Resipi Pizza Teflon - Buat di Rumah, Sangat Mudah, Pasti Jadi!

Resipi Pizza Teflon - Buat di Rumah, Sangat Mudah, Pasti Jadi!

Siapa sangka membuat pizza ala restoran akan menjadi semudah ini. Jom cuba resipi pizza teflon yang dijamin akan menjadi kegemaran si kecil anda!

Ibu ayah tak perlu sentiasa melayan rengekan anak bila mereka ajak pergi makan pizza di restoran.

Layan sahaja permintaan mereka, tetapi dengan cara yang lebih kreatif dan….ekonomikal!

Ajak anak-anak anda untuk membantu anda membuat pizza teflon ini di rumah.

Ianya sangat mudah untuk dibuat dan rasanya juga tidak kalah dengan rasa piza di restoran di luar sana!

Anda tak perlu membeli peralatan piza yang mahal-mahal. Cukup sekadar dengan satu periuk ajaib Teflon dan juga dapur gas.

Resipi Pizza Teflon
resipi pizza teflon mudah sedap ala restoran

Teringin tak? Jom cuba!

Bahan untuk roti:
  • 1 setengah sudu teh yis segera/instant yeast
  • 2 sudu teh gula pasir
  • 200gram tepung gandum
  • Setengah sudu besar garam
  • 2 sudu minyak sayuran
Bahan untuk topping (boleh diubahsuai mengikut citarasa anda)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • Setengah lada benggal
  • Sepotong besar nanas
  • 50gram mozarella cheese (atau keju cair)
  • 3 ke 4 keping sosej daging
Cara menyediakan pizza teflon:
  1. Larutkan yis dan gula dalam 100ml air suam. Biarkan selama 15 minit.
  2. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak. Kemudian masukkan air yis ke dalam adunan ini dan uli hingga rata.
  3. Masukkan baki air suam sedikit demi sedikit dan sambung uli doh hingga sebati.
  4. Tutup doh roti dengan kain lembap selama sejam sehingga doh naik.
  5. Sediakan periuk Teflon yang telah disapu minyak atau mentega (supaya doh tidak melekat pada periuk).
  6. Masukkan doh ke dalam periuk dan tekan/ratakan doh atas permukaan periuk itu.
  7. Cucuk doh pizza dengan garfu, masuk serta ratakan sos tomato berserta topping lain yang telah dipotong awal tadi sehingga ia menutupi permukaan pizza dalam teflon. Tabur cheese di atas piza.
  8. Masak atas dapur gas dengan api perlahan. Tutup periuk teflon supaya pizza masak dengan sekata.
  9. Tengok keadaan pizza sekali sekala supaya ia tidak hangus.
  10. Jika ia sudah masak (permukaannya bertukar coklat/perang keemasan), keluarkan pizza teflon dan hidangkan segera sementara ia masih panas.

Memang menjilat jari. Yang lebih penting, si kecil anda akan terhibur kerana dapat masak pizza bersama ibu ayahnya yang tersayang.

Mana tahu, jika anda selalu menyediakan resipi Pizza Teflon ini dengan anak, dia bakal menjadi calon Masterchef Cilik Malaysia!

Selamat mencuba ya ibu ayah semua.

Cuba juga resipi sambal ikan bilis ini untuk hidangan tengah hari yang ringkas tetapi sedap sehingga menjilat jari:

Resipi Sambal Belacan Ikan Bilis Limau Kasturi

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner