penggunaan finger foods penting kembangkan kemahiran anak

resepi kentang untuk bayi

Kredit: freepik.com

  • Bantu anak kembangkan skill untuk pegang barang
  • Bantu anak belajar fokus untuk menyuap makanan dalam mulut
  • Bantu anak menarik minat dekat makanan depan mata (guna konsep play time waktu eating time)
  • Bantu anak belajar gigit kuantiti yang sesuai (banyak sangat tak boleh kunyah nanti)
  • Bantu mak ayah tentukan makanan apa yang anak suka

5 khasiat kentang untuk bayi

resepi kentang untuk bayi

Kredit: Unsplash

Selain cepat mengenyangkan, ini khasiat kentang untuk bayi:

#1. Kaya dengan pelbagai nutrien semulajadi 

Kentang kaya dengan pelbagai sumber nutrien semulajadi. Menurut Healthline.com, 100gram kentang beserta kulitnya mengandungi nutrien berikut:

  • Kalori: 161
  • Lemak: 0.2 grams
  • Protein: 4.3 grams
  • Karbohidrat: 36.6 grams
  • Serat: 3.8 grams
  • Vitamin C: 28% daripada kadar pengambilan harian
  • Vitamin B6: 27% daripada kadar pengambilan harian
  • Potasium: 26% daripada kadar pengambilan harian
  • Mangan: 19% daripada kadar pengambilan harian
  • Magnesium: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Fosforus: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Niasin: 12% daripada kadar pengambilan harian
  • Folat: 12% daripada kadar pengambilan harian

#2. Baik untuk pencernaan

Selain buah-buahan, mungkin ramai tak tahu bahawa kentang juga memiliki kandungan serat yang tinggi. Serat yang tinggi baik bagi bayi agar pencernaannya tetap lancar dan sihat.

Jika sistem pencernaan bayi sihat, mood bayi pun sentiasa baik dan tiada masalah sembelit yang sering menyebabkan perut bayi kembung dan tidak selesa sekaligus membuatkan mereka selalu merengek.

Anda perlu peka terhadap sebarang perubahan anak anda, bagi memastikan mereka selesa, barulah sentiasa baik moodnya!

#3. Membantu sistem imuniti badan

Kentang kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, besi dan fosforus. Pelbagai jenis vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri dari kuman penyebab penyakit. Selain itu, vitamin B juga baik bagi perkembangan saraf bayi.

Disebabkan itu doktor amat mementingkan pengambilan makanan berkhasiat kepada bayi. Malah jika ibu menyusu, mereka pun perlu memastikan makanan yang diambil berkhasiat. 

Vitamin sangat penting untuk membantu perkembangan saraf bayi. Jadi pastikan anak anda diberikan makanan berkhasiat ya!

#4. Mengenyangkan dan memberi tenaga

Berdasarkan kajian, kentang adalah antara makanan yang paling mengenyangkan. Ia juga menyumbangkan sumber tenaga yang baik untuk bayi. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk membantu bayi mencapai berat badan ideal.

Tenaga amat penting untuk bayi dalam kehidupan seharian mereka yang aktif. Jadi berikan anak anda kentang untuk memastikan dia sentiasa bertenaga dan ceria. 

#5. Bagus untuk kesihatan tulang

Zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang terkandung dalam kentang membantu bayi untuk membina serta mengekalkan struktur tulang yang kuat. Selain itu, zat besi dan zink juga berperanan dalam memproduksikan dan mematangkan kolagen dalam tubuh.

Tulang yang kuat penting untuk bayi. Tidaklah mudah benar mengalami patah tulang jika berlaku sebarang kemalangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau, Makanan Baby Izzly

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!