5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

lead image

Anda baru lepas bersalin melalui pembedahan czer dan takut rasa sakit ketika seks? Baca 5 posisi seks yang perlu anda elakkan ini!

Seks selepas bersalin memang satu benda yang menakutkan untuk kebanyakan wanita.

Tak kira bagaimana pun cara ibu bersalin, ada banyak isu yang membuatkan mereka takut untuk melakukan seks: bentuk badan, penat, payudara bocor dan libido kurang.

Tapi, ibu czer ada perkara lain yang mereka risaukan; sakit ketika seks. Namun, sampai bila anda perlu rasa takut? Sampai satu masa, mesti anda akan sambung melakukan seks, kan?

Jadi anda perlu tahu posisi seks apa yang perlu anda elak. Sebelum itu, jom kita tahu – bila ibu yang bersalin czer boleh mula melakukan seks kembali?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/05/shutterstock 22800049.jpg 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Berapa lama anda perlu tunggu selepas czer untuk elak sakit ketika seks?

Adalah lebih baik untuk anda periksa dengan doktor tentang masa yang terbaik untuk memulakan seks selepas czer. 

Kajian pada tahun 2013 mengkaji lebih 1,500 wanita dan 53% dari mereka cuba untuk melakukan hubungan seks semula dengan pasangan mereka selepas enam minggu.

Tapi, setiap wanita adalah berbeza dan tempoh penyembuhan mereka juga berbeza.

5 posisi seks anda perlu elak selepas czer untuk hindar sakit ketika seks

Beberapa posisi seks ini boleh menyebabkan sakit ketika seks selepas czer, jadi elakkan 5 posisi ini sehingga luka anda sembuh sepenuhnya:

1. Missionary 

src=https://imgix.bustle.com/2017/3/22/4997089d a817 44f9 869e 8bffdbe08235.png?w=970&h=582&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Kredit: Bustle

Posisi tradisional lelaki di atas ini perlu dielakkan kerana terlalu banyak tekanan pada perut, parut pembedahan dan kawasan teras.

2. Cowgirl

src=https://imgix.bustle.com/rehost/2016/9/14/53f2eba0 ad26 41ad 84cd bfa7bcdab77d.png?w=970&h=582&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Kredit: Bustle

Posisi cowgirl tradisional di mana wanita menghadap muka lelaki akan menyebabkan pelvik anda menekan ke bawah dan meletakkan tekanan pada kawasan perut.

Elakkan posisi ini sehingga anda sembuh sepenuhnya.

3. Seks berdiri

src=https://imgix.bustle.com/uploads/image/2018/3/13/18d186de 2ce7 4ca3 9a14 890bc4b5f733 d4018b63 d809 4cb5 ba54 943eb4a082fa.png?w=970&h=582&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Kredit: Bustle

Sekali lagi, posisi ini meletakkan tekanan yang banyak pada kawasan perut. Sebaiknya pusing dan cuba untuk buat posisi doggy berdiri.

4. Doggy style

src=https://imgix.bustle.com/rehost/2016/9/13/4c0528c5 9c87 4d77 aa68 cbc91f40a076.png?w=970&h=582&fit=crop&crop=faces&auto=format&q=70 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Kredit: Bustle

Posisi tradisional doggy ini juga meletakkan tekanan yang banyak pada kawasan perut anda. Jadi elakkan ya.

5. Tight squeeze (meniarap)

src=https://hips.hearstapps.com/hmg prod.s3.amazonaws.com/images/firestarter 1488908193.png?crop=1.00xw:0.334xh;0,0.266xh&resize=480:* 5 Posisi Senggama Anda Perlu Elak Lepas Bersalin Czer, Buruk Padahnya!

Kredit: Cosmopolitan

Hanya cuba posisi ini bila luka anda dah sembuh sepenuhnya! Walaupun posisi ini membuat suami anda rasa “ketat” kerana anda meniarap, tapi posisi ini letak terlalu banyak tekanan pada perut anda.

Semua posisi tak boleh, nak buat posisi apa? Haa… Kalau anda nak tahu posisi apa yang sesuai dilakukan selepas pembedahan czer, baca atikel 7 posisi selesa dan selamat untuk ibu selepas czer ini!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

7 posisi hubungan intim yang selesa dan selamat untuk ibu selepas czer

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!