Resepi Nasi Ayam Untuk Si Kecil 10 Bulan Ke Atas, Biar Kenyang Lebih Lama

lead image

Resepi ini dikongsi sendiri oleh seorang ibu yang suka menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang untuk anak kecilnya...

Seorang ibu bernama Angie Low suka memasak makanan yang lazat untuk anak lelakinya yang berumur 10 bulan. Untuk itu, kali ini, dia berkongsi resepi nasi ayam yang sesuai untuk kanak-kanak. 

Apa yang menarik tentang resepi nasi ayam ini ialah ia tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. 

Ibu juga disarankan untuk menggunakan stok ayam buatan sendiri yang jauh lebih baik berbanding stok ayam yang dibeli dari pasaraya. 

Resepi Nasi Ayam Untuk Kanak-Kanak 10 bulan Ke Atas 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/nasi ayam.jpg Resepi Nasi Ayam Untuk Si Kecil 10 Bulan Ke Atas, Biar Kenyang Lebih Lama

Bahan-bahan: 

  • Ayam (diperap dengan minyak bijan dan serbuk lada putih) 
  • Bawang besar (dicincang halus) 
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Setengah inci halia
  • 4 ke 5 helai daun pandan
  • Stok ayam homemade
  • Nasi campuran beras dan quinoa (Tak nak campur pun boleh dan guna beras putih biasa) 

Langkah-langkah memasak: 

  1. Cuci dan toskan beras. 
  2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam beras yang dicuci iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. 
  3. Kemudian masukkan stok ayam, air dan ayam. 
  4. Tanak nasi sehingga masak. 
  5. Nasi ayam siap untuk dihidangkan. 

Info extra: Cara-cara membuat sup nasi ayam 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/food detik.com .jpg Resepi Nasi Ayam Untuk Si Kecil 10 Bulan Ke Atas, Biar Kenyang Lebih Lama

Kredit: Food detik.com

Bahan-bahan:

  • Beberapa potongan isi ayam
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk sup/sup bunjut
  • Kentang dan lobak merah 
  • Daun bawang 

Cara-cara membuat: 

  1. Masak ayam dengan air, bawang dan halia hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk sup. 
  3. Tambah kentang dan lobak merah.
  4. Taburkan daun bawang. Siap! 

Peringatan : Elak letak garam atau gula dalam makanan untuk bayi 1 tahun 

Betapa harumnya rumah anda dengan bau keenakan resepi nasi ayam ini yang sedang menggelegak dalam periuk nasi. Si kecil juga seolah tak sabar menikmati hidangan tengahari itu

Ayuh ibu, sediakan pen dan kertas untuk salin resepi ini atau share link ini di laman Facebook anda. 

Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Resepi ayam untuk anak yang CONFIRM sedap dan tak pedas!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!