Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

Saya Selalu Sakit Ari-ari Ketika Hamil, Adakah Ini Normal Atau Saya Perlu Risau?

Sakit ari-ari ketika hamil boleh jadi normal atau tidak. Ia bergantung kepada simptom yang anda alami. Ketahui lebih lanjut akan masalah ini...

Ramai wanita hamil yang mengadu rasa sakit ari-ari ketika hamil. Ari-ari ialah kawasan bahagian bawah perut (atau lebih tepat lagi abdomen). 

Hal ini membuatkan ibu hamil risau tentang mengapa mereka rasa sakit ari-ari. Adakah sesuatu sedang terjadi pada bayi dalam kandungan?

Sebenarnya, menurut Dr Zubaidi, sakit ari-ari ketika hamil ialah normal. Ini kerana penambahan berat bayi di dalam abdomen ibu yang akan membuatkan penegangan otot atau ligamen. 

Benda ini dipanggil sebagai round ligament pain. Selalunya ketidakselesaan ini tidak berbahaya. Akan tetapi, sakit ari-ari juga mungkin tanda awal kepada masalah tertentu.

Sakit ari-ari ketika hamil – Bila anda patut risau?

sakit ari-ari ketika hamil

Kredit: indianexpress.com

Sakit ari-ari ketika hamil ialah kerana hormon yang dihasilkan badan menyebabkan ketegangan. Ibu hamil akan rasa sakit ari-ari ketika ingin bangun dari katil atau ketika batuk.

Tapi, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor jika kesakitan anda itu disertai dengan

  • rasa mencucuk, memulas-mulas
  • kekejangan,
  • pendarahan,
  • demam,
  • kesejukan,
  • keluar cecair dari faraj, 
  • sakit ketika nak kencing
  • rasa nak pitam
  • rasa loya dan nak muntah

Masalah besar yang perlu dirisaukan

sakit ari-ari ketika hamil

Kredit: medicalnewstoday.com

Sakit yang teruk dan dapat dirasai di satu sisi mahupun di kedua-dua sisi ialah petanda masalah besar. Antara masalah yang paling dirisaukan ialah

  1. kehamilan ektopik
  2. keguguran
  3. kelahiran pramatang
  4. jangkitan saluran kencing
  5. fibroid menyusut dan berdarah
  6. pemisahan plasenta di mana uri tercerai dari dinding rahim sebelum tiba masanya

Bagaimana nak kurangkan rasa sakit?

Duduk dan berehat kerana berehat dengan selesa sepatutnya dapat menghentikan kesakitan ini. 

Namun jika duduk tidak dapat mengurangkan rasa sakit ini, anda boleh cuba duduk bertelengku atau membongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.

Anda juga perlu bergerak perlahan-lahan dan lebih berhati-hati ketika ingin duduk atau berbaring. Bagi masa untuk otot anda. 

Jika sakit masih tidak berkurangan, apa patut saya buat?

sakit ari-ari ketika hamil, sakit bawah perut ketika hamil, sakit ari-ari ketika mengandung, sakit ari-ari, sakit ari-ari semasa hamil, sakit ari-ari semasa mengandung, sakit ari-ari sebelah kiri, sakit ari-ari ketika bersama suami, sakit ari-ari dan sakit pinggang, sakit ari-ari sebelah kanan

Bagi wanita yang mengalami rasa sakit ari-ari, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. 

Jika ujian dan pemeriksaan doktor tidak berjaya mengesan apa-apa, anda minta agar banyak bersabar. Tali pinggang sokongan atau pembalut tubular berelestik (tubigrip) direka khas untuk wanita hamil menampung berat bayi.

Ia boleh mengurangkan tekanan pada otot perut anda. Dapatkan nasihat doktor jika anda patut membeli tali pinggang sokongan atau tidak.

Sumber rujukan: Baby Center, Dr Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 7 Faktor Mempengaruhi Saiz & Bentuk Perut Ibu Hamil, Wajib Tahu Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!