Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Orang Melayu dengan sambal belacan memang tak dapat dipisahkan. Kami kongsikan variasi resepi sambal belacan yang boleh anda cuba sendiri.

Sambal belacan merupakan salah satu menu sampingan yang paling digemari khususnya masyarakat Melayu. Ianya diperbuat daripada belacan yang dibakar, cili api dan juga bahan yang masam seperti limau kasturi, cuka ataupun asam jawa. Pastinya anda tercari-cari resepi sambal belacan yang enak kan?

Sambal belacan yang enak haruslah mempunyai rasa pedas dan masam sedikit dan sudah tentu perlu menggunakan belacan yang baik. Kali ini kami kongsikan variasi resepi sambal belacan yang boleh anda cuba sendiri. Selain rasanya yang kick pastinya ia sangat mudah dibuat.

Sebelum itu ada tips yang boleh dicuba untuk membuat sambal belacan yang enak iaitu;

  • Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
  • Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya sambal belacan tahan lama.
  • Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
  • Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.

1. Resepi sambal belacan Thai

Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
  • 1/4 keping kecil nisse / gula melaka
  • 1 labu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan : 2 sudu besar cuka, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar gula. Secubit dua ajinomoto. Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat).
  3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
  4. Siap!
  • Tips: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.

2. Sambal belacan ala Kak Wok

sambal belacan ala kak wok

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi ikut pedas
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar dibakar
  • 1 labu bawang putih dibakar
  • Gula, garam, perasa
  • Asam jawa

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

3. Sambal belacan tomato

sambal belacan tomato

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang holland (dibelah 2)
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji cili masak
  • Sedikit belacan
  • 6 biji limau kasturi
  • 1/2 biji air limau kasturi
  • Garam secukupnya (mengikut citarasa sendiri)
  • Gula secukupnya (mengikut citarasa sendiri)
  • Perasa sedap secukupnya (mengikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Bakar tomato, bawang merah, bawang holland, bawang putih & belacan.
  2. Masukkan yang dibakar, garam, gula, serbuk perasa sedap & sedikit air ke dalam blender, kisar sederhana halus.
  3. Masukkan perahan air lemon & limau kasturi blend sekejap jangan halus sangat.
  4. Sedia untuk dihidang.

4. Sambal belacan padu

sambal belacan yang sedap

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji sudah cukup)
  • 2 ulas bawang putih **( Alirkan atau cuci bawang di bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sehingga perang.)

Bawang merah tidak perlu kupas kerana bahagian yang sebelah itu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak. Biarkan bagi hangit kulitnya. Apabila ingin kisar barulah kupas kulitnya. Tidak perlu dibasuh lagi).

  • 1 inci belacan bakar (alirkan di bawah air juga sebelum di bakar)
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
  • 3 sudu makan gula putih
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu makan cuka
  • 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
  • 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal

Cara-cara:

  1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
  2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
  3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
  4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan
    tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang anda suka 80-85% lumat je.
  5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
  6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.

5. Sambal belacan buah kuinin

Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Lada merah besar
  • Sedikit belacan yang sudah dibakar
  • Garam
  • Buah kuinin masak
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi dan lada merah besar sehingga lumat.
  2. Seterusnya  campurkn belacan, garam dan gula,
  3. Kemudian bila cili sudah hancur dan bahan-bahandi dalam lesung bergaul sebati, masukkan buah kuinin masak yang telah di hiris kasar dan gaul serta tumbuk perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Bolehlah di hidangkan. Selain buah kuinin, boleh juga gantikan dengan buah mempelam, mangga, bacang dan seumpamanya.

6. Resepi Sambal Belacan Che Nom

Bahan-bahan:

  • 8-10 tangkai cili merah besar
  • 20-25 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 inci belacan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/4 cawan jus limau kasturi
  • 4 belah kulit limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 sb gula
  • Sedikit serbuk seasoning, pilihan

Cara-cara:

  1. Cili merah dan cili padi buang tangkai dan potong kasar.
  2. Bawang besar potong 4 bahagian. Bawang putih potong kasar.
  3. Limau kasturi dan limau nipis, belah 2, perah ambil jus dan tapis biji.
  4. Racik halus kulit limau kasturi. Pastikan tiada biji, takut nanti sambal pahit.
  5. Rendam asam jawa dengan air suam, ramas sebati dan keluarkan biji.
  6. Belacan boleh bakar atas api atau kuali. Kalau bakar atas api, cucuk belacan dengan garfu dan bakar sampai nampak sikit kesan terbakar dan naik bau.
  7. Untuk bakar atas kuali, letak belacan serta bawang besar dan bawang putih atas kuali dan masak sampai ada kesan terbakar. Angkat dan sejukkan.
  8. Masukkan dalam blender bawang bakar, belacan bakar, jus asam jawa, jus limau, garam, gula dan serbuk perasa (pilihan). Kisar halus.
  9. Masukkan hirisan kulit limau kasturi, cili merah dan cili padi. Kisar kasar
  10. Masukkan sambal dalam kuali dan masak sampai mendidih.
  11. Masukkan sambal dalam botol dan sejukkan sebelum tutup.
  12. Biarkan dalam suhu bilik dalam 5-6 jam untuk sambal mesra sebati kemudian simpan dalam peti sejuk.
  13.  

Kelebihan Belacan Untuk Kesihatan

resepi sambal belacan

Ada beberapa manfaat belacan untuk kesihatan:
  • Belacan mengandungi bahan antioksida yang dapat membantu mencegah kanser dan penyakit jantung
  • Belacan juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Belacan dapat digunakan sebagai baja untuk tanaman cili dan membantu meningkatkan pertumbuhan bunga

Cara Menjadikan Belacan Lebih Sihat Untuk Dimakan 

Sebenarnya ada caranya untuk membuatkan belacan itu jadi lebih berkualiti dan berkhasiat untuk kesihatan kita. Berikut adalah beberapa cara untuk menjadikan belacan lebih sihat untuk dimakan.

  • Bakar belacan terlebih dahulu sebelum disimpan agar lebih tahan lama
  • Potong belacan menjadi beberapa bahagian dan kukus selama 10-15 minit sehingga matang
  • Cucuk belacan dengan garpu atau lidi satay, selepas itu bakar di atas api dapur. Pusing dan terbalikkan setiap beberapa saat agar belacan dibakar betul.
  • Matangkan belacan dengan cara panggang dahulu sebelum digunakan. Dengan kaedah panggang ia dapat membuatkan aroma belacan jadi lebih semakin nikmat. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat

Baca juga : 8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

Baca juga : Sambal Goreng Jawa Mudah Sahaja Nak Masak, Hidang Di Pagi Raya Pasti Jadi Rebutan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!