Boleh Ke Bayi Makan Roti? Ibu, Jom Kenalkan Roti Pada Si Manja Dengan 3 Menu Ringkas Ini!

lead image

Tidak tahu masa terbaik untuk memberi roti kepada bayi?

Sedap dan mudah didapati, roti merupakan makanan menjadi makanan yang sangat popular di seluruh dunia sampaikan ada sesetengah orang yang menjadikan nasi sebagai pengganti nasi dalam menu seharian.

Namun bila bercakap tentang roti untuk bayi, bila waktu sesuai untuk memperkenalkan kepada si manja anda?

Roti Untuk Bayi: Kandungan Roti

Kandungan nutrien dalam roti adalam bergantung kepada jenis roti yang dimakan, tetapi secara umumnya, pakar mengesyorkan roti gandum sebagai pilihan terbaik. Sepotong roti gandum mengandungi 70 gram kalori, 1 gram lemak, 4 gram protein dan 11.5 gram karbohidrat.

Bolehkah Kita Memberi Roti Untuk Bayi?

Seiring dengan perkembangan bayi, ibu bapa perlu memberikan makanan dengan nutrien baik bagi menyokong tumbesaran di manja pada tahap optima.

Jadi waktu yang terbaik memperkenalkan makanan pejal pada bayi adalah di usia 6 bulan, apabila bayi memerlukan makanan pelengkap lain selain susu ibu.

Pakar juga mengesyorkan agar ibu bapa melihat jika bayi menunjukkan alahan tertentu terhadap roti. Jadi jika anda berada was-was, sebaiknya and rujuk doktor dengan kadar segera untuk memastikan jenis roti yang sesuai untuk anak.

Ini kerana ada sesetengah roti yang mengandungi gluten yang tidak sesuai untuk si kecil terutamanya yang mempunyai masalah ekzema dan sebagainya.

Berikan roti pada bayi ketika usianya menginjak 7 bulan ketika sistem pencernaannya sudah boleh menerima pelbagai jenis makanan.

Pilihan Roti Untuk Bayi 

Terdapat pelbagai jenis produk roti yang dijual di pasaran. Bagi orang dewasa, pengambilan roti adalah lebih mudah kerana kita boleh ambil apa jua jenis roti, namun bagi bayi yang masih membesar, pemilihan roti pula lebih terhad.

Antaranya roti coklat memiliki kadar serat yang tinggi dan sama sekali tidak disarankan kepada bayi kecil.

Ini kerana roti coklat membuatkan bayi cepat kenyang dan boleh menurunkan nafsu makan si kecil untuk menerima makanan lain.

Tambahan lagi, terlalu banyak serat boleh menghalang penyerapan zink dan zat besi dalam tubuh. Jadi pada permulaannya bayi sebaiknya diperkenalkan roti putih sahaja.

Namun roti putih juga tidak mempunyai cukup nutrien kepada bayi jadi ibu bapa disarankan beri roti terlalu banyak kepada anak. Cadangan pengambilan roti untuk bayi adalah 3-4 kali seminggu dalam hidangan kecil sebagai tambahan dalam menunya.

Cadangan Hidangan Roti Buat Si Manja

#1 Roti Dengan Jem Buah-Buahan

roti untuk bayi, bayi makan roti, makanan untuk bayi, bila bayi boleh makan roti, jenis roti untuk bayi, puding roti untuk bayi, makanan bayi 6 bulan, makanan bayi 8 bulan, resipi snek untuk bayi, roti untuk bayi 9 bulan, roti organik, resipi biskut baby, roti baby, roti kukus untuk bayi, resipi roti untuk bayi, pemakanan bayi, makanan untuk anak

Bahan:

Cara membuatnya:

  • Ambil roti dan buang bahagian tepinya.
  • Potong roti menjadi helaian kecil yang mudah dipegang, sapukan jem ke atasnya.

#2 Roti Mentega

Bahan:

  • Roti putih
  • Mentega (Sebaiknya mentega tanpa garam)

Cara membuat:

  • Ambil roti dan buang bahagian tepinya.
  • Sapu mentega ke atas roti yang dipotong kecil. Jika suka, bakar roti agar menjadi biskut sesuai untuk si kecil yang baru tumbuh gigi.

#3 French Toast (untuk 1 tahun ke atas)

roti untuk bayi, bayi makan roti, makanan untuk bayi, bila bayi boleh makan roti, jenis roti untuk bayi, puding roti untuk bayi, makanan bayi 6 bulan, makanan bayi 8 bulan, resipi snek untuk bayi, roti untuk bayi 9 bulan, roti organik, resipi biskut baby, roti baby, roti kukus untuk bayi, resipi roti untuk bayi, pemakanan bayi, makanan untuk anak

Bahan:

  • 1 biji telur
  • Roti yang dipotong dadu atau dihiris panjang
  • Gula atau garam
  • Mentega untuk menggoreng

Cara membuat:

  • Pecahkan telur dalam sebuah mangkuk, adun telur lalu tambahkan gula. Pukul telur sehingga sebati.
  • Celur roti dalam telur yang dipukul tadi.
  • Pastikan roti digoreng merata dan siap disajikan untuk bayi.

Menu ini sesuai bagi bayi yang tidak ada alahan telur, jadi pastikan si manja anda telah melepasi ujian alahan telur ya!

Selamat mencuba!

Boleh berikan resipi bayi? Anak saya suka memilih makanan!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Erinintyani Shabrina Ramadhini dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Resipi Doh Hebat Untuk Membuat Pelbagai Jenis Roti

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!