Rasa Sakit Di Perut Ketika Beri Susu Badan - Normal Atau Tak?

Kadang-kadang saya rasa sakit di bahagian perut ketika sedang beri susu badan. Kenapa ya? Adakah ia berbahaya untuk saya dan bayi?

Sakit Selepas Bersalin

Rasa sakit seakan-akan kontraksi yang selalu anda rasa selepas bersalin adalah kesakitan selepas bersalin. Kalau dalam Bahasa Inggeris, doktor pakar panggil ia afterpains.

Afterpains adalah kesakitan seperti kontraksi di bahagian bawah perut anda atau di pangkal rahim.

Kontraksi merupakan rasa sakit kerana pengecutan. Kesakitan ini boleh jadi biasa saja atau jadi terlampau teruk. Biasanya, kesakitan datang ketika menyusu badan pada si manja.

Jadi, adakah memberi susu badan memburukkan lagi kesakitan? 

Jawapannya – ya!

Rasa Sakit Di Perut Ketika Beri Susu Badan - Normal Atau Tak?

Kenapa Afterpain Terjadi? Adakah Ia Berbahaya?

Kesakitan selepas bersalin terjadi sebab hormon oksitosin (oxytocin) dalam badan. Hormon ini merangsang pengecutan selepas bersalin.

Ia juga berfungsi untuk membantu rahim anda mengecut ke bentuk asal selepas anda selamat bersalin.

Hormon oksitosin juga akan dirembeskan ketika anda memberi susu badan untuk membenarkan susu let down.

Jadi, sebab itu anda akan merasai afterpain ketika sedang memberi susu badan pada si manja!

Berapa Lama Kesakitan Ini Boleh Bertahan?

Semua wanita akan mengalami pengecutan rahim ketika memberi susu badan. Tapi kadang-kadang, kesakitan akibat pengecutan ini terlalu ringan hingga individu tidak perasan pun!

Walaubagaimanapun, kesakitan akibat pengecutan boleh jadi terlalu sakit untuk dibendung pada 24 hingga 48 jam pertama selepas bersalin.

Ketidakselesaan ini juga boleh berterusan sehingga 2-3 hari. Namun, pakar mengatakan ia akan semakin berkurang dari masa ke semasa.

Tapi ada juga ramai ibu yang memberi susu badan merasai afterpains hingga 2 atau 3 bulan selepas bersalin!

Ada Apa-Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Mengurangkan Kesakitan?

Anda boleh melakukan beberapa perkara ini untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai –

  • Cuba buang air kencing secepat mungkin

Pundi kencing yang terlalu penuh akan mengganggu rahim. Jadi, rahim anda akan sukar untuk mengecut lalu mengakibatkan kesakitan yang melampau dan menyebabkan pendarahan.

  • Berbaring meniarap

Ada wanita mengadu rasa sakit ini boleh hilang jika mereka tidur meniarap dengan bahagian perut di bawah bantal. Perlahan-lahan urut bahagian bawah abdomen anda untuk membantu menghilangkan rasa sakit.

Rasa Sakit Di Perut Ketika Beri Susu Badan - Normal Atau Tak?

Adakah Saya Patut Rasa Risau Dengan Kesakitan Ini?

Jika anda hanya rasa sakit ketika memberi susu badan, anda tak perlu risau. Tapi sila beritahu doktor pakar tentang kesakitan yang anda rasa ini.

Namun, jika anda merasai kesakitan melampau di bahagian perut pada setiap masa – tak kira sama ada ketika anda memberi susu badan atau tidak, mungkin anda perlu segera berunding dengan pakar.

Perlukan Bantuan? Jangan Risau! Minta Bantuan Yang Anda Perlukan

Jika anda masih rasa ragu-ragu, cuba dapatkan nasihat daripada perunding laktasi. Mereka boleh menawarkan pelbagai nasihat peribadi yang terbukti mampu membantu anda dan si manja tercinta.

Jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya juga, ya!

Ibu yang sihat adalah jantung hati kepada anak-anak. Tanpa anda, siapa akan menjaga mereka?

Hehe. Jangan malu untuk meminta bantuan pakar atau dari suami anda sendiri.

Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapura.

Baca juga

8 Tips Penting Untuk Ibu Yang Menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!