Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun - pakar psikologi
Anda sambut hari jadi anak setiap tahun? Mungkin anda perlu berhenti buatnya. Pakar psikologi mendapati majlis hari jadi setiap tahun tak bagus buat mereka.
Sambut hari jadi anak setiap tahun
Setiap ibu bapa pasti mahu sambut hari jadi anak setiap tahun, kan? Ia umpama sebuah keraian untuk meraikan yang anak kita ini sudah semakin membesar.
Ada ibu bapa yang sambut hari jadi anak setiap tahun dengan parti besar-besaran, siap bertema lagi. Menyambut majlis hari jadi anak bukan benda buruk, tapi ramai pakar psikologi dari Psychology Today tak menggalakkan kita berbelanja besar untuk setiap hari jadi.
Dan mereka ada sebab yang kukuh kenapa. Kanak-kanak sekarang semakin kerap salah anggap. Mereka fikir setiap kali hari jadi mereka, mereka akan disambut dengan majlis hari jadi besar-besaran.
Jadi mereka mula mengira umur mereka dengan berapa banyak parti kita buat untuk mereka.
Kenapa pakar psikologi tak bagi sambut hari jadi anak setiap tahun
Pakar mendapati menyambut hari jadi anak dengan majlis atau parti tidak bagus kerana anak kita akan sukar membezakan umur mereka apabila mereka tak disambut dengan sebarang majlis.
Memang ibu bapa tak salah untuk rasa excited nak sambut birthday anak sebab mereka semakin membesar. Tapi cukuplah dengan berkumpul secara kecil-kecilan dengan keluarga.
Sambut hari jadi anak sebagai menghargai tumbesaran dan pencapaian mereka. Anda tak perlu sambut secara besar-besaran pun.
Majlis hari jadi anak dan mesej yang dibawa
Dengan zaman moden sekarang, kanak-kanak tengok media sosial dan menyangka majlis hari jadi harus disambut besar-besaran. Kalau ia tak dibuat, mereka seolah-olah tak disayangi atau dihargai.
Ia bukan benda yang bagus. Lagipun media sosial bukan realiti yang sebenar. Media sosial hanya membuatkan ibu bapa berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.
Lebih-lebih lagi dalam ekonomi yang semakin merosot ini!
Sambutan hari jadi anak yang lebih berharga
Saya bukan mengatakan ibu bapa tak payah sambut hari jadi anak langsung, tapi hari jadi yang lebih berharga terbentuk dalam detail yang kecil saja. Contohnya seperti berkumpul dengan keluarga.
Jangan biar anak anda “mengira” usianya dengan menghitung berapa banyak majlis hari jadi besar-besaran dia dapat atau betapa meriah setiap majlis hari jadi.
Sekali-sekala anda nak buat majlis hari jadi dan sambut hari jadi anak yang penuh dengan belon dan badut tak apa. Tapi bukan setiap tahun.
Pencapaian anak kita harus dirai. Lagipun kalau kita sebagai ibu bapa tak menunjukkan betapa kita berbangga dengan mereka, siapa lagi?
Tapi, anda boleh jadi kreatif untuk buat sambutan hari jadi. Tak perlu berbelanja besar pun. Bentuk sifat berjimat pada anak sejak mereka kecil.
Lagipun, tak semua ibu bapa di luar sana mampu untuk sambut hari jadi anak besar-besaran.
Sama-samalah kita berjimat dan mendahulukan perkara yang penting.
Adakah anak anda setiap tahun ada parti hari jadi? Kalau tiada, bagaimana anda ajar mereka tentang hari jadi ini? Kongsikan dengan kami!
Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: