X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

4 min bacaan
6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Menyediakan lauk berpantang antara cabaran kepada mereka yang menjaga ibu selepas bersalin. Pasti buntu fikirkan resepi lauk berpantang selama 44 hari kan?

Menyediakan lauk berpantang adalah antara cabaran kepada mereka yang menjaga ibu selepas bersalin. Malah lebih mencabar jika ibu itu berpantang sendiri. Pasti buntu fikirkan resepi lauk berpantang selama 44 hari kan?

Melalui tempoh berpantang selepas melahirkan anak adalah waktu yang cukup mencabar. Mana tidaknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

Baca juga: 10 Minuman Dalam Pantang Bersalin Ini Bagus Sekali Untuk Penyembuhan & Penyusuan Ibu!

Resepi lauk berpantang yang pasti boleh buka selera ibu!

Resepi lauk berpantang ini dikongsikan dalam bumbumcak.my. Menurut artikel itu, sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang.

Menu yang kami ingin kongsi ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah rasanya memang padu! Tidaklah asyik makan ikan kering bakar, lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja.

Selain sihat untuk ibu berpantang, resepi lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan? Jadi bolehlah cuba!

#1. Daging goreng lada hitam

Bahan-bahan:

  • 300 gm daging batang pinang (hilis nipis)
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • ½ inci halia (hiris)
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit air

Cara memasak:

  1. Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

#2. Pegaga masak lemak lada hitam

Bahan-bahan:

  • 200gm daun pegaga
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 batang serai (titik)
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)
  • Gula dan garam secukupnya

Cara memasak:

  1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
  2. Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
  3. Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

#3. Ikan merah singgang

Resepi lauk berpantang

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan merah
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 2 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 1 batang serai (titik)
  • ½ inci halia (hiris)
  • ½ inci lengkuas (hiris halus)
  • 2 keping asam gelugur
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 cawan air
  • Gula dan garam secukupnya

Cara memasak:

  1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
  2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
  3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

#4. Ayam panggang halia

Resepi lauk berpantang

Bahan-bahan:

  • 1/3 ekor ayam (bahagian paha)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 inci halia
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pisang secukupnya

Cara memasak:

  1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  2. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
  3. Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Sedia dinikmati.

#5. Sup lobak putih dan merah

Resepi lauk berpantang

Bahan-bahan:

  • 1 batang lobak putih
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 tangkai daun sup dan daun bawang.
  • 1 sudu ikan bilis
  • ½ sudu lada sulah
  • Garam dan gula secukupnya
  • 3 cawan air

Cara memasak:

  1. Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
  2. Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih.
  3. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
  4. Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan

#6. Ikan gelama masak asam

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan gelama
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • ½ inci halia
  • 1 inci daun kunyit
  • Gula dan garam
  • 2 cawan air

Cara memasak:

  1. Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
  2. Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
  3. Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bumbumcak.my

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!
Kongsikan:
  • 5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

    5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

  • Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

    Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • 5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

    5 Lauk Diet Ibu BERPANTANG! Sedap & Berkhasiat Untuk Wanita Lepas Bersalin Kembali 'Bergetah'

  • Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

    Sebelum Beli Set Berpantang, Pastikan Anda Semak 10 Perkara Ini Dahulu!

  • Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

    Doktor Nak Paksa Bayi Nangis, Tapi Boleh Pula Dia Buat Muka 'Pelik' Comel Sungguh!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.