Saya selalu sakit ari-ari ketika hamil, adakah ia normal atau saya patut risau?

lead image

Sakit ari-ari ketika hamil boleh jadi normal atau tidak. Ia bergantung kepada simptom yang anda alami.

Ramai wanita hamil yang mengadu rasa sakit ari-ari ketika hamil. Ari-ari ialah kawasan bahagian bawah perut (atau lebih tepat lagi abdomen). 

Hal ini membuatkan ibu hamil risau tentang mengapa mereka rasa sakit ari-ari ketika hamil. Adakah sesuatu sedang terjadi pada bayi dalam kandungan?

Sebenarnya, menurut Dr Zubaidi, sakit ari-ari ketika hamil ialah normal. Ini kerana penambahan berat bayi di dalam abdomen ibu yang akan membuatkan penegangan otot atau ligamen. 

Benda ini dipanggil sebagai round ligament pain. Selalunya ketidakselesaan ini tidak berbahaya. Akan tetapi, sakit ari-ari ketika hamil juga mungkin tanda awal kepada masalah tertentu.

Sakit ari-ari ketika hamil – Bila anda patut risau?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/What Causes Round Ligament Pain During Pregnancy And How To Get Relief.jpg Saya selalu sakit ari ari ketika hamil, adakah ia normal atau saya patut risau?

Kredit: Mom Junction

Sakit ari-ari ketika hamil ialah kerana hormon yang dihasilkan badan menyebabkan ketegangan. Ibu hamil akan rasa sakit ari-ari ketika ingin bangun dari katil atau ketika batuk.

Tapi, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor jika kesakitan anda itu disertai dengan

  • rasa mencucuk, memulas-mulas
  • kekejangan,
  • pendarahan,
  • demam,
  • kesejukan,
  • keluar cecair dari faraj, 
  • sakit ketika nak kencing
  • rasa nak pitam
  • rasa loya dan nak muntah

Masalah besar jika anda sakit ari-ari ketika hamil

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/shutterstock 190732466.jpg Saya selalu sakit ari ari ketika hamil, adakah ia normal atau saya patut risau?

Sakit ari-ari ketika hamil yang teruk dan dapat dirasai di satu sisi mahupun di kedua-dua sisi ialah petanda masalah besar. Antara masalah yang paling dirisaukan ialah

  1. kehamilan ektopik
  2. keguguran
  3. kelahiran pramatang
  4. jangkitan saluran kencing
  5. fibroid menyusut dan berdarah
  6. pemisahan plasenta di mana uri tercerai dari dinding rahim sebelum tiba masanya

Bagaimana nak kurangkan rasa sakit ari-ari ketika hamil?

Duduk dan berehat. Menurut Baby Center, berehat dengan selesa sepatutnya dapat menghentikan kesakitan ini. 

Namun jika duduk tidak dapat mengurangkan rasa sakit ini, anda boleh cuba duduk bertelengku atau membongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.

Anda juga perlu bergerak perlahan-lahan dan lebih berhati-hati ketika ingin duduk atau berbaring. Bagi masa untuk otot anda. 

Jika sakit masih tidak berkurangan, apa patut saya buat?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/Can You Wear Maternity Belt For Round Ligament Pain.jpg Saya selalu sakit ari ari ketika hamil, adakah ia normal atau saya patut risau?

Bagi wanita yang mengalami rasa sakit ari-ari ketika mengandung, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

Jika ujian dan pemeriksaan doktor tidak berjaya mengesan apa-apa, anda minta agar banyak bersabar. Tali pinggang sokongan atau pembalut tubular berelestik (tubigrip) direka khas untuk wanita hamil menampung berat bayi.

Ia boleh mengurangkan tekanan pada otot perut anda. Dapatkan nasihat doktor jika anda patut membeli tali pinggang sokongan atau tidak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Baby Center, Dr Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Nora sakit pinggang ketika hamil hingga berkerusi roda – ini apa ibu boleh buat di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!