3 isyarat awal sakit contraction nak bersalin - ibu, ayuh bersedia untuk hadapinya!

lead image

Ramai wanita hamil yang tak pasti tentang sakit contraction. Ada kes yang sampai terbersalin di rumah atau dalam kereta sebab kurang peka dengan tanda-tanda kontraksi!

Bila sampai masanya untuk bersalin, apa yang anda akan rasakan adalah sakit contraction. Bagaimana sakit contraction itu? Ia adalah satu rasa kesakitan dengan rasa yang berbeza-beza bagi setiap wanita hamil.

Ramai yang kata, sakit contraction ini lagi sakit dari ketika nak meneran bayi keluar.

Tapi jangan pula ibu bimbang bukan-bukan kerana sakit contraction adalah satu keadaan normal yang akan berlaku apabila sudah tiba masanya untuk anda beranak.

Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, ada beberapa tanda sakit contraction yang akan muncul apabila ibu sudah hampir nak bersalin pada peringkat awal.

Jom kita semak apakah tanda-tanda tersebut.

3 tanda-tanda awal sakit contraction, ibu hamil wajib tahu

1 – Keluar tanda-tanda tertentu seperti ini

sakit contraction, sakit kontraksi, kontraksi, contraction, simptom kontraksi, tanda-tanda awal bersalin, tanda nak bersalin, tanda-tanda awal bersalin, contraction pain, cara nak tahu sakit kontraksi, cara nak tahu sakit contraction

Kredit : Siakap Keli

Tanda yang dimaksudkan adalah keluarnya cecair likat atau darah pekat yang mengalir dari lubang faraj.

Jika keluar tanda ini, itu maksudnya dinding rahim anda semakin menipis dan pangkal rahim sudah matang bagi proses kelahiran.

Tapi kalau setakat turun tanda, jangan terlalu gopoh untuk ke hospital. Relaks dulu kerana tanpa kontraksi, belum tentu ada sebarang bukaan pada faraj.

Nanti tak pasal-pasal doktor suruh balik rumah dulu sebab katil penuh. Hal ini kerana, ada sebilangan wanita hamil yang keluar tanda-tanda berikut pada minggu ini tapi minggu depannya baru dia bersalin.

Tapi, jika turun tanda beserta sakit contraction, cepat-cepat kejutkan suami yang tengah tidur itu untuk terus ke hospital. Jangan berlengah ya!

2 – Sakit contraction mula berlaku

sakit contraction, sakit kontraksi, kontraksi, contraction, simptom kontraksi, tanda-tanda awal bersalin, tanda nak bersalin, tanda-tanda awal bersalin, contraction pain, cara nak tahu sakit kontraksi, cara nak tahu sakit contraction

Kredit: Hello Sehat

Ada sesetengah wanita kata, sakit kontraksi ini seperti sakit senggugut yang parah. Ha… macam itulah lebih kurang sakit dia.

Kalau sakit sekejap datang sekejap pergi, tahan dulu. Tapi kalau semakin kerap, terus saja bawa kain baju untuk ke hospital.

Untuk itu, pastikan anda sudah prepare segala barang yang akan dibawa ke hospital dan pilihan hospital yang paling dekat dengan rumah adalah lebih baik.

3 – Air ketuban pecah

Selain daripada turun tanda, sesetengah ibu juga mengalami air ketuban pecah. Macam mana nak tahu?

Caranya, akan ada air jernih keluar dari celah kelangkang. Tapi jangan pula silap, itu bukan air kencing tapi air ketuban yang mula pecah.

Tips hadapi sakit contraction

sakit contraction, sakit kontraksi, kontraksi, contraction, simptom kontraksi, tanda-tanda awal bersalin, tanda nak bersalin, tanda-tanda awal bersalin, contraction pain, cara nak tahu sakit kontraksi, cara nak tahu sakit contraction

Kredit: Sirap Limau

  • Bersiap sedia berjuang dari segi fizikal dan mental. Perlu tahu sakit kontraksi adalah satu keadaan yang sangat dasyat dan menyakitkan. Masa itu banyakkan ingat Tuhan dan bacalah doa yang boleh menenangkan perasaan gemuruh anda.
  • Ketika sakit, jangan terlalu panik. Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Kalau rasa tak boleh duduk, anda boleh banyakkan bergerak dan berjalan supaya bukaan lebih cepat.

Semoga urusan bersalin anda dipermudahkan. InsyaAllah.

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr. Muhammad Izzat, Sirap Limau, PAMA

Baca juga

Perut mengeras tanda nak bersalin VS kontraksi palsu – apa bezanya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!