Adakah saiz areola setiap wanita mempunyai maksud yang berbeza?

lead image

Semua wanita memiliki saiz areola yang berbeza, tapi apakah maksudnya? Adakah anda tahu yang areola juga bukan sekadar kulit, ia juga mempunyai fungsi?

Areola adalah kawasan bulat yang kecil seperti gelang berpigmen di keliling puting. Adakah saiz areola yang berbeza pada setiap wanita mempunyai maksud yang lain?

Saiz areola: Mengapa ia berbeza?

Setiap orang mempunyai puting yang berlainan saiz dan itu adalah normal. "Saiz areola berbeza mengikut payudara," kata Katharine O'Connell White, MD, MPH, Pengarah Jabatan Keluarga Ob/Gyn di Universiti Boston Pusat Perubatan Boston.

Ini bermakna dari segi saiz dan bentuk, terdapat pelbagai jenis "normal" bagi areola.

Jadi apa yang menentukan saiz areola seseorang? Genetik memainkan peranan yang penting kepada saiz, rupa mahupun warna areola. Saiz areola adalah sesuatu yang anda warisi dari ibu bapa anda, sama seperti payudara dan saiz kaki.

Tapi, ada beberapa faktor yang boleh mengubah saiz, warna dan bentuk areola dari semasa ke semasa, seperti akil baligh, datang bulan dan sudah tentu semasa hamil.

"Bila anda sudah tahu tentang kepentingan areola, perubahan areola menjadi besar dan gelap akan masuk akal," kata Dr. Elizabeth. Areola bukan hanya aksesori untuk puting anda; ia berfungsi.

Kepentingan areola yang tidak kita ketahui

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/saiz areola.jpg Adakah saiz areola setiap wanita mempunyai maksud yang berbeza?

Areola mempunyai tisu dan serat yang akan menegang apabila puting mengeras ketika anda sejuk, terangsang atau menyusu. Apabila anda menyusu, areola akan membesar apabila ia bersedia untuk laktasi dan bertukar warna apabila terlampau diperlukan.

Areola bertindak sebagai "bulleyes" untuk bayi mencari payudara anda untuk menyusu. Bayi mempunyai daya penglihatan yang teruk, jadi kontras antara areola dan payudara boleh membantu bayi untuk fokuskan pandangan mereka.

Selepas melahirkan, areola selalunya akan mengecil walaupun mungkin ia tidak akan kembali kepada bentuk asal sebelum hamil.

"Warna juga akan berubah menjadi terang tapi tidak menjadi terang seperti sebelum hamil." Ini adalah perubahan biasa selepas hamil. Dan tiada apa yang perlu dirisaukan jika areola bertambah menjadi besar.

Sesetengah orang rasa terganggu dengan perubahan puting mereka dan pembesaran puting menjadi popular, lebih-lebih lagi di kalangan orang yang baru melahirkan.

T.Y. Steven Ip, MD, seorang pakar pembedahan plastik  memberitahu yang 50% dari pesakit yang baru lepas melahirkan datang untuk menegangkan payudara atau membesarkan payudara. Ada juga yang meminta untuk menukar puting atau areola.

Apa-apa pun, anda boleh lakukan apa sahaja yang anda mahukan dengan puting anda, tapi Dr. Elizabeth berpesan yang prosedur seperti ini tidak diperlukan dari perspektif perubatan.

"Tiada apa yang salah dengan areola anda, sama ada anda sudah hamil atau belum - ia adalah sebahagian dari diri anda dan apa yang membuatkan kita semua berbeza," beliau berkata.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Refinery29

Baca juga7 tips menjaga kebersihan payudara untuk ibu menyusu demi mengelak jangkitan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!