Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

undefined

Pelbagai resepi viral dikongsikan dalam media sosial. Adakah anda mencubanya? Kalau belum jom semak menu ini, barulah tidak bosan memasak hidangan sama!

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan untuk tempoh dua minggu, ibu pasti ketandusan idea untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak. Apa kata anda cuba beberapa resepi viral ini yang menggunakan lima bahan sahaja, confirm menjimatkan masa!

Jangan lupa untuk mengajak suami dan anak-anak masuk ke dapur. Tidaklah nanti mereka berasa bosan dan aktiviti memasak ini berupaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Resepi viral yang sangat mudah

#1. Kopi dalgona

resepi viral di media sosial

credit to sources

Trend ini mengambil inspirasi dari negara Korea Selatan yang dipanggil dalgona. Bagi pencinta kafein, sudah pasti anda tidak boleh keluar ke kedai kopi kegemaran.

Namun, jangan risau kerana hanya boleh menyediakannya di rumah menggunakan bahan-bahan yang sudah tersedia di dapur. Yang pasti rasanya mampu memberikan ketenangan!

Bahan-bahan yang diperlukan: 

  • Kopi segera, nescafe atau milo (milo perlu letakkan sedikit ovalet)
  • Gula pasir
  • Air panas
  • Susu segar
  • Sedikit ais

Cara penyediaan:

  1. Masukkan dua sudu kopi segera, dua sudu gula pasir, dan dua sudu air panas ke dalam mangkuk kecil.
  2. Gunakan pengadun tangan (hand mixer) dan putar bahan campuran sehingga gebu dan bertukar warna coklat berkilat.
  3. Seterusnya, masukkan beberapa kiub ais ke dalam gelas dan tuang susu segar.
  4. Masukkan topping dari campuran yang telah gebu tadi dan siap untuk dinikmati!

#2. Kek cawan Nutella

kelebihan senaman

credit to sources

Siapa tidak suka akan kek cawan? Anak-anak kecil amat menggemarinya kerana bentuk yang comel dan rasa begitu sedap!

Jom wujudkan aroma kek cawan di setiap sudut rumah dan ajak anak melakukannya bersama-sama. Pasti mereka berasa teruja kerana kebolehan diri seperti seorang chef!

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1/4 cawan Nutella
  • 3 sudu teh susu segar
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar dan sebatikannya.
  2. Putar hingga rata sehingga adunan kelihatan sedikit tebal
  3. Masukkan adunan ke dalam cawan
  4. Kemudian, letakkan dalam ketuhar dengan suhu 160-175 darjah celsius selama 3-5 minit (Bermula 3 minit, kemudian periksa sama ada ia masak atau tidak, jika perlu tambahkan lebih banyak masa).
  5. Sedia untuk dimakan!

#3. Satu kuali pasta

resepi stay at home

credit to sources

Resepi pasta terbaik ini hanya memerlukan masa 20 minit sahaja bagi hidangan satu periuk. Ketepikan semua bahan yang rumit dan jadikan makan malam bersama keluarga lebih istimewa!

Bahan-bahan:

  • Bawang, bawang putih dan tomato
  • Sup ayam
  • Spagheti yang belum masak
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
  2. Tutup periuk dan masak spagheti sehingga ia lembut

Tips memasak spageti:

Ini adalah tips memasak pasta cara Itali. Untuk hasil terbaik, sila ikut petua memasak di bawah:

  • Kami mencadangkan ibu menggunakan periuk atau kuali yang tidak melekat untuk mengelakkan spageti kering dan melekat ke bahagian bawah alat memasak.
  • Sekiranya anda menggunakan alat memasak jenis keluli tahan karat, disarankan menggunakan sudip untuk membalikkan spageti supaya tidak melekat pada bahagian bawah.
  • Tambah lebih banyak sup ayam jika sos kering atau spageti tidak dimasak sepenuhnya.
  • Penggunaan tomato jenis Campari lebih berjus, manis dan kurang berasid.

#4. Puding oreo milo

resepi viral untuk anak-anak

credit to sources

Tidak dinafikan, Oreo dan Milo sememangnya flavour sedap yang paling digemari ramai. Amat sesuai dihidangkan ketika musim panas kerana pencuci mulut ini mampu menyejukkan tekak.

Bukan itu sahaja, resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan 5 bahan sahaja.

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 800 ml susu segar
  • 150 gram gula pasir
  • 8 keping biskut Oreo (dibuang krim)
  • 2 sudu besar serbuk Milo

Cara penyediaan

  1. Satukan serbuk agar-agar, susu segar dan gula pasir di dalam periuk. Masak pada api sederhana sehingga mendidih. Kacau sehingga sebati.
  2. Buang lapisan krim pada biskut Oreo dan hancurkannya sehingga kasar dan tidak terlalu halus.
  3. Letakkan sedikit air pada acuan supaya puding mudah dikeluarkan.
  4. Masukkan biskut Oreo yang dipecahkan ke dalam acuan.
  5. Asingkan 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan dengan serbuk Milo.
  6. Tapis lebihan agar-agar ke dalam acuan.
  7. Dengan menggunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo tidak mendap di bahagian bawah. Ketepikan.
  8. Panaskan 1/4 dari agar-agar susu tadi dan masukkan milo. Kacau sehingga sebati.
  9. Tapis dan tuangkan secara perlahan di atas lapisan agar-agar Oreo tadi. Sejukkan.

Sumber: Bustle, thecomfortcooking, Rasa Malaysia, Noraslinda Bugal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comair-mangga

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!