Pelajar PHD Berfantasi Jijik Dengan Merogol 48 Orang Lelaki & Disabitkan 159 Kesalahan SEKS!

Pelajar PHD Berfantasi Jijik Dengan Merogol 48 Orang Lelaki & Disabitkan 159 Kesalahan SEKS!

Seorang pelajar yang berasal dari Indonesia didapati bersalah merogol seramai 136 orang lelaki warga Britain!

Mengejutkan baru-baru ini apabila seorang pelajar yang berasal dari Indonesia disabitkan dengan 159 kesalahan seks termasuk rogol lelaki di Britain.

Dia digelar predator seksual setan kerana telah merogol sejumlah orang lelaki di mana kes mahkamahnya berlangsung sejak Jun 2018 sehingga Disember 2019 yang lalu.

Pelajar tersebut bernama Reynhard Sinaga telah didapati bersalah mengumpan 48 lelaki yang ditemui di bar atau kelab.

Kemudian dia memberikan mereka dadah dan membawa pulang ke pangsapurinya di Manchester untuk memuaskan nafsunya.

Lebih-lebih lagi dia turut merakam perbuatan tersebut melalui telefon bimbit miliknya.

Pelajar didapati bersalah rogol lelaki

rogol lelaki

Berdasarkan perbicaraan berasingan, pelajar ini didapati bersalah di atas 136 tuduhan merogol, lapan tuduhan percubaan rogol dan 14 tuduhan serangan seksual serta satu serangan penembusan terhadap 48 mangsa.

Menurut pihak polis, mereka mempunyai bukti segala perlakuan Sinaga yang mensasarkan 190 orang mangsa.

Perkhidmatan Pendakwaan Crown berkata, kes rogol lelaki ini yang dilakukan oleh pelajar Indonesia itu adalah perogol paling profilik dalam sejarah perundangan British.

Hakim perintah penjara seumur hidup

Atas sebab itu, Hakim memerintahkan bahawa dia dipenjara seumur hidup termasuk hukuman minimun sekurang-kurangnya 30 tahun penjara .

Buat pengetahuan, Sinaga adalah pelajar falsafah kedoktoran di University Of Leeds itu sudah menjalani hukuman minimum 20 tahun penjara selepas disabitkan dalam dua perbicaraan yang terdahulu. Di mana ia berlaku semasa musim panas dan musim bunga sekitar dua tahun yang lalu.

Pihak polis walaubagaimanapun tidak dapat mengesan 70 mangsa Sinaga yang lain namun meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis.

Tak ngaku merogol!

rogol lelaki

Reynhard memaklumkan bahawa dia sangat menikmati mempenetrasi lelaki dan bermain dengan fantasi seksnya semasa mereka berpura-pura tidur. Malah, tidak mahu mengaku bersalah di atas jenayah rogol itu.

Lelaki yang melanjutkan pengajiannya di England itu berkata, kemahuan seks itu telah dipersetujui oleh semua mangsa dan mereka didakwa sedar semasa hubungan seksual itu berlaku.

Apatah lagi, perlakuan seks itu turut dirakam menggunakan dua telefon bimbit miliknya dari jarak dekat dan jauh.

Walaubagaimanapun, menurut pendakwa raya semua lelaki yang dirakam tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Reynhard beraksi, namun dia mencelah dengan mengatakan semua lelaki itu hanya berpura-pura tidur.

Mendakwa semua mangsa menikmati keasyikan seks itu

perogol bersiri

Lelaki yang berusia 36 tahun itu turut mengakui suka melakukan fantasi seks dan mendakwa mangsa turut menyukainya juga.

Lebih mengejutkan, mangsa yang dirogol itu terdiri daripada lelaki berkulit putih dalam linkungan umur 21 tahun yang kelihatan tidak sedarkan diri setelah dikhayalkan dengan dadah.

Malah, ada sebahagian daripada mangsa berdengkur semasa tidur. Namun, dia menafikan itu sebagai dengkuran tidur tapi sebahagian dari bunyi permainan seks.

Tertuduh turut menafikan yang dia membeli ubat GHB atau gamma hydroxybutyrate untuk bius semua mangsanya.

Tanpa rasa bersalah, dia mengatakan mangsanya turut terdiri daripada 13 lelaki heteroseksual yang menjadi saksi dalam perbicaraan kes itu.

********************* 
Kalau bercakap tentang kes rogol ini kebiasaannya berlaku kepada wanita sahaja, tapi tak sangka lelaki dengan lelaki pun boleh memperlakukan perkara yang sama.

Namun, semuanya terletak kepada keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Yang Maha Esa iaitu mana satu jalan yang akan kita pilih. Sama ada kebaikan atau kejahatan.

Malah kita sendiri seakan terkejut dengan kejadian yang berlaku ini. Apapun, dunia sekarang ini memang macam-macam boleh jadi di atas tindakan manusia itu sendiri. Inilah yang dikatakan pelik tapi benar.

Apapun, jangan lupa kongsikan artikel ini di laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan platform lain yang anda ada. Juga dapatkan maklumat lain di laman web kami untuk dijadikan rujukan keibubapaan anda di masa mendatang. Semoga bermanfaat. 

Pelajar PHD Berfantasi Jijik Dengan Merogol 48 Orang Lelaki & Disabitkan 159 Kesalahan SEKS!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Malaysiakini,Oh Bulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner