Saiz Normal Zakar Berapa? Adakah Suami Di Malaysia Memiliki Saiz Yang Normal?

lead image

Ini info lengkap tentang saiz normal zakar lelaki di seluruh dunia. Cuba teka saiz zakar suami di Malaysia duduk di tangga ke berapa?

Ukuran saiz zakar lelaki berbeza-beza di seluruh negara. Secara umumnya, negara-negara di benua Afrika mencatat saiz zakar yang paling panjang. Manakala negara-negara Asia berada di tangga ke bawah. 

Anda rasa, berapakah saiz normal zakar lelaki? Jom kita baca kajian dan penyelidikan yang telah dibuat untuk membincangkan hal ini. 

Ukuran saiz normal zakar lelaki menurut kajian

src=https://asianparent assets id.dexecure.net/wp content/uploads/sites/24/2018/11/ukuran penis 1.jpg Saiz Normal Zakar Berapa? Adakah Suami Di Malaysia Memiliki Saiz Yang Normal?

Sebuah penyelidikan tentang saiz normal zakar lelaki telah dijalankan oleh King’s College London. Ia kemudiannya diterbitkan dalam British Journal of Urology International.

Penyelidikan ini telah mengukur hampir 15,000 saiz normal zakar lelaki. Hasil kajian mendapati:

Walau bagaimanapun, hanya 5% lelaki dikaji yang memiliki ukuran saiz zakar melebihi 16cm saat ereksi. 5% lagi memiliki ukuran sepanjang 10cm.

Selebihnya, iaitu hampir 90% lelaki memiliki saiz normal zakar iaitu sepanjang 9 – 16 cm setelah erekasi.

Rujukan saiz normal zakar lelaki di seluruh negara

src=http://sexualhealthdigest.com/wp content/uploads/2018/04/average penis size.jpg Saiz Normal Zakar Berapa? Adakah Suami Di Malaysia Memiliki Saiz Yang Normal?

Sumber gambar: Sexualhealthdigest

Sementara itu, terdapat juga kajian yang menyelidik saiz normal zakar lelaki berdasarkan setiap negara. Hasilnya mendapati negara di benua Afrika tergolong dalam rekod paling tinggi.

Negara-negara di Afrika Barat ini adalah seperti di Ghana, Kongo, dan Gabon. Saiz normal zakar lelaki di sana boleh mencapai sehingga 16cm selepas ereksi!

Lelaki-lelaki di negara Australia, Itali, Norway, Mexico, dan Afrika Selatan pula memiliki ukuran saiz 14.7 hingga 16 cm selepas ereksi.

Kaum lelaki di Asia memiliki purata saiz normal zakar yang berbeza berbanding purata secara global. Penis lelaki di Asia lebih kecil berbanding negara-negara di atas.

Lelaki dari negara Asia seperti India, Thailand, dan Korea Selatan memiliki ukuran saiz dalam lingkungan 9.1 hingga 10 cm selepas ereksi.

Bagaimana dengan suami di Malaysia? Rata-ratanya mencapai saiz 11.5 cm selepas ereksi

Apa pandangan lelaki tentang saiz normal zakar?

src=https://asianparent assets id.dexecure.net/wp content/uploads/sites/24/2018/11/pemanasan dalam bercinta 3.jpg Saiz Normal Zakar Berapa? Adakah Suami Di Malaysia Memiliki Saiz Yang Normal?

Pandangan lelaki dan wanita berbeza-beza tentang saiz normal zakar ini. 45% lelaki di seluruh dunia merasakan penis mereka kecil

Sebab itu lelaki selalu risau tentang saiz zakarnya dan terlalu memikirkan sama ada mereka mampu memuaskan isteri atau tidak.

Jom kita lihat apa pandangan wanita pula berhubung isu ini.

Apa pula pandangan wanita tentang saiz normal zakar ini?

Terdapat 3 pandangan wanita tentang saiz normal zakar lelaki ini. Ia adalah:

  1. Tidak kisah dengan saiz
  2. Memilih kelebaran zakar berbanding panjang
  3. Lebih mementingkan kebersihan

Ada wanita yang percaya “apa yang penting ialah apa anda buat dengan senjata itu”. Ia bermaksud saiz tidak mendatangkan sebarang kesan.

Wanita yang menganggap saiz mahupun kepanjangan penis lelaki bukanlah satu isu berpendapat apa yang penting ialah kepuasan yang dirasainya.

Kepuasan ini boleh melibatkan gaya, posisi, kelajuan dan permainan suami di atas ranjang. 

Seks yang berkualiti amat penting untuk keharmonian rumah tangga. Seks berkualiti melibatkan keintiman, perkongsian orgasma dan kepuasan pasangan.

Bagi wanita yang menggemari zakar dengan kelebaran pula, antara panjang atau besar, mereka lebih suka zakar yang besar berbanding zakar yang panjang.

Walaupun terdapat dua jenis golongan wanita yang mengutarakan pendapat masing-masing tentang saiz zakar lelaki ini, tapi semua wanita sebenarnya amat mementingkan isu kebersihan. 

Poin kebersihan zakar lebih penting berbanding saiz, kelembutan kulit zakar mahupun ada urat di zakar atau tidak. 

Kebersihan di sini membawa maksud tiada bauan yang aneh pada penis. Malah, lelaki juga seharusnya menjaga kekemasan bulu badan di sekitar kawasan peribadi tersebut. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

10 perkara tentang zakar suami yang akan buat isteri TERKEJUT!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!