X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Susahnya Nak Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Bayi! Jom Semak Cara Berkesan & Mudah Ini

Pencuci botol susu banyak dijual dalam pasaran. Semak di sini jenama manakah terbaik yang mampu menghilangkan kotoran pada botol susu atau puting bayi

Tidak dinafikan, ibu ayah pasti akan menggunakan sabun pencuci botol susu anak-anak yang khas agar kotoran dibersihkan sepenuhnya. Namun, jangan lupa untuk mengambil tahu akan kandungan dalam setiap sabun pencuci yang dipilih supaya terhindar dari sebarang bahan kimia berbahaya.

Dalam hal ini, botol susu dan puting perlu dibasuh dengan berkesan bagi mengelakkan terkumpulnya lelemak susu yang boleh memberikan risiko terhadap kesihatan si manja.

Kenapa penting untuk mencuci dan membersihkan botol susu bayi?

[caption id="attachment_452834" align="aligncenter" width="670"]pencuci botol susu Kredit gambar: Western61[/caption]

Bayi mempunyai sistem imun yang tidak matang, jadi mereka tidak cukup kuat untuk melawan sekadar jangkitan penyakit. Satu cara yang penting untuk menyokong mereka dalam kekal sihat adalah dengan mengurangkan peluang untuk mereka jauh sakit pada tunggak utamanya.

Susu adalah medium terbaik di mana bakteria boleh membiak. Inilah sebab penting untuk anda membersih kesemua peralatan menyusu dan makan bayi serta memastikan yang formula susu dingin sehingga hanya sebelum memberikan bayi anda susu.

Mencuci Peralatan Botol Susu

[caption id="attachment_452830" align="aligncenter" width="670"]pencuci botol susu Kredit gambar: Experienced Mom[/caption]

Ia penting untuk anda mencuci peralatan menyediakan botol susu bayi selepas setiap sesi menyusu. Anda perlu membersihkannya sebelum disterilkan, dan adalah yang terbaik untuk anda mencuci peralatan menyusu sebaik selepas bayi anda selesai menyusu. 

Jika anda tidak boleh membersihkan botol dan puting tersebut terus-menerus, bilas ia dengan air yang bersih. Ini akan membuatkan ia mudah untuk dicuci sepenuhnya di kemudian waktu.

Di sini kami kongsikan cara bagaimana untuk mencuci peralatan botol susu:

  1. Cuci tangan anda dengan sabun dan keringkan dengan tuala bersih
  2. Periksa puting bebas dari sebarang retakan. Buang jika terdapat sebarang kerosakan pada puting - bakteria boleh merebak di bahagian retakan
  3. Basuh semua peralatan botol susu di dalam air panas dan bersabun
  4. Gunakan berus botol untuk menyental di dalam botol dan puting. Berikan perhatian lebih kepada penutup dan skrew pada bahagian atas - di sinilah di dalam bakteria selalu merebak
  5. Percik air menerusi puting botol untuk membersihkan lubang kecil itu
  6. Bilas semuanya dengan bersih

7 Pencuci Botol Susu Terbaik Di Pasaran

Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Jenama

Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Paling Jimat

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser

Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik 100% Bahan Semula Jadi

Pigeon Liquid Cleanser

Sabun Basuh Botol Susu Terbaik Berasaskan Sayuran

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser

Sabun Basuh Botol Susu Terbaik Sangat Efektif

Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser

Sabun Basuh Botol Susu Terbaik Bebas Bahan Kimia

Bumble Bee Baby Safe Liquid Cleanser

Sabun Basuh Botol Susu Terbaik Mesra Alam Sekitar

Cosway Ecomax Baby Bottle Cleanser

Sabun Basuh Botol Susu Terbaik Membasmi Kotoran Degil

Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap

Jadi untuk membantu anda membuat pilihan pencuci botol susu terbaik, apa kata anda beli saja terus dari sini seterusnya tidaklah membuang masa untuk pergi kemana-mana kedai selepas waktu bekerja nanti, kan?

1. Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Paling Jimat)

pencuci botol susu

Ia adalah satu sabun pencuci untuk botol dan aksesori barangan untuk bayi. Pencuci ini diformulasikan menggunakan material gred makanan yang mana ia selamat sepenuh untuk bayi. Diperkaya dengan formulasi pembasmi kesan kotoran yang menyahkan sisa minyak dan susu daripada botol bayi.

Teksturnya yang pekat menghapuskan semua sisa kotoran dengan mudah dan berkesan. Ia juga selamat untuk digunakan pada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan yang ia bebas racun perosak.

Apa yang kami suka:

  • Dicipta berdasarkan formula gred makanan
  • Selamat digunakan untuk bayi
  • Formula yang menyahkan sisa kotoran degil pada botol susu bayi
  • Selamat digunakan pada buahan dan sayuran

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser

product imageBeli di Shopee

2. Pigeon Liquid Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik 100% Bahan Semula Jadi)

pencuci botol susu

Merupakan sabun pencuci botol bayi yang semula jadi dan ia adalah penting untuk kesihatan bayi. Ia telah dicuba guna pakai dan diuji oleh para ibu di seluruh dunia. Pencuci botol Pigeon ini telah terbukti sangat efektf dalam membunuh bakteria yang ditemui di dalam susu. 

Ia diperbuat 100 peratus dari bahan-bahan gred makanan, selamat untuk mencuci aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan mereka. Malah ia juga sesuai untuk mencuci sayuran dan buahan.

Pencuci ini juga lembut pada kulit, yang mana ibu ayah tidak perlu risau lagi tentang kulit kering kerana buih pencuci ini adalah ringan dan dibilas dengan mudah, serta berkesan dalam melindungi kulit.

Apa yang kami suka:

  • Pencuci botol susu berasaskan bahan semula jadi
  • Dicuba pakai dan diuji oleh para ibu di seluruh dunia
  • Terbukti sangat efektif membunuh bakteria di dalam susu
  • 100% diperbuat dari bahan gred makanan
  • Selamat digunakan untuk mencuci barangan aksesori bayi
  • Boleh digunakan untuk sayuran dan buahan
  • Lembut pada kulit, tidak membuatkan kulit kering

Pigeon Liquid Cleanser

product imageBeli di Lazada

3. Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Berasaskan Sayuran)

Tollyjoy Liquid Cleaner adalah antara pilihan terbaik untuk mencuci botol susu bayi, perkakas makanan bayi, permainan, dan aksesori bayi yang lain serta sayuran dan buahan. Ia ringan dan diformulasikan dengan bahan berasas sayuran untuk membasi lemak susu dan deposit secara efektif. 

Ia juga mengandungi bahan antibakteria untuk membunuh kuman rumah, memberikan anda jaminan tambahan pada kebersihan dan hygiene. Selepas mencuci aksesori bayi anda, ia kini telah bersedia untuk pensterilan. 

Apa yang kami suka:

  • Formulasi yang ringan dan lembut
  • Diuji tidak bertoksik
  • Membasmi deposit lemak susu secara efektif
  • Mempunyai aroma buah-buahan
  • Diformulasikan dengan bahan berasas sayuran

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser

product imageBeli di Shopee

4. Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Sangat Efektif)

Pencuci dari jenama Pureen ini adalah sesuai untuk mencuci aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan. Hanya perlukan 2.5ml atau separuh sudu teh akan cecair pencuci Pureen ini bersama 1 liter air ia sudah mencukupi untuk merendam aksesori bayi secara menyeluruh dan cukup bersih. 

Pencuci Pureen ini berkesan dalam menghapus lemak susu dan kotoran. Malah, ia juga diformulasikan berasaskan surfaktan tumbuhan, menjadikan ia selamat digunakan. Ia juga selamat untuk digunakan dalam mencuci sayuran dan buahan. Senang kata ia adalah satu pencuci yang sangat mudah dan serbaguna.

Apa yang kami suka:

  • Efektif dalam membuang lemak susu dan kotoran
  • Selamat untuk kegunaan aksesori bayi, buahan dan sayuran
  • Sesuai untuk membasuh aksesori bayi termasuklah botol susu, puting dan permainan
  • Tiada perasa

Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser

product imageBeli di Shopee

5. Bumble Bee Baby Safe Liquid Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Bebas Bahan Kimia)

Cecair pencuci Bumble Bee adalah pencuci semula jadi dan ia penting untuk menjamin kesihatan bayi. Ia diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dan terbiodegradasi.

Ia diformulasikan sepenuhnya daripada ekstrak buahan dan sayuran, yang mana menjadikannya lembut dan ringan pada kulit. Bumble bee Baby Safe Liquid Cleanser ini efektif dalam membasmi lemak susu yang degil dan kotoran daripada aksesori bayi seperti botol susu, puting, dan permainan mereka. 

Tambahan lagi, ia juga sesuai untuk mencuci buahan dan sayuran. Ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding cecair pencuci berkimia sekaligus mencegah bayi anda daripada terdedah kepada bahan kimia dan boleh mengurangkan risiko kepada masalah perut yang tidak selesa. 

Ia juga telah diuji di makmal untuk memastikan yang ia bebas daripada material merbahaya.

Apa yang kami suka:

  • 100% bebas dari bahan kimia seperti LABS, SLS, SLES, Betaines, CDE, Fosfat, Paraben dan Silikat
  • Mesra alam
  • Tiada kandungan klorida, pewangi, metal berat, pengawet, dan perwarna
  • Telah diuji di makmal 
  • Diperbuat dari bahan semula jadi dan terbiodegradasi
  • Efektif dalam membasmi lemak susu dan kotoran degil

Bumble Bee Baby Safe Liquid Cleanser

product imageBeli di Shopee

6. Cosway Ecomax Baby Bottle Cleanser (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Mesra Alam Sekitar)

Satu pencuci dengan formula konsentrasi pH yang seimbang dari bahan terbiodegradasi, gred makanan dan berasaskan tumbuhan yang mencuci secara efektif serta selamat digunakan untuk anda, bayi anda, dan alam sekitar.

Apa yang kami suka:

  • Membasmi sisa susu yang degil dan tompok protein pada botol bayi secara berkesan
  • Lembut pada kulit
  • Ejen anti-bakteria yang memastikan botol bayi dibersihkan dengan selamat
  • Formula buih yang sederhana, dibilas dengan mudah dan menyeluruh
  • Ideal untuk cucian barangan aksesori bayi seperti puting, botol susu, permainan, peralatan makan
  • Bebas alkohol, pewarna dan pewangi

Cosway Ecomax Baby Bottle Cleanser

product imageBeli di Lazada

7. Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap (Sabun Pencuci Botol Susu Terbaik Membasmi Kotoran Degil)

Pencuci botol susu dan pinggan mangkuk dari Babyganics ini mampu membasmi sisa susu kering, makanan, minyak, gunk, dan kek yang melekit di atas pinggan. Ia merupakan sabun pencuci berbuih segera dan tidak meninggalkan sebarang sisa degil.

Ternyata ia mudah untuk membasmi kotoran susu dan makanan dengan sabun ini. Malah ia juga berfungsi dengan baik untuk aksesori pengepam susu payudara juga. 

Apa yang kami suka:

  • Pencuci berasaskan tumbuhan yang berfungsi dengan baik
  • Tidak gatal pada kulit
  • Tiada alahan
  • Telah diuji selamat oleh dermatologi
  • Produk ini tidak diuji ke atas haiwan
  • Mampu membasmi kotoran degil di dalam botol susu bayi sekaligus pinggan mangkuk dengan kesan minyak dan lekitan makanan

Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap

product imageBeli di Shopee

Produk Isipadu kandungan (ml) Harga (RM) Harga (RM/ml)

Sleek Baby Bottle, Nipple & Accessories Cleanser Value Pack 

950+950 19.90 0.01

Pigeon Liquid Cleanser

700+700 52.00 0.03

Tollyjoy Baby Accessories & Vegetable Liquid Cleanser

900 25.90 0.02

Pureen Bottle Wash & Pureen Liquid Cleanser

750 18.00 0.02

Bumble Bee Baby Safe Liquid Cleanser

750 32.90 0.04

Cosway Ecomax Baby Bottle Cleanser 

300 25.10 0.08

Babyganics Foaming Dish + Bottle Soap

473 59.90 0.12

Tips Mencuci, Menjaga dan Mensteril Botol Bayi

[caption id="attachment_452829" align="aligncenter" width="670"] Kredit gambar: Cuddles.pk[/caption]

Dalam menjamin keselamatan dan kebersihan botol bayi serta aksesori bayi yang lain, ia semestinya perlu dicuci, di jaga dan disteril dengan baik agar ia bertahan lama sekaligus mencegah sebarang penularan bakteria dari susu bayi.

Berikut adalah antara tips berguna dalam penjagaan botol bayi:

  • Botol bayi perlu dibersihkan dengan segera selepas digunakan - meninggalkan susu mengental di dalam botol membuatkan ia sukar untuk dicuci (dan lebih menggelikan)
  • Buka botol susu dan puting botol dengan sepenuhnya sebelum mencuci
  • Cuci dengan sabun yang baik dan air panas adalah mencukupi untuk membunuh lebih kuman
  • Gunakan berus botol susu khas dan tikar pengeringan - dan jangan lupa untuk kerap cuci dan keringkannya
  • Bilas dengan bersih, pastikan tiada sisa sabun tertinggal
  • Biarkan ia mengering sepenuhnya sebelum menyimpan
  • Sterilasi boleh jadi satu langkah berkala tetapi tidak perlu dilakukan untuk setiap kali cucian

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Baca juga: Anak Masih Menangis Selepas Minum Susu,? Ini 7 Pilihan Botol Susu Anti Kolik Terbaik!

Baca juga: Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Farhana Fuad

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

  • 7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

    7 Ubat Titis Mata Terbaik, Jangan Sampai Salah Pilih Boleh Undang Bahaya!

  • Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

    Kebocoran Susu Tanpa Dijangka Dapat Dielak Dengan Penggunaan Breast Pad Terbaik Ini!

  • Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

    Mainan Bayi 4-6 Bulan Yang Terbaik Untuk Perkembangan Sosial, Kognitif & Deria Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.