Risiko Kerosakan Otak Apabila Menggoncang Bayi

Pasangan suami isteri perlu sedar pentingnya berkerjasama: mungkin ibu atau bapa anak itu cuma perlukan 5 minit untuk berehat, bertenang dan beralih dari situasi yang tension sangat itu. Ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan anak.

Menggoncang bayi boleh menyebabkan trauma kepala dan memusnahkan sel-sel yang boleh menghalang oksigen ke otak.

Tetapi apabila ibu bapa/pengasuh menghadapi cabaran untuk menjaga bayi yang asyik menangis, kadang-kadang ini boleh menyebabkan mereka menggoncang bayi itu akibat tekanan dan rasa marah.

Menurut Pakar Bedah Otak, Hospital Pantai Klang, Dr. Gunasegaran Thangaveloo, statistik menunjukkan. 25 peratus kanak-kanak yang digoncang dengan kuat telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami

Sindrom Goncang Bayi (Shaken Baby Sindrom (SBS)

Sindrom Goncang Bayi sebenarnya dianggap sebagai satu bentuk penderaan kanak-kanak. Kecederaan pada otak boleh berlaku apabila seseorang menghempas bayi ke arah satu objek, melambung, menyentak atau menggoncang bayi itu. Bayi mangsa sindrom ini biasanya telah digoncang oleh orang dewasa pada bahagian tangan, kaki, dada atau bahu bayi tersebut.

“RealCare™ Shaken Baby”, anak patung elektronik simulasi. Sumber: www.realityworks.com

Baru-baru ini sebuah anak patung elektronik yang dinamakan Shaken Baby, telah dilancarkan di Stuttgart, Jerman, sebagai sebahagian daripada kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya menggoncang bayi. Apabila anak patung itu digoncang, lampu merah akan menyala untuk menunjukkan kawasan otak bayi yang cedera.

Pencipta anak patung tersebut berharap dengan adanya imej visual yang mengejutkan, orang ramai akan sedar dan mengelak dari perbuatan menggoncang bayi ketika marah.

Lampu merah menunjukkan kawasan otak yang rosak apabila bayi digoncang
Image: PHOTOSHOT / AVALON.RED

Kesan Sindrom Goncang Bayi

  • menyebabkan tisu otak, salur darah dan saraf pada otak terkoyak
  • mengakibatkan otak terhentak pada tempurung kepala kerana ia disokong oleh otot-otot tengkuk yang tidak kuat
  • menyebabkan tisu otak berdarah dan membengkak kerana saluran darah di dalam otak bayi masih lembut

Tanda-tanda bayi telah digoncang 

Bagaimanapun, kecederaan ringan tidak akan menunjukkan tanda-tanda SBS yang ketara. Kebanyakan kes kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada otak ini secara fizikalnya tidak mempunyai apa-apa tanda yang berbahaya pada bahagian luar tubuh mereka. Yang paling sedih, mangsa-mangsa bayi tidak berupaya untuk memberitahu ibu bapa mereka tentang kesakitan yang dialami.

Dr. Gunasegaran Thangaveloo menunjukkan kecederaan otak yang berlaku akibat goncangan kuat terhadap kanak-kanak.
Sumber: Utusan Online

Bayi atau kanak-kanak itu mungkin akan: 

  • muntah-muntah,
  • terlalu sensitif,
  • merungut,
  • lembap dan tidak lalu makan,
  • sawan,
  • mempunyai denyutan jantung yang perlahan,
  • masalah pendengaran atau
  • pendarahan di dalam mata bayi tersebut.

Dalam kes serius bayi tersebut boleh menjadi lumpuh ataupun koma.

Oleh itu, ibu bapa, penjaga ataupun pengasuh dinasihatkan supaya jangan menggoncang bayi atau kanak-kanak kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mereka. Walaupun rasa stress apabila anak tak berhenti-henti menanggis cubalah kaedah-kaedah lain untuk menenangkan mereka.

Ataupun suruh suami, kawan ataupun ahli keluarga lain untuk mengambil alih untuk seketika sehingga rasa marah itu reda. Pasangan suami isteri perlu sedar pentingnya berkerjasama: mungkin ibu atau bapa anak itu cuma perlukan 5 minit untuk berehat, bertenang dan beralih dari situasi yang tension sangat itu. Ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan anak.

Jika anda mengesyaki anak anda mangsa sindrom ini, jangan lengah dan dapatkan bantuan doktor dengan segera.

Sumber: The Sun, Utusan Online, Reality Works