Bayi ini kena sawan 30 kali sehari! Ibu, ketahui tanda sawan pada bayi

lead image

Sawan pada bayi baru lahir tidak mudah untuk kita ketahui kerana mereka tidak menunjukkan tanda yang jelas seperti orang dewasa. Baca untuk ketahui.

Apabila anak kita demam pun kita sudah tak sanggup nak melihatnya. Apa lagi melihat bayi terkena sawan. Apa yang boleh menyebabkan sawan pada bayi baru lahir?

Inilah apa yang harus dilalui oleh bayi berusia tiga bulan ini. Kimberly mendapat sawan lebih 30 kali sehari!

Pertama kali Kimberly mendapat sawan, sawan tersebut berterusan sehingga 30 minit hanya dua hari selepas dia dilahirkan di Indonesia. Ini membuatkan ibu dan bapa Kimberly risau.

Pelbagai ujian dilakukan ke atasnya termasuk imbasan MRI. Walaupun sawan Kimberly boleh dikawal dengan ubat, sawan ini tidak hilang sepenuh.

Setelah gagal menghentikan sawan dan tiada pakar di Indonesia mampu untuk merawat mahupun mengawal keadaannya, Kimberly dibawa ke Hospital KK Wanita dan Kanak-Kanak di Singapura untuk mendapatkan rawatan.

Sawan pada bayi baru lahir: Hemimegalencephaly

sawan pada bayi baru lahir, sawan demam, bayi kejang, bayi kena sawan, cara merawat sawan, sawan pada kanak-kanak

Selepas melakukan imbasan MRI di Hospital KK, Kimberly disahkan menghidap Hemimegalencephaly.

Hemimegalencephaly adalah sejenis penyakit neurologi yang jarang berlaku, di mana bahagian sebelah otak lebih besar dari otak lagi satu. Tisu otak yang menyebabkan kekerapan sawan yang berlaku dan ia perlu dibuang dengan pembedahan.

Ini akan membuatkan Kimberly hilang kawalan pada sebelah tubuhnya dan meninggalkan hanya otak kiri untuk menguruskan semua fungsi badan.

Kasihannya jika sawan pada bayi baru lahir!

Dengan mengambil kira umur Kimberly dan penyakit yang jarang berlaku ini, para doktor tidak pasti apa yang akan berlaku.

Tapi ibu bapanya telah berjanji untuk memberikannya peluang berjuang kerana Kimberly adalah seorang bayi ajaib yang mereka tunggu selama 10 tahun. Mereka tak mahu kehilangannya.

Terkini, kos perubatan Kimberly adalah sebanyak SGD70,000 (RM210,000) tidak termasuk kos pembedahan.

Kos perubatan dijangka lebih dari SGD150,000 (RM450,000) kerana kemungkinan pembedahan berganda, menurut GiveAsia.

Sawan pada bayi baru lahir: Apa itu sawan?

sawan pada bayi baru lahir, sawan demam, bayi kejang, bayi kena sawan, cara merawat sawan, sawan pada kanak-kanak

Sawan berlaku apabila sel otak mengalami aktiviti abnormal elektrik yang menyebabkan gangguan pada isyarat elektrik normal otak.

Dalam bahasa mudahnya, ia seperti lintasan pintas otak, kata Adam Hartman, M.D., pembantu profesor di Pakar Neurologi dab Kanak-Kanak di Pusat Kanak-Kanak Johns Hopkins.

Menurut Institut Neurosains Singapura, sawan boleh berlaku akibat:

  • Kecederaan otak
  • Jangkitan dalam otak
  • Tumor 
  • Strok
  • Genetik

Mudah untuk mengenal sawan pada orang dewasa, tapi pada bayi, mereka menunjukkan tanda yang lebih kabur, malah susah untuk dikenalpasti.

Ibu bapa yag belum pernah melihat sawan pada bayi baru lahir mungkin tidak akan perasan ada sesuatu yang berlaku.

Ini adalah video bagaimana sawan pada bayi baru lahir sangat susah untuk dikenalpasti:

Video sawan pada bayi baru lahir 

Sawan pada bayi baru lahir: Jenis sawan dan tanda yang perlu diperhatikan

  • Sawan demam– Mata bayi akan ke atas serta anggota badan akan jadi kejang atau tersentak. Sawan ini biasanya terjadi akibat demam terlalu panas.
  • Sawan fokal –  Tanda termasuk berpeluh , muntah, pucat dan kejang pada satu bahagian otot seperti jari, tangan atau kaki. Bayi juga akan menangis, menjerit atau tidak sedarkan diri..
  • Sawan tidak sedar– Anda mungkin perasan yang bayi sedang merenung atau melamun. Bayi juga mungkin akan mengelipkan mata dengan banyak atau dilihat seperti mengunyah sesuatu. Sawan ini biasanya berlaku kurang dari 30 saat dan berulang beberapa kali.
  • Sawan atonik– Bayi anda tiba-tiba tidak memberikan respon atau tidak bergerak akibat kehilangan upaya otot secara tiba-tiba. Seperti, kepala bayi tiba-tiba jatuh semasa merangkak.
  • Sawan tonik – Kejang pada setengah atau seluruh badan.
  • Sawan myoklonik – Sawan yang berlaku beberapa hari berturt-turut termasuk pergerakan tersentak di leher, bahu atau bahagan atas lengan bayi.

sawan pada bayi baru lahir, sawan demam, bayi kejang, bayi kena sawan, cara merawat sawan, sawan pada kanak-kanak

Apa yang perlu anda lakukan jika and melihat sawan pada bayi baru lahir?

Walaupun ia kedengaran tidak masuk akal, anda perlu mengambil video bayi anda mengalami sawan kerana menunjukkan video ini pada pakar kanak-kanak akan membantu mereka merawat bayi dengan lebih mudah.

Penting juga untuk anda mengambil tahu perkara-perkara penting ini:

  • Berapa lama sawan berlaku?
  • Bila sawan bermula? Adakah pada lengan, kaki, mata atau merebak ke bahagian badan yang lain?
  • Bagaimana cara sawan berlaku? (kejang atau tersentak)
  • Apa perkara terakhir yang bayi anda lakukan sebelum sawan?

Jangan lupa untuk mengambil langkah keselamatan apabila bayi terkena sawan:

  • Pusingkan bayi anda ke bahagian tepi badan untuk mengela mereka tercekik muntah sendiri.
  • Jangan cuba untuk hentikan sawan atau letak apa-apa dalam mulut mereka.
  • Jika bayi terkena sawan lebih dari 5 minit dan mula bertukar kebiru-biruan, minta pertolongan cemas dengan segera.
  • Segera dapatkan bantuan jika anak tidak boleh respon pada anda selama 30 minit selepas sawan berlaku.

Melihat bayi anda kejang dan tidak berupaya semasa sawan boleh menjadi pengalaman yang menakutkan untuk dilihat dan untuk melihat bayi anda terkena sawan sebanyak lebih 30 kali sehari adalah lebih menyakitkan. B

erikan ibu bapa ini semangat kerana memberikan peluang pada anak mereka untuk terus berjuang. Anda juga boleh membantu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Jangan berlengah jika suhu demam bayi cecah 40°C, ia satu tanda tak baik!