Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit

Sapu sampah, angkat barang berat, sental tandas adalah antara pekerjaan yang dilarang ketika tempoh berpantang. Ia boleh bahayakan ibu-ibu

Sapu sampah dan menyental tandas ketika waktu pantang adalah sangat tidak disarankan untuk dilakukan oleh para ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Ini termasuklah kerja-kerja berat yang lain. Pendek kata, waktu berpantang itu adalah masa untuk menyembuhkan segala luka dan kesakitan yang dialami ketika melahirkan anak.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Boleh ke sapu sampah ketika dalam pantang?
  • Nurse tegur muka pucat dan pendarahan teruk akibat menyapu rumah waktu pantang

Jadi gunakan tempoh berpantang ini untuk diluangkan bersama bayi dan juga berehatlah secukupnya. Kerja-kerja rumah itu boleh diberikan kepada suami atau anak-anak yang lain.

Jangan menggatal nak buat sendiri, ada padahnya ya ibu-ibu!

Boleh ke sapu sampah ketika berpantang?

sapu ketika pantang

Penjelasan mengenai isu ini telah dikupaskan oleh seorang pengguna Facebook (Suria Mohammad) menerusi satu hantaran.

Dia telah berkongsi pengalamannya sendiri ketika hamil anak ke-3 dan sewaktu berpantang, dia juga mengalami masalah dan melontarkan soalan yang sama iaitu ‘Kenapa pula tak boleh menyapu rumah waktu berpantang?”

Ini jawapan serta penerangan ringkas daripada wanita tersebut:

sapu sampah

Menurutnya, berpantang anak no-3 ini dia hanya berpantang sendiri dan dibantu oleh suami. Tapi dia merasakan ‘kuat’ siap boleh berjalan sendiri, turun dari katil wad, masuk bilik air dan sebagainya.

Tidak seperti ketika melahirkan anak pertama dan kedua.

menyapu ketika berpantang

sapu sampah

Boleh menyebabkan berlakunya tumpah darah

Selepas seminggu tempoh bersalin berlalu, jururawat akan datang ke rumah untuk melakukan pemeriksaan lanjut tentang kesihatan ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Tapi waktu itu jururawat siap tegur kenapa mukanya kelihatan pucat?

Dia merasakan perkara itu normal mungkin sebab baru melahirkan anak.

Keesokkan harinya iaitu hari ke-8 merupakan hari jadi suaminya, dia pun menyibukkan diri untuk membuat persiapan hari jadi. Sehingga tiba waktu malam, dia merasakan sakit kepala. Tapi masih boleh bangun untuk menyusukan bayi.

Tiba jam 12:30 malam, mula ‘turun darah’!

sapu sampah

sapu sampah

Doktor periksa masih ada darah beku, rahim luka dan turun darah

sapu sampah

Doktor beri antibiotik sebab terkena jangkitan

Oleh disebabkan ada jangkitan pada rahim, doktor terpaksa memberikan antibiotik sebab kalau darah mengalir tanpa henti dalam masa 24 jam, kemungkinan besar dia terpaksa membuang rahimnya.

Tapi alhamdulillah, perkara itu dapat diselamatkan sebelum terlambat.

sapu sampah

Dah beransur pulih, tapi masih dalam pemeriksaan doktor untuk cek rahim

sapu sampah

sapu sampah

Kisah di atas ini boleh dijadikan pengajaran buat ibu-ibu di luar sana yang merasakan bahawa pantang ini tidak penting.

Bukanlah kena ikut segala cara berpantang orang dulu-dulu, tapi kalau boleh ambil tempoh berpantang ini untuk rehat secukupnya supaya anda akan lebih cepat pulih seperti sedia kala.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat.

Suria Mohammad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca Juga:  Menu Sarapan Pagi Untuk Ibu Berpantang Yang Sihat & Mudah, Suami Pun Boleh Buat!

Baca Juga:  5 Jenis Snek Ibu Berpantang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Tingkatkan Susu Badan

Baca Juga:  4 Resepi Masakan Berpantang Yang Baik Untuk Rangsang Imuniti Ibu Lepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!