Sakit Perut Memulas Ketika Mengandung Bukan Petanda Baik, Boleh Bawa Komplikasi Teruk!

Sakit perut memulas ketika mengandung bukanlah petanda baik dan anda harus ambil perhatian kerana ia mungkin boleh undang komplikasi teruk kepada kandungan.

Pernahkan anda rasa sakit perut memulas ketika mengandung? Jangan dibiarkan ya ibu. Anda bernasib baik jika tiada sebarang komplikasi berlaku tetapi jika ia berulang lagi, tolong jangan biarkan.

Sakit perut memulas ketika mengandung bukanlah petanda baik, ia mungkin isyarat sesuatu masalah pada kandungan anda.

Jadi jika anda rasa perut memulas ketika hamil, terus dapatkan rawatan doktor atau mereka yang pakar supaya tiada sebarang komplikasi teruk berlaku.

Sakit perut memulas ketika mengandung bukan petanda baik

Sakit perut memulas ketika mengandung

Kredit: alodokter

Memang sakit perut ketika hamil adalah normal kerana ada janin yang sedang membesar dalam perut anda. Tetapi jika ia berterusan dan memulas, malah sehingga merosakkan hari anda, sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor.

Antara penyebab sakit perut ketika hamil termasuklah:

#1. Sembelit

Jika ibu kurang makan sayur, tak minum air masak secukupnya dan kurang makan buah ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami sembelit yang teruk hingga membuatkan perut rasa tidak selesa.

Ketika mengandung , tahap progesteron anda akan meningkat, ini menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan.

Jadi anda perlu minum air dengan kerap, makan makanan yang kaya dengan serat, atau bersenam.

#2. Perut bergas/gastrik

Keadaan ini disebabkan peningkatan kadar hormon progesteron yang membuatkan otot di saluran pencernaan ibu bekerja lebih perlahan.

Malah, rahim yang semakin membesar juga membuatkan tekanan tambahan pada organ sekaligus membuatkan sistem pencernaan jadi lambat.

#3. Kontrasi palsu

Sakit perut memulas ketika mengandung

Sekiranya ibu sakit perut semasa di hujung kehamilan, mungkin ia adalah kontraksi palsu atau braxton hicks yang membuatkan perut mengeras buat beberapa ketika.

Namun jangan risau ia hanyalah persediaan tubuh ibu sebelum menjelangnya kontraksi sebenar. Bagaimanapun, jika ia menganggu hari anda, ada baiknya anda terus berjumpa dokor kerana adanya risiko kelahiran pramatang.

#4. Round ligament pain

Sakit perut memulas ketika mengandung

Semasa rahim membesar dan meregang maka ligamen yang berfungsi menahan rahim turut sama mengalami situasi ini. Jadi sebab itu, ibu akan rasai round ligament pain semasa mengubah posisi, bersin atau batuk.

Anda akan rasakan sedikit tajam di bahagian perut, pelvis dan pangkalan paha. Bagi mengurangkan rasa sakit ibu perlu menjaga postur badan supaya dalam keadaan baik.

#5. Kehamilan ektopik/ luar rahim

Ya, kehamilan luar rahim akan menyebabkan ibu rasa sakit perut di samping pendarahan berat sekitar minggu ke 6 dan 10. Kehamilan ektopik adalah amat berbahaya kepada ibu hamil disebabkan itu anda perlu ambil serius jika mengalami sakit perut.

#6. Kencing kotor

Ramai ibu hamil tidak dapat lari dengan masalah kencing kotor kerana faktor perubahan hormon di mana anda akan rasa sakit di bahagian perut dan ari-ari. Malah nak kencing juga rasa pedih.

Jika mengalami keadaan ini adalah lebih baik rujuk dengan doktor dalam kadar segera.

#7. Preeklampsia 

Preeklampsia ini berkait rapat dengan masalah tekanan darah tinggi dan biasanya terjadi pada minggu ke 20. Ia dikenalpasti dengan rasa sakit perut di bahagian atas.

Manakala ibu juga mungkin mengalami apendik semasa hamil terutamanya di bahagian bawah pusat sebelah kanan dan kadang-kadang ia terkesan kerana pembesaran uterus yang mengalihkan sedikit kedudukan apendik. Apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Preeklampsia boleh menyebabkan ibu melahirkan bayi pramatang jadi disebabkan itu doktor sangat menitikberatkan soal ini kerana kelahiran pramatang juga adalah kelahiran yang sangat berisiko.

#8. Keguguran/kelahiran pramatang

Berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan, kelahiran pramatang adalah disertai dengan kontraksi tetap dan sakit belakang yang berterusan.

Antara tanda keguguran selain sakit perut termasuklah rasa nyeri pada punggung, serta pendarahan. Namun, pendarahan atau spotting ketika hamil ini juga boleh berlaku atas beberapa faktor lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: halodoc

Baca juga: 7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Oleh Orang Dewasa, #5 Paling Kena Waspada!

Baca juga: Penyebab Sakit Perut Bahagian Bawah Yang Anda WAJIB Tahu!

Baca juga: 7 Jenis Sakit Perut Yang Sering Dialami Kanak-Kanak & Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!