Ibu 2 orang anak mati selepas dirogol beramai-ramai dengan kejam

lead image

Seorang ibu 2 orang anak ditemui mati selepas dirogol dengan kejam oleh pesalah rogol berkumpulan. Wanita semua diminta lebih berhati-hati!

THAILAND: Gempar dan amat mendukacitakan apabila kami menerima khabar buruk tentang rogol berkumpulan ini. Seorang ibu tunggal kepada 2 orang anak ditemui mati selepas “dikerjakan” oleh perogol berkumpulan. 

Mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui mati di Chanthaburi. Beliau difahamkan telah diberi dadah atau dipaksa minum minuman keras secara berlebihan. 

Akibatnya, mangsa tidak dapat menyelamatkan dirinya apabila 4 orang lelaki mengambil keputusan untuk menculik dan merogol mangsa secara berkumpulan.

Mangsa dilaporkan sebagai seorang anak yatim piatu yang sudah bercerai dan kini sedang membesarkan 2 anaknya. Beliau bekerja sebagai penjual kosmetik online.

Kes rogol berkumpulan – mangsa ialah seorang ibu tunggal!

Mangsa dikatakan berada dengan 3 kawan perempuannya di sebuah kelab malam Orbit Pub di Muang Chanthaburi ketika malam kejadian. 

Selepas berhibur, mangsa didapati hilang. Rakan-rakannya menganggap mangsa telah pulang ke rumah. Jadi mereka pun tidak menghiraukan kehilangannya itu dan terus kembali ke rumah masing-masing.

Namun semuanya terbongkar apabila rakaman kamera CCTV mendedahkan 4 orang lelaki telah mengusung mangsa yang tidak sedarkan diri itu keluar dari pub.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/gang rape in thailand 1.jpg Ibu 2 orang anak mati selepas dirogol beramai ramai dengan kejam

Mereka juga dilihat meletakkan mangsa di tempat belakang sebuah trak sebelum memecut laju meninggalkan pub terbabit.

Polis telah menahan suspek kes rogol berkumpulan ini

Empat orang lelaki telah ditahan bagi siasatan kes rogol berkumpulan ini. Mereka ialah Natthapong Saenkla, 24, Patthawee Boontham, 23, Surasit Jaikhammee, 23 dan seorang remaja lelaki yang berusia 18 tahun.

Tiga suspek mengaku dengan tuduhan merogol mangsa, namun menafikan yang mereka meletakkan dadah ke dalam badannya. Surasit pula menafikan yang dia terlibat dengan kes rogol berkumpulan ini.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/gang rape in thailand 2.jpg Ibu 2 orang anak mati selepas dirogol beramai ramai dengan kejam

Kami di theAsianparent Malaysia amat berdukacita dengan berita ini. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan anak-anak mangsa yang kini telah menjadi anak yatim. 

Tiada siapa pun layak menjadi mangsa kepada perlakuan kejam seperti ini.

Lindungi diri anda dari ancaman rogol

Perogol adalah insan kejam yang tidak berperikemanusian. Oleh sebab itu kita tiada cara untuk menentukan siapa mangsa rogol yang seterusnya.

Namun untuk wanita, anda diingatkan agar sentiasa peka dengan persekitaran anda. Hanya dengan cara ini kita mampu melindungi diri kita dari ancaman rogol.

Belajar kemahiran mempertahankan diri ialah satu bonus. Selain itu, amalkan juga 7 tips ini:

  1. Sentiasa peka dengan sekeliling anda
  2. Jangan tinggalkan minuman anda terdedah tanpa pantauan
  3. Minum dan berhibur dengan bertanggungjawab. Jangan hilang kawalan
  4. Sentiasa duduk dalam kumpulan atau dengan kawan-kawan
  5. Pastikan anda ada DD atau designated driver jika anda ke mana-mana dan hilang kawalan diri
  6. Jerit dan tarik perhatian orang ramai jika anda dikacau atau diganggu
  7. Percaya naluri dan kata hati anda

Mangsa rogol tidak bersalah. Yang bersalah ialah perogol. Rogol adalah perbuatan jenayah. Jangan beri peluang untuk jenayah ini berleluasa di Malaysia.

Kami mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga. Semoga semuanya selamat.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi