Ruam Peluh Pada Kulit Sering Buat Si Kecil Tak Selesa? Ibu Boleh Cuba 6 Cara Semula Jadi Ini

Ruam Peluh Pada Kulit Sering Buat Si Kecil Tak Selesa?  Ibu Boleh Cuba 6 Cara Semula Jadi Ini

Ini 6 cara hilangkan ruam kulit pada bayi dengan lebih selamat. Dalam beberapa hari saja, kulit bayi kembali pulih dan lincin seperti sedia kala!

Disebabkan kulit bayi memang sangat sensitif, maka ruam kulit pada bayi mudah timbul dan seterusnya menjadi gatal-gatal dan kemerahan.

Namun, ibu tidak boleh memberikan ubat sebarangan bagi menghilangkan ruam kulit pada bayi ini, tetapi ia harus dilakukan dengan pantauan doktor atau menggunakan cara semula jadi yang boleh dilakukan dari rumah. 

Sebab ruam kulit pada bayi 

ruam kulit pada bayi, ruam kulit, ruam kulit pada kulit anak, ruam kulit pada kulit si kecil, ruam kulit bayi, ruam kulit anak, ruam, apa itu ruam, jenis jenis ruam, cara mengubati ruam kulit, cara ubat ruam kulit pada bayi

Peluh yang berlebihan pada bayi boleh menyebabkan pori-pori kulitnya tersumbat sehingga peluh tidak dapat keluar. Ia seterusnya menimbulkan ruam kulit pada bayi.

Bayi sering mengalami ruam kulit kerana kelenjar peluh mereka belum berkembang sempurna.

Profesor pediatrik dan dermatologi dari University of California, Lawrence F. Eichenfield mengatakan, keadaan panas dan pakaian terlalu tebal boleh menyebabkan bayi berpeluh.

Beliau juga menambah, keadaan udara yang kurang baik boleh menyebabkan suhu dalam ruangan menjadi panas terutama bila bayi dibedung atau memakai pakaian yang berlapis-lapis.

Apabila suhu panas membuatkan badan berpeluh, ditambah pula memakai pakaian tebal, maka peluh tidak dapat keluar dengan sempurna! Seterusnya peluh tadi akan mengalir ke jaringan kulit di sekitar kelenjar peluh hingga mencetuskan ruam kulit pada bayi dan iritasi.

Gejala ruam kulit pada bayi

ruam kulit pada bayi, ruam kulit, ruam kulit pada kulit anak, ruam kulit pada kulit si kecil, ruam kulit bayi, ruam kulit anak, ruam, apa itu ruam, jenis jenis ruam, cara mengubati ruam kulit, cara ubat ruam kulit pada bayi

Bayi biasanya mengalami ruam kulit di kawasan tertutup seperti lipatan tangan, bahagian kemaluan, ketiak dan belakang lutut hingga menyebabkannya tidak selesa.

Jika ini terjadi, sebaiknya bayi diberikan pakaian yang selesa dan mudah menyerap peluh. Selain itu, gunakan kipas dan penghawa dingin bagi membantu mengurangkan panas pada tubuh si kecil itu.

 Cara menghilangkan ruam kulit pada bayi

Biasanya ruam kulit pada bayi ini akan hilang dalam beberapa hari. Namun, ada cara yang boleh membantu bayi merasa lebih selesa seperti berikut:

  • Menurunkan suhu di rumah: Tingkatkan ruang di sekitar rumah dengan bantuan penghawa dingin atau kipas angin supaya bayi merasa lebih dingin dan selesa.
  • Mengenakan pakaian yang selesa: Gantikan pakaian bayi dengan bahan yang lebih nipis supaya bayi tidak sering berpeluh.
  • Pakai losyen calamine: Sapu losyen di bahagian ruam namun hindari dari terkena sekitar area mata dan mulut.
  • Letakkan bayi di ruangan dengan udara yang lebih baik.
  • Jaga bahagian tubuh bayi yang terkena ruam supaya sentiasa kering.
  • Elakkan pakaian yang terlalu ketat pada si kecil.
Cara mengubati ruam kulit pada bayi dengan bahan semula jadi
#1. Cendana

Campurkan serbuk cendana dengan air mawar kemudian sapukan campuran ini pada bahagian tubuh yang mengalami ruam.

#2. Lidah buaya
ruam kulit pada bayi, ruam kulit, ruam kulit pada kulit anak, ruam kulit pada kulit si kecil, ruam kulit bayi, ruam kulit anak, ruam, apa itu ruam, jenis jenis ruam, cara mengubati ruam kulit, cara ubat ruam kulit pada bayi

Kredit: Tokopedia

Lidah buaya dapat memberikan kesejukan pada kulit dengan cara mencampurkan daun lidah buaya dengan air mawar yang dipercayai mampu mengubati ruam pada anak kecil.

#3. Lemon

Lemoh dipercayai memiliki khasiat untuk mengawal minyak berlebihan kerana berpeluh. Caranya, ibu mandikan si kecil dengan campuran lemon bagi mengurangi gejala ruam ini.

Semoga bermanfaat

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

7 Tanda Bahaya Yang Menunjukkan Bayi Anda Terlalu Panas (Overheating)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner