Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

Ramai yang tolak perancangan keluarga kerana menganggap rezeki anak ramai itu datangnya dari Tuhan. Tapi, wajarkah tindakan anda itu?

Lain orang, lain fahamannya tentang rezeki anak ramai. Ada yang ingin merancang, malah ada juga yang tidak mahu. Katanya, kalau Allah sudah bagi, kenapa ditolak?

Setiap keputusan yang diambil oleh mana-mana suami isteri tentang isu kehamilan memanglah hak kalian. Tapi seeloknya, rancanglah kehamilan supaya kesihatan tubuh badan anda lebih terjaga.

Ikutlah saranan WHO. Hal ini kerana, wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk kembali pulih selepas melahirkan anak. 2 tahun bukanlah terlalu lama jika dibandingkan dengan luka bersalin yang dialami si ibu. 

Jika anda menolak untuk melakukan sebarang perancangan keluarga kerana menganggap rezeki anak ramai itu diberi Tuhan, ikuti perkongsian ilmu yang dipetik dari Program Tanyalah Uztazah oleh Pegawai Farmasi, Rabihah Abdul Rashid ini.

Semoga perkongsiannya membuka mata. 

Rezeki Anak Ramai: Islam Juga Mementingkan Perancangan Dan Strategi

rezeki anak ramai

Siapa kata Islam tidak mementingkan perancangan dan strategi? Islam sangat mementingkannya! Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru ke dunia ini

Sebaik-baiknya, setiap kehamilan itu “dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu”. Maksudnya di sini, kehamilan itu planned, intended, and wanted. 

Contohnya jika ditakdirkan hamil lagi, rasa sangat gembira sampai nak sujud syukur. Bukannya mengeluh atau tidak rasa apa-apa. 

Waktu terbaik untuk hamil adalah pada usia 20 hingga 35 tahun. Waktu ini bagus kerana badan masih kuat dan risiko kehamilan lebih rendah. 

 

Tapi ikutlah, kalau kahwin lambat, apa pilihan yang ada, kan? Apapun, jarakkan anak itu selama 2 tahun. 

Sebenarnya, dalam Al-Quran sendiri sudah dinyatakan sebaik-baik jarak kehamilan adalah selama 2 tahun. Kan bagus panduan yang sangat clear ini? 

Kenapa sampai 2 tahun? Kerana dalam masa 2 tahun ini, ibu ayah sempat memberi perhatian secukupnya kepada anak. Malah, ibu juga sempat sembuh dari luka bersalin

Dr Harlina sendiri suggest agar lepas 2 tahun, ibu boleh bercerai susu, dan kembali semula hamil. 

Ada banyak kaedah merancang yang tersedia sekarang ini. Sama ada secara semula jadi atau memakai mana-mana perancang keluarga. Janganlah semuanya di bibir saja. 

Rezeki Anak Ramai: Mengandung Itu Rezeki Dari Allah, Tapi…

rezeki anak ramai

Rezeki anak ramai itu ada dengan Allah. Yang menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Jika ibu bapa tidak pandai mengurus, anak seorang dua pun takkan terjaga kebajikannya. 

Dalam soal ini, lihatlah kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Anak ini satu amanah, bukannya rezeki semata-mata. 

Kalau baru kahwin, honeymoonlah dulu dalam masa 6 bulan. Kemudian, baru cuba dapatkan anak. Ini agar anda dapat lebih mengenali hati budi pasangan dalam keadaan sihat.

Kalau nanti terus mengandung, dengan morning sickness semuanya, tak sempat dah! Tapi ini ikutlah kehendak masing-masing. 

Kehamilan yang tidak dirancang bukan hanya beri kesan fizikal pada ibu, malah juga kesan emosi!

Ada satu pesakit saya yang belum masuk lagi anniversary ke-4 perkahwinannya, dia sudah mengandung anak ke-4! Bayangkan… dia tak sempat berehat langsung.

Last-last, kena jumpa psychiatrist sebab dia sudah mula membenci suaminya. 

Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”

Kesimpulan

1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor

Apa Pendapat Anda?

Anak Ramai Memang Rezeki, Tapi Tak Salah Merancang Kan?

Ha… begitulah nasihat yang diberikan oleh Uztazah tersebut, diselit dengan kisah benar dari Dr Harlina. Apa pendapat anda tentang rezeki anak ramai?

Wajarkah kita merancang kehamilan, ataupun tidak? Semuanya di tangan anda. Semoga keputusan yang anda ambil merupakan keputusan yang terbaik untuk keluarga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Wow, Ibu Ini Bersalin Anak Ke- 21 Ketika Sudah Berusia 43 Tahun!

Baca juga: Berapakah Bilangan Anak Yang Ideal? Mesti Tahu Sebelum Kahwin Lagi, Kalau Tak…

Baca juga: Jadi Ibu Anak Ramai Bukan Sesuatu Yang Mudah, Keluarga Besar Memang Seronok Tapi Kena Tahan Mulut Orang Mengata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!