Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

undefined

Mulakan penyediaan makanan bayi 6 bulan dengan buah-buahan segar supaya si kecil lebih cergas, pintar dan sihat.

Mommy mesti excited kan bila bayi menginjak ke usia 6 bulan. Mestinya pelbagai resepi puri bermain-main di fikiran. Jadi, untuk membantu mommy menyediakan makanan bayi yang enak dan lazat, di sini, kami sediakan 5 resepi puri pisang untuk bayi 6 bulan bersama buah-buahan lain yang cukup menyelerakan.

Pasti si kecil turut rasa tak sabar nak makan. Jom ke dapur untuk buat! 

5 idea resepi puri pisang untuk bayi 6 bulan

1# Resepi puri pisang untuk bayi 6 bulan

resepi puri pisang, pisang untuk bayi 6 bulan

Bahan-bahan: 

  • 2 ulas buah pisang 

Cara menyediakannya: 

  1. Potong buah pisang menjadi saiz berbentuk kiub atau kecilan. 
  2. Kemudian, ambil blender baby food dan masukkan kiub pisang yang dipotong tadi. 
  3. Kisar buah pisang sehingga halus dan lembut. 
  4. Siap untuk dihidangkan. 

2# Resepi puri avocado & pisang untuk bayi 6 bulan

resepi puri pisang, pisang untuk bayi 6 bulan

Kredit: Lidl Recipes

Bahan-bahan: 

  • 2 ulas buah pisang 
  • 1 biji buah avocado 

Cara menyediakannya : 

  1. Potong buah pisang berbentuk kiub atau kecil. 
  2. Kemudian rebus atau kukus buah avocado yang dibuang kulit. Supaya lembut untuk dikisar.  
  3. Campurkan potongan pisang dan avocado tadi. 
  4. Kisar hingga halus. 
  5. Siap untuk dimakan oleh si kecil. 

3# Resepi puri pisang & pear 

pisang untuk bayi 6 bulan

kredit istock

Bahan-bahan: 

  • 1 ulas pisang 
  • 1 biji pear 

Cara menyediakannya: 

  1. Potong pisang berbentuk kiub dan kecil.
  2. Potong dadu sebiji buah pear (buang kulit) 
  3. Rebus atau kukus selama 5 ke 6 minit buah pear untuk bagi lembut. 
  4. Campur kedua-dua buah ini. Kemudian kisar halus. 
  5. Puri siap untuk dihidangkan. 

4# Resepi puri pisang & halia & pear 

Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

Kredit: Baby Foode

Bahan-bahan: 

  • 1 ulas pisang 
  • 1 biji pear 
  • 1/3 halia 

Cara menyediakannya: 

  1. Potong pisang berbentuk kiub dan kecil.
  2. Potong dadu sebiji buah pear dan buang kulitnya. 
  3. Potong halus 1/3 halia. 
  4. Rebus atau kukus selama 5 ke 6 minit buah pear untuk bagi lembut. 
  5. Campur kesemua bahan di atas. Kemudian kisar halus hingga lembut. 
  6. Puri siap tersedia. 

 5# Resepi puri pisang & buah epal hijau 

Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!

kredit: woman.NG

Bahan-bahan: 

  • 1 ulas pisang 
  • 1 biji buah epal hijau 

Cara menyediakannya: 

  1. Potong pisang berbentuk kiub dan kecil.
  2. Potong buah epal hijau dan buang kulitnya. 
  3. Buah epal itu harus direbus/ dikukus seketika untuk bagi empuk.  
  4. Campur potongan pisang dan epal yang direbus dalam blender baby food. Kemudian kisar halus. 
  5. Puri siap untuk dihidangkan. 

Tips tambahan: 

  • Pastikan anda membeli pisang yang masih elok dan berwarna kekuningan kerana ia sedang elok untuk dibuat puri baby. 
  • Anda boleh buat stok puri baby dan letakkan di tempat atas peti sejuk. Jangan lupa letak tarikh masak. Ia boleh tahan selama seminggu atau sebulan (ikut jenis buah) 
  • Untuk bayi 6 bulan sesuai disediakan puri pisang bertekstur lembut tapi bila sudah 8 bulan ke atas buat puri bertekstur kasar. 

Mudah sahaja kan untuk buat puri pisang untuk bayi 6 bulan. Buah ini juga amat kaya dengan vitamin dan nutrisi yang baik untuk tumbesaran anak. Jadi ibu-ibu semua, selamat mencuba! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kebaikan Pisang Untuk Bayi, Ia Mencegah Serangan Asma & Masalah Tulang Rapuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!