Resepi Nugget Ayam Homemade Guna Roti, Anak Mesti Suka!
Dalam PKPB ini peningkatan kes Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat, ibu selesa berada di rumah saja. Bolehlah cuba resepi nugget ayam homemade ini!
Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini selain peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat, ibu selesa berada di rumah saja. Jadi bolehlah cuba resepi nugget ayam homemade ini!
Biasalah, kanak-kanak mesti mahu kudap-kudapan di rumah bagi mengelakkan mereka kebosanan menghadapi hari-hari terkurung dalam rumah. Apa kata buat nugget ini bersama-sama mereka sedikit sebanyak ia boleh mengisi masa lapang dan mengurangkan kebosanan anak!
Resepi nugget ayam homemade guna roti!
Seperti dikongsikan pengguna Facebook, Fafae Mimie, berikut adalah cara bagaimana nugget kreatif ini dihasilkan. Tidak banyak pun bahan yang diperlukan, malah ia juga mudah dicari. Jadi tidak rugi untuk ibu-ibu cuba di rumah. Malah kaum bapa pun boleh juga buat.
Buatlah sekali bersama-sama anak, mungkin ia boleh jadi pengisian di musim kuarantin ini!
Bahan-bahan:
- Isi ayam
- Bawang
- Cili (jika perli, jika tak mahu pedas untu anak makan, tak perlu)
- Kiub ayam maggi
- Lada hitam,
- Lada sulah
- Oregano
- Susu segar (100 ml)
- Roti
- Breadcrumb
- Telur
- Tepung gandum 2 sudu + Tepung beras 1 sudu
- Tepung tempura (jika perlu)
Cara menyediakannya:
- Rendam roti dalam susu kira-kira 10 minit
- Kisar roti bersama bahan-bahan tadi
- Kukus bahan-bahan dikisar kira-kira 20 minit
- Potong menjadi kepingan jejari
Cara salut:
- Golek nugget dalam telur
- Golek nugget pada tepung (tepung gandum 2 sudu +1 sudu tepung beras)
- Golek semula dalam telur
- Golek pada breadcrumb/tempura
- Sedia untuk digoreng
Penyakit akibat makanan diproses
Makanan yang diproses ialah apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau balang kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik.
Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi atas alasan keselamatan dan mudah untuk menggunakannya. Atas sebab itu, hampir 90 peratus wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan makanan oleh rakyat Amerika Syarikat ialah untuk membeli makanan yang diproses. Persoalannya, mengapakah kita perlu memproses makanan?
Sebab yang paling utama ialah untuk memudahkan pengguna. Adalah lebih senang untuk menyediakan kek dengan membuka kotak tepung membuat kek, campurkan telur dan tuangkan sedikit minyak berbanding memulakannya daripada sifar. Dengan hanya menuangkan air panas dalam semangkuk mi segera, makan tengahari anda mampu disiapkan dalam hanya beberapa minit.
Namun memudahkan penyediaan bukanlah satu-satunya nikmat yang anda perolehi. Terdapat banyak bahan lain yang dicampurkan oleh pihak pengeluar. Antaranya ialah:
- Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren
- Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
- Peluntur – menyahjangkitan bakteria
- Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
- Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim
- Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan
- Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis
- Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi
Antara penyakit yang mungkin disebabkan makanan diproses
#1. Kanser
Sesetengah bahan kimia sintetik yang digunakan bersifat karsinogen. Kajian selama tujuh tahun oleh penyelidik Universiti Hawaii ke atas 200, 000 responden mendapati individu yang kerap makan daging yang diproses (hot dog dan bologna) berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.
#2. Obesiti
Makanan yang diproses biasanya tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), makanan yang diproses adalah punca peningkatan masalah obesiti dan penyakit kronik di seluruh dunia.
#3. Penyakit Jantung
Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh.
Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Fafae Mimie, tintasibisu
Kredit foto : Sumber
Baca juga: