Doktor cuai tersalah bagi ubat suntikan, jantung bayi ini terhenti dan hampir lemas!

lead image

Kesilapan ketika merawat pesakit sepatutnya tak berlaku. Namun ia terjadi pada keluarga kecil ini apabila doktor salah bagi ubat suntikan pada anaknya.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur satu tahun dikejarkan ke hospital selepas terhantuk di kepala. Ibu bapanya ingin memastikan tiada kecederaan serius. Namun ia bertukar tragedi ngeri apabila pihak hospital telah salah bagi ubat suntikan ketika di hospital tersebut! 

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Nepean Hospital, New South Wales Australia. Declan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan imbasan CT scan.

Dalam pemeriksaan imbasan CT scan itu, doktor memberitahu ubat yang sesuai untuk meredakan bengkak di kepala Declan adalah ketamin dengan berat 12 mg perlu diberikan padanya. 

Namun, akibat kecuaian pihak hospital, doktor yang merawatnya telah salah bagi ubat suntikan yang mengandungi 12 mg suxamethonium!

Doktor salah bagi ubat suntikan: Wajah anak kebiruan

salah bagi ubat, salah bagi ubat suntikan, suntik salah ubat, salah ubat, doktor suntik salah ubat, tersalah ubat, hospital bagi salah ubat, ubat anak salah, tersalah ubat, tersalah suntikan ubat pada anak

Apa itu suxamethonium? Ia merupakan sejenis ubat atau dadah yang membuatkan seseorang yang mengambilnya lumpuh dalam jangka pendek dan menyebabkan tubuh menjadi kebal dari rasa sakit.

Menurut ibu Declan, dia melihat bibir anak lelakinya itu bertukar kebiruan dan secara tiba-tiba Declan tak boleh bernafas seperti lemas. Tanpa menunggu panjang, dia terus memberitahu doktor ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. 

“Doktor tersebut datang dan terus ambil anak saya,” katanya. 

Lebih mengejutkan, terdapat dua batang jarum suntikan berada dalam dulang ubat yang diberikan kepada doktor tersebut. Malangnya, doktor salah bagi ubat suntikan kepada Declan dan boleh meragut nyawa bayi malang itu!

Akibat salah bagi ubat, doktor mohon maaf 

salah bagi ubat, salah bagi ubat suntikan, suntik salah ubat, salah ubat, doktor suntik salah ubat, tersalah ubat, hospital bagi salah ubat, ubat anak salah, tersalah ubat, tersalah suntikan ubat pada anak

Selepas itu, Declan dikejarkan kembali ke hospital dan melakukan CT scan kali kedua untuk pastikan tiada masalah yang berlaku. 

Keluarganya bersyukur kerana Declan tidak mengalami sebarang masalah teruk dan tiada kecederaan dalam jangka masa panjang. 

Namun, ibu Declan tidak dapat melupakan situasi di mana degupan jantung Declan terhenti selama 90 saat. Manakala terdapat seorang jururawat mula menangis kerana tahu apa yang berlaku akibat salah bagi ubat. 

Justeru, doktor tersebut memohon maaf kepada ibu bapa Declan dan berjanji insiden sebegitu tidak berlaku lagi dan lebih berhati-hati ketika merawat pesakitnya. 

Apa itu CT scan? 

Imbasan CT ialah singkatan dari Computerized Tomography Scan. Ia merupakan alat bantuan sinar-X untuk melihat organ badan tertentu.

Dengan CT scan, ia menjadikan gambar yang diambil lebih fokus pada organ yang ingin diperiksa. Malah hasil gambar juga lebih jelas jika dibandingkan dengan scan biasa. 

CT scan digunakan untuk…

  • Diagnosis kelainan tulang dan otot seperti ada tumor pada tulang, patah tulang atau kelainan tulang belakang.
  • Menentukan secara mendalam lokasi sel kanser, jangkitan kuman atau darah beku.
  • Memantau perjalanan sesuatu penyakit seperti pendarahan otak. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore, Mediskus 

Baca juga

8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda