Baby 8 Bulan MAUT, Awalnya Alami Gejala Kawasaki Selepas Dijangkiti Covid-19

Selepas dipercayai terkena jangkitan covid-19, baby ini juga ada gejala yang seakan sama dengan penyakit kawasaki.

Seorang ibu yang baru kehilangan bayi comelnya menceritakan bagaimana detik semasa si kecil itu berada dalam dakapannya selepas disyaki mengalami simptom sakit kawasaki yang berkaitan dengan Covid 19.

Bayi lelaki yang diberi nama Alexander Parsons yang berusia lapan bulan dipercayai menjadi mangsa sakit kawasaki yang meradang di saluran darahnya.

Berikutan itu, serang pakar pediatrik memberi amaran tentang langkah berjaga-jaga kepada semua ibu bapa berikutan kes di United Kingdom meningkat dua kali ganda sejak akhir-akhir ini.

Bahkan, pertambahan kematian kanak-kanak kecil selepas dijangkiti corona virus di luar negara dan tentunya ia membimbangkan semua pihak khususnya ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Sakit kawasaki ada kaitan dengan corona virus

sakit kawasaki

Menurut Presiden Royal College Of Pediatrics and Health, Prof Russell Viner memberitahu bahawa penyakit kawasaki itu boleh didapati oleh reaksi terhadap corona virus.

Berbalik semula kepada kisah Alex, pada mulanya si kecil ini dilihat dalam keadaan yang baik dan terkawal serta dilihat tersenyum semasa keluarga merakamkan gambarnya.

“Saya tidak sangka anak kecil kami telah pergi buat selama-lamanya. Hati saya hancur dan sangat bersedih dengan kejadian ini,” katanya.

“Walaubagaimanapun, bagi saya doktor dan jururawat telah berjuang sehabis baik untuk menyelamatkan bayi kami.

“Apatah lagi sekarang ada simptom baru iaitu Covid – Kawasaki di kalangan kanak-kanak jadi penelitian yang lebih lanjut harus dilakukan,” ulasnya lagi.

Tanda-tanda penyakit kawasaki-covid-19

penyakit kawasaki

Simptom pertama yang muncul pada Alex adalah ruam merah-merah, suhu badan tinggi dan kelenjar membengkak. Selain itu, dia juga mengalami sakit yang teruk manakala tangan dan kakinya juga kelihatan kemerahan.

“Pada sangkaan kami, mungkin bayi kami terkena jangkitan virus,” kata ibunya yang juga seorang suri rumah.

Kemudian Alex dimasukkan ke Hospital Derriford di Plymouth pada 6 April yang lalu sebelum didiagnosis menghidap penyakit kawasaki pada keesokan harinya.

Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Namun, di Eropah mencatatkan 200 kes kawasaki yang disyaki ada pada kanak-kanak yang berumur sehingga 14 tahun.

Laporan daripada Jurnal Perubatan di Lancet, 10 bayi dan kanak-kanak di Itali yang dijangkiti corona virus menunjukkan simptom yang sama seperti kawasaki.

Keadaan Alex ketika itu bertambah buruk lalu dipindahkan ke Bristol Royal Hospital. Selepas doktor melakukan imbasan di bahagian jantung, mereka mendapati terdapatnya ketidakabnormalan di bahagian itu. 

Namun, semuanya terlambat apabila Alex disahkan meninggal dunia pada malam berikutnya.

“Semasa malam kematiannya, saya cuba menenangkannya sambil dia menangis teresak kerana mungkin badannya sakit. Saya memangkunya dan mendendangkan lagu buatnya hinggalah tubuh kecil itu tidak bergerak lagi,” katanya.

Doktor dan jururawat cuba menyelamatkannya

simptom kawasaki

Selepas melihat Alex tidak bergerak, kakitangan hospital segera menyelamatkannya yang memakan masa kira-kira hampir sejam namun dia masih tetap tidak sedarkan diri.

“Hampir satu jam, pasukan perubatan cuba menyelamatkannya dan berusaha sehabis baik sambil saya melihat di satu sudu yang berdekatan.

“Semasa itu saya dapat melihat di alat mesin bacaan jantung dan berharap note-note itu akan berubah. Kemudian doktor keluar dan mengatakan tidak ada apa lagi yang mampu mereka lakukan.

“Walaupun redha, saya tetap bersedih dengan apa yang berlaku sambil berbaring di sebelah si kecil saya,”katanya.

Semasa meninggal ayah tidak dapat bersama

Menurut ibunya, disebabkan covid-19 ini, hanya seorang waris atau ahli keluarga saja yang boleh menemani pesakit.

Tambahan pula, perjalanan dari rumah mereka ke hospital mengambil masa kira-kira dua setengah jam.

Sampai saja di hospital, bapa bayi ini melihat isterinya sedang berbaring bersama anak mereka lalu memeluk kedua-duanya.

Mengingati semula saat hamilkan Alex, Menurut ibunya dia tidak mempunyai apapun masalah sepanjang mengandungkan Alex. Malah si kecil itu dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan bahagia seperti mana bayi
yang lain.

Terdahulu di Eropah dan Amerika telah menyaksikan lonjakan penyakit kawasaki yang berkaitan dengan Covid-19 dalam beberapa minggu ini.

Menurut laporan, terdapat beberapa orang kanak-kanak telah meninggal di sebabkan gejala ini di New York dan Perancis.

Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit di Eropah turut mengatakan kira-kira 230 kes yang disyaki pada kanak-kanak sehingga berumur 14 tahun dengan gejala kawasaki.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Irish Mirror 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Penyakit kawasaki jika lambat dirawat boleh menjejaskan jantung anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!