X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya

6 min bacaan
Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya

Sakit tulang pinggul biasa terjadi pada ibu hamil dan menyebabkan rasa tidak selesa apabila tidur dalam keadaan mengiring.

Ramai pakar bersetuju bahawa wanita hamil sangat digalakkan untuk tidur dalam polisi mengiring berbanding terlentang atau meniarap. Namun, sesetengah wanita mengalami sakit pelvis yang teruk ketika hamil – Symphysis pubis disfunction (SPD) serta sakit tulang pinggul, menjadikannya sangat sukar untuk berasa selesa dan tidur terutamanya secara mengiring.

Tidur mengiring boleh menyelamatkan nyawa dan boleh mengurangkan risiko mengalami kelahiran mati. Menurut kajian, wanita yang mengalami kelahiran mati selepas 28 minggu kehamilan adalah 2.3 kali ganda disebabkan tindakan tidur meniarap berbanding mengiring, pada malam sebelum kelahiran mati berlaku.

Dengan pelbagai saranan dan bukti yang menyokong keperluan untuk tidur secara mengiring semasa mengandung, apakah yang boleh dilakukan untuk membantu para ibu yang mengalami sakit tulang pinggul dan menjadikan tidur lebih selesa dan lena? Jom teruskan membaca perkongsian kami ini untuk mengetahui cara terbaik melegakan sakit pinggul dan pelvis semasa hamil.

Isi Kandungan

  • Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil
  • Gejala SPD Dalam Kehamilan
  • Cara Melegakan Sakit Pelvis Semasa Hamil
  • Cara Tidur Dengan Sakit Pelvis Semasa Hamil

Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil

sakit tulang pinggul, tulang pinggul sakit, sakit pinggul, pinggul, tulang pinggul, sakit tulang punggung, punca sakit tulang punggung

#1. Symphysis pubis disfunction (SPD)

SPD merupakan satu keadaan kehamilan yang tidak selesa dan menjejaskan 1 dalam 300 kehamilan. Kehamilan datang dengan pelbagai kesakitan dan rasa yang tidak selesa serta sakit pelvis yang membabitkan sendi symphysis pubis (terletak di hadapan tulang kemaluan) adalah keluhan biasa bagi ibu hamil.

Sebelum bersalin, ligamen anda sepatutnya meregang dan menjadikan tubuh lebih relaks. Ini adalah salah satu tindak balas tubuh bagi persiapan sebelum kelahiran bayi.

SPD berlaku apabila ligamen yang biasanya mengekalkan tulang pelvis anda sejajar semasa kehamilan, mengendur dan meregang jauh sebelum anda melahirkan bayi, menyebabkan sendi pelvis iaitu symphysis pubis, tidak stabil. 

Keadaan ini menyebabkan kesakitan pada pelvis anda yang mana kedua-dua belah tulang pubik iaitu tulang kemaluan anda bergerak ke atas dan ke bawah antara satu sama lain. Akan muncul juga beberapa gejala tidak selesa lain yang akan menjadi punca sakit tulang punggung.

Menurut Pakar Sakit Puan dan Ginekologi, Dr Sheila Hill, dianggarkan sehingga 60 peratus wanita mengalami kesakitan pada symphysis pubis mereka semasa hamil.

Dalam keadaan yang paling teruk, SPD boleh menyebabkan pemisahan sebenar tulang pubik, di mana wanita mengalami sakit pelvis dan tulang pinggul sakit dengan teruk. Walau bagaimanapun, Dr Hill menyatakan bahawa pemisahan tulang pubik jarang berlaku, dan ia hanya berlaku dalam kurang daripada 1 peratus kehamilan.

SPD lazimnya sering berlaku pada minggu ke-13 hingga minggu ke-30 kehamilan.

Gejala SPD Dalam Kehamilan

sakit tulang pinggul, tulang pinggul sakit, sakit pinggul, pinggul, tulang pinggul, sakit tulang punggung, punca sakit tulang punggung

Sakit SPD dicirikan sebagai sakit yang terfokus di kawasan kemaluan dan pangkal paha, tetapi dalam beberapa kes, ia sampai ke paha atas dan bahagian perineum.

Gejala yang paling biasa adalah kesukaran semasa berjalan, dan sakit yang begitu menyakitkan iaitu terasa seperti pelvis anda terkoyak.

Anda juga mungkin mengalami masalah berikut:

  • Sakit belakang dan/ atau pinggul, dan sakit di bahagian belakang pelvis atau pinggul anda
  • Sakit kawasan kemaluan anda
  • Sakit paha atau sakit di antara kaki anda
  • Sakit yang bertambah teruk apabila anda membuka langkah, berjalan, melakukan aktiviti ringan, menaiki tangga atau bergerak di atas katil
  • Sakit yang bertambah teruk pada waktu malam sehingga mengganggu tidur anda. Kesakitan kadang-kadang membuatkan anda kerap pergi ke tandas di antara waktu tidur yang sememangnya sangat menyakitkan

Keadaan ini boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan atau selepas bersalin dan anda mungkin menyedarinya buat kali pertama ketika trimester kedua kehamilan.

Cara Melegakan Sakit Pelvis Semasa Hamil

Terdapat banyak cara untuk meredakan sakit pelvis semasa hamil. Sebahagian daripadanya adalah melalui fisioterapi, senaman, urut, dan akupunktur.

Fisioterapi adalah rawatan terbaik untuk SPD. Selain daripada meminimumkan kesakitan anda, ia juga boleh membantu meningkatkan fungsi otot dan membantu menstabilkan sendi pelvis anda dan kedudukannya.

Anda juga boleh memakai jelly band, atau jalur sokongan kehamilan untuk menyokong tulang pelvis dan membantu mengekalkan penjajaran yang betul, seterusnya mengurangkan kesakitan.

Sementara itu, terdapat juga banyak latihan untuk sakit pelvis semasa mengandung. Ia termasuklah senaman di dalam air, yang akan membantu menghilangkan tekanan daripada sendi anda supaya anda boleh bergerak dengan lebih baik. Anda juga boleh mencuba Pilates, yang memberi tumpuan kepada kawalan postur dan sokongan asas.

Senaman lain untuk sakit pelvis semasa kehamilan yang boleh anda cuba ialah pelvic tilt, pelvic cirle, regangan paha dalam dan regangan pose kanak-kanak.

Kita semua tahu bahawa urutan pranatal mempunyai banyak manfaat. Jadi, bagaimana pula dengan mendapatkan urutan untuk sakit pelvis semasa mengandung?

Kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa urutan untuk sakit pelvis semasa kehamilan boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kesakitan dan memberikan kelegaan.

Namun apabila bercakap mengenai cara meredakan sakit pelvis semasa hamil, sila pastikan anda elak lakukan perkara-perkara di bawah: 

  • Menolak dan membawa objek berat, termasuk anak kecil anda
  • Berdiri dengan sebelah kaki
  • Membongkok atau memusing untuk membawa sesuatu
  • Duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama
  • Bersilang kaki

Cara Tidur Dengan Sakit Pelvis Semasa Hamil

sakit tulang pinggul, tulang pinggul sakit, sakit pinggul, pinggul, tulang pinggul, sakit tulang punggung, punca sakit tulang punggung

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan bagi memastikan tidur secara mengiring lebih selesa jika anda sedang mengalami SPD.

  • Tidur dengan bantal di antara kedua-dua lutut anda. Ini akan membantu memastikan pelvis anda sejajar dan akan menghilangkan regangan daripada pinggul dan otot pelvis. Tinggikan sedikit kaki anda dengan menggunakan bantal tambahan.
  • Sandarkan bantal di bawah perut semasa tidur untuk ‘mengangkat’ perut anda. Ini juga bagi mengurangkan tekanan pada bahagian bawah punggung anda dan memperbaiki penjajaran tulang belakang dan pelvis.
  • Tukar pakaian tidur cotton dengan baju tidur jenis sutera atau satin untuk memudahkan pergerakan ke atau di atas katil.
  • Teruskan memakai bantal sokongan kehamilan walaupun semasa tidur

Walau bagaimanapun, jika semua ini tidak memberi kesan dan anda masih berasa tidak selesa tidur secara mengiring, cuba tidur dalam posisi condong. Anda juga boleh cuba tidur di kerusi malas atau di sofa yang disandarkan dengan bantal.

Kami berharap tips ini dapat menjawab soalan anda tentang cara tidur dengan sakit pelvis atau sakit tulang pinggul semasa mengandung.

Ingat, anda juga boleh berbincang dengan doktor anda tentang ubat tahan sakit yang selamat jika mengalami kesakitan yang terlalu teruk. Kehamilan sememangnya perjalanan yang panjang dan kadang-kala boleh menjadi sukar disebabkan keadaan seperti ini. Jadi, kami berharap anda kekal bersabar dan kuat sepanjang tempoh 9 bulan ini ya!

  1. Healthline (Aug 15, 2018). How to Relieve and Prevent Hip Pain During Pregnancy. www.healthline.com/health/pregnancy/pregnancy-hip-pain#takeaway

Artikel ini mendapat kebenaran untuk diterjemahkan daripada theAsianparent Singapura. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

Baca juga: Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik

Baca juga: Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

 
Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya
Kongsikan:
  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.