Sakit Dada Ketika Hamil, Bahaya Atau Normal? Bila Anda Perlu Rasa Risau?

undefined

Sakit dada ketika hamil anda perkara yang menjadi keluhan wanita berbadan dua kerana ia mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka.Sakit dada ketika hamil anda perkara yang menjadi keluhan wanita berbadan dua kerana ia mendatangkan ketidakselesaan kepada mereka.

Sakit dada ketika hamil termasuk antara perkara yang selalu mengganggu ibu mengandung. Ada yang hingga tidak larat untuk berjalan kerana rasa terlalu perit di dada. 

Yang menjadi persoalan, adakah sakit dada ketika hamil ini sesuatu yang normal? Atau sebenarnya ada perkara yang perlu anda risau.

Apakah yang menjadi punca kepada berlakunya sakit dada ketika hamil? 

Baca juga: Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Sampai Terasa Gas Di Tekak, Adakah Normal?

Sakit dada ketika hamil, ini antara 8 punca

Sakit dada ketika hamil

Menurut artikel yang dikongsikan di bumbumcak.my, berikut adalah 8 punca yang menyebabkan ibu hamil mengalami sakit dada semasa kehamilan.

#1. Tulang rusuk melebar

Sepanjang kehamilan tulang rusuk akan melebar sehingga membuat otot-otot di dada menjadi regang. Tekanan pada diafragma, tulang rusuk serta otot pada dada menjadi punca kepada rasa nyeri (ngilu) dan sesak nafas.

Keadaan ini akan berterusan seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan.

#2. Gangguan pencernaan

Ibu hamil yang memakan makanan mengandungi gas, pedas atau tidak sesuai dengan keadaan perut boleh menyebabkan gangguan pencernaan.

Gas yang dihasilkan oleh makanan akan naik dan berada pada bahagian perut dan dada (ulu hati). Keadaan inilah yang menyebabkan rasa nyeri (ngilu) dan tidak selesa pada dada.

#3. Heartburn

Heartburn adalah keadaan di mana rasa perit dan panas pada bahagian dada disebabkan oleh asid naik ke kerongkong. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan peningkatan kadar hormon progesteron.

#4. Tekanan daripada bayi

Semakin membesar bayi di dalam rahim, semakin besar ukuran perut. Perubahan pada ukuran bayi dan perut akan memberikan tekanan lebih pada tulang rusuk yang menyebabkan sakit dada.

#5. Stres

Stres tidak hanya memberikan pengaruh besar pada kondisi bayi dalam kandungan tetapi juga tubuh badan kita. Salah satu penyebab sakit dada adalah kerana otot dada menegang dan sesak.

#6. Perubahan ukuran payudara

Sakit dada ketika hamil

Ukuran payudara akan semakin membesar ketika kehamilan dan keadaan ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit dada akibat ketegangan otot dan sendi di bahagian dada.

#7. Serangan jantung

Jika mengalami sakit dada seperti ditimpa benda berat terutamanya pada bahagian kiri itu menandakan serangan jantung. Hati-hati!

Perhatikan juga jika anda mengalami gejala lain seperti pening, sesak nafas, berpeluh dan salah satu anggota badan tidak boleh bergerak.

#8. Deep vein thrombosis

Deep vein thrombosis atau trombosit vena dalam istilah perubatan bermakna terdapat gumpalan darah pada pembuluh darah.

Kehamilan biasanya akan meningkatkan risiko gumpalan pembuluh darah yang terletak di pinggul dan kaki. Antara tandanya rasa sakit ketika bernafas, denyutan jantung cepat, sesak nafas hingga batuk berdarah.

Bila anda perlu ke hospital?

Dalam beberapa kes, rasa sakit ketika kehamilan menjadi tanda kepada perubahan tubuh badan. Anda tidak perlu risau. Tetapi jika anda sering mengalami sakit dada yang berlanjutan dan tidak baik, jangan ragu-ragu untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya.

Doktor akan membantu mencari puncanya dan sekiranya perlu, anda akan diberikan ubat sesuai untuk kesihatan dan baik pada bayi untuk mengurangi rasa sakit tersebut.

Antara tip lain yang mungkin membantu dalam mengurangkan sakit dada adalah dengan mencuba posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil.

Cara atasi sakit dada ketika hamil

#1. Peka dengan postur tubuh anda

Sakit dada ketika hamil

Jika selama ini anda terbiasa dengan postur tubuh yang membongkok ketika duduk atau berdiri, sebaiknya ada ubah daripada sekarang. 

Postur tubuh dapat mempengaruhi paru-paru yang akan membuatkan anda seolah-olah tidak cukup ruang untuk bernafas. Duduklah dalam posisi yang tegak ketika hamil. 

#2. Urus stres dengan sebaiknya

Stres juga boleh menyebabkan akan rasa sakit dada ketika hamil. 

#3. Elak rokok, minuman berlakohol

Ketika kehamilan anda tidak digalakka merokok, minum minuman beralkohol, makan makan berminyak dan pedas. 

Ini biasa akan menganggu sistem pencernaan yang mana jika asid naik ke kerongkong atau bahagian atas abdomen, ia akan membuatkan anda tidak selesa. 

#4. Dapatkan rehat yang cukup

Jangan paksa diri, berehatlah secukupnya. Ibu mengandung sememangnya digalakkan untuk tidak membuat kerja-kerja berat atau berjalan banyak. Nanti bimbang pula perkara lain berlaku. Jika berjalan banyak akan menyebabkan kaki bengkak pula. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: bumbumcak.my

Baca juga: Ibu Hamil Jangan Keliru Antara Hyperemesis Gravidarum Dengan Mabuk Hamil Biasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!