Ruam lampin, bagaimana dan kenapa?

Share this article with other mums

Ia secara amnya berpunca daripada kelembapan, asid di dalam air kencing atau najis atau geseran dengan lampin.

Ruam lampin ialah kesan kulit berwarna kemerahan, gatal-gatal dan kadang-kala menggerutu di bahagian alat sulit. Ia secara amnya berpunca daripada kelembapan, asid di dalam air kencing atau najis atau geseran dengan lampin.

Terdapat juga bayi yang mendapat ruam lampin akibat sabun basuhan lampin kain, atau plastik pada lampin pakai buang atau bahan kimia yang digunakan di dalam lampin bagai buang. Jangkitan yis juga boleh mengakibatkan ruam lampin.

Ruam lampin juga boleh terjadi pada orang dewasa yang memakai lampin.

Simptom ruam lampin adalah:

  • Kulit kemerah-merahan
  • Kulit melelas atau melecet di bahagian lampin (punggung, alat sulit dan peha).
  • Bayi kelihatan tidak selesa (Asyik menangis)
  • Menangis jika bahagian ruam disentuh

Bagaimana mengurangkan atau mengelak ruam lampin?

  • Pastikan kulit bayi kering sebelum memakai lampin atau segera menukar lampin apabila sudah penuh
  • sapukan krim, minyak pati atau losyen di kulit yang kering untuk melindung kawasan tersebut dari kelembapan.
  • banyakkan pengudaraan kawasan ruam seperti membiarkan bayi anda tidur tanpa memakai lampin bagi memastikan kawasan ruam kering
  • Jangan mengopek atau menggosok dengan kasar kawasan ruam. Kulit mati itu akan tertanggal dengan sendirinya.
  • Elakkan menggunakan lampin yang terlalu ketat
  • Elakkan menggunakan bahan yang boleh merengsa kulit bayi (contoh sabun dewasa)

Rawatan alternatif di rumah

Bagi sesetengah bayi, rawatan alternatif berikut membantu mengurangkan ruam lampin:

  • susu ibu
  • aloe vera dan calendula
  • minyak kelapa dara

The following alternative treatments have worked for some people:

• Witch hazel (winter bloom), a flowering plant. A study showed that applying an ointment made with witch hazel to diaper rash helped. The study included 309 children.

Jumpa doktor

Tidak semua ruam lampin memerlukan untuk anda membawa bayi anda berjumpa doktor. Namun sekiranya bayi anda mempunyai tanda berikut, segera berjumpa doktor:

Foto ehsan infodisease

  • ruam menjadi semakin teruk walau rawatan awal telah diberikan
  • berdarah
  • sakit apabila kencing atau membuang najis (bayi akan kerap menangis)
  • demam 

Masalah ruam lampin adalah normal dan hampir semua bayi mempunyainya. Namun jika keadaan terlampau serius, dapatkan rawatan dari doktor.

Cadangan rawatan yang di atas mungkin berkesan bagi sesetengah bayi. Apa yang anda gunakan untuk merawat ruam lampin anak anda?

 

Sumber: mayo clinic

Bayi Keibubapaan Kesihatan Untuk Ibu & Ayah