Resepi Pizza Tanpa Oven Ini Super Sedap, Anda Pasti Tak Menyesal Cuba!

lead image

Tak ada oven di rumah untuk masak pizza? Jangan bimbang! Dengan guna kuali saja, anda dapat menyiapkan hidangan pizza yang cukup menyelerakan ini!

Anak-anak tentunya gembira bila mereka dapat tahu ibu nak masak resepi pizza mudah tanpa oven ini yang pastinya sedap dan menyelerakan!

Apatah lagi sekarang kan tengah cuti sekolah. Sudah pasti ibu harus lebih kreatif menyediakan hidangan untuk anak-anak

Secara tak langsung, ayah juga dapatlah berjimat sikit dari bawa anak-anak makan di restoran pizza yang tentunya mahal, kan? 

Ayuh tunggu apalagi, jom kita siapkan bahan-bahannya di dapur sekarang!  

Resepi Pizza Mudah Tanpa Oven #1 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/29133824 1564913063623391 8577619945804791808 n.jpg Resepi Pizza Tanpa Oven Ini Super Sedap, Anda Pasti Tak Menyesal Cuba!

Bahan-bahan: 

  • Tepung gandum 1kg
  • Air suam 2 cawan
  • Mauripan 1 peket
  • Minyak masak 2 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Secubit garam

Nota : Uli bahan di atas sekurang-kurangnya lima minit 

Bahan-bahan topping:

  • Sos pasta tradisional – jenama bebas 
  • Boleh letak pelbagai topping ikut kreativiti 
  • Sosej ayam, ayam hiris, cendawan butang, nanas, tomato cherry, cheese, seafood 

Nota : Tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik wangi. Kemudian masukkan bahan seperti ayam, sosej dan cendawan butang. Tumis hingga masak kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam. Tutup api dan ketepikan. 

Cara-cara membuat: 

  1. Gaul tepung dengan minyak 
  2. Tambah air. Uli tepung sekurangnya lima minit. Bila tak melekat pada tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama satu jam.
  3. Sukatan air perlukan dua cawan dan 1 cawan air perlu dituang bersama maripan. Masukkan secubit gula selepas itu dua ke tiga minit keluar buih-buih baru campur dan uli tepung jadi doh. 
  4. Selepas satu jam, doh tadi sudah naik 2 kali ganda. Tumbuk doh itu biar angin keluar.
  5. Bahagi doh pada lima bahagian atau lebih.
  6. Bentukkan doh, bila sudah bulat cantik, letak atas kuali. 
  7. Masakkan api kecil saja dalam 10 ke 15 minit ikut ketebalan pizza. Tutup dengan tudung periuk dan tak perlu letak minyak. Masak saja doh atas kuali.
  8. Kalau suka kerak pizza yang ranggup, anda perlu masak doh terlebih dahulu kemudian baru isi topping.
  9. Kalau suka lembut, letak terus topping atas doh hingga masak. 
  10. Susun topping cantik-cantik dan susun atas kuali. 
  11. Letakkan cheese mengikut kesukaan. Ia ambil masa tiga hingga empat minit untuk cair. 

Tip : Kalau nak cepat, boleh guna roti nan atau arab. 

Resepi Pizza Mudah Tanpa Oven #2 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Resepi Pizza Tanpa Oven langkah 6.jpg Resepi Pizza Tanpa Oven Ini Super Sedap, Anda Pasti Tak Menyesal Cuba!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air suam

Bahan topping

  • Sosej dan sardin 
  • Sebiji bawang besar dihiris bulat
  • Seulas bawang putih dicincang halus
  • Sos tomato (boleh tambah sos cili jika mahu pedas)
  • Cheese

Cara-cara membuat: 

1. Bancuh yis dengan air suam bersama minyak masak dan gula. Biarkan sampai berbuih.

2. Campurkan tepung dan garam dalam satu bekas. Kemudian, masukkan yis yang telah dibancuh tadi. Uli bahan hingga tidak melekat di tangan.

3. Tutup doh dan biarkan hingga kembang dalam masa 30 minit. Kemudian, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

4. Canai doh kemudian masukkan ke dalam pan yang telah di sapu minyak. Letak cheese di tepi doh kemudian gulung.

5. Cucuk doh menggunakan garpu kemudian sapukan sos. Letak inti sosej, bawang, dan cheese parut.

6. Tutup pan dan masak dengan api kecil selama 10-15 minit atau hingga masak. Siap, bolehlah di hidangkan.

Nota : Pastikan menggunakan api kecil supaya pizza tidak terlalu garing atau hangus.

Macam senang saja kan nak buat resepi pizza mudah ini. Kalau anda sudah cuba, kongsikan gambar  dengan kami okey? Apapun, selamat mencuba! 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Murni Rahmat, Resepi bonda

Baca juga:

Resipi Pizza Teflon – Buat di Rumah, Sangat Mudah, Pasti Jadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!