Selain ‘No’ Ada Cara Lain Untuk Anda Tegah Anak, Cuba 5 Cara Ini!

undefined

Say no to kids adalah perkara biasa yang ibu bapa selalu buat. Kadangkala sendiri pun naik muak bila asyik kata ‘no’ saja pada anak.

Say no to kids adalah perkara biasa yang ibu bapa selalu buat. Kadangkala sendiri pun naik muak bila asyik kata ‘no’ saja pada anak.

Bukan ibu bapa saja muak, malah anak-anak pun mungkin sudah terbiasa dan tidak lagi mahu mendengar cakap kerana terlalu selalu dengar ibu atau ayah say no.

Tapi bila melihat ibu bapa lain, kadang kala kita jadi pelik, tidak pula mereka sering berkata no pada anak. Malah lebih suka menggunakan perkataan lain, dan ajaibnya anak itu mendengar kata pula. Mulalah rasa diri looser bila sering berkata tidak pada anak kan?

Say no to kids boleh dibuat dalam cara lain

Say no to kids

Selain berkata tidak kepada anak, sebenarnya ada banyak cara lain yang lebih kreatif yang boleh anda gunakan.

Malah dengan pendekatan itu, anak mungkin akan lebih mudah mendengar kata dan menerima pendapat anda dengan terbuka.

Cara anda menyampaikan cara anda tidak bersetuju dengan anak juga memainkan peranan sama ada dia dapat menerimanya atau sebaliknya ya kerana penggunaan perkataan berkait rapat dengan pendekatan psikologi.

Menurut portal parents.com, ada beberapa pendekatan dan penggunaan ayat yang boleh anda gantikan dengan tidak atau paling selalu sebut adalah ‘no’.

#1. “Awak dah membesar, ibu akan beri lebih tanggungjawab pada awak”

Say no to kids

Gunakan ayat ini jika anak tiba-tiba jadi malas mahu kemas katilnya yang memang menjadi rutin setiap hari. Selain berkata tidak anda boleh gunakan cara ini untuk menarik psikologi anak.

Jika anda katakan tidak, awak mesti kemas katil, ada kemungkinan anak jadi lagi tidak mahu buat.

#2. “Habiskan dulu makanan atau kerja ini, baru buat benda lain”

Kadang kala anak boleh menjadi terlalu teruja untuk buat sesuatu. Jadi dia kelam kabut untuk buat semuanya. Jadi selain berkata tidak untuk dia buat atau makan benda lain sebelum dia habiskan makanan sebelumnya, anda boleh cuba gunakan pendekatan ini.

Itu lebih baik dan nampak berdiplomasi berbanding terus katakan tidak kepada kemahuan mereka. Ia akan nampak anda masih memberi mereka peluang, daripada terus bulat-bulat menolak.

Anak juga ada hati dan perasaan ya ibu ayah.

#3. “Ibu tahu awak suka aiskrim, tapi makan terlalu banyak tidak elok”

Daripada anda mengatakan tidak jika dia mahukan aiskrim, anda boleh gunakan cara ini. Di situ anak anda akan memahami bahawa boleh makan aiskrim tetapi perlu berpada-pada dan bukanlah selalu.

Bukanlah anda tidak beri langsung, tetapi ada batasnya kerana jika makan aiskrim terlalu banyak pun kurang elok juga kan? Gula dalam aiskrim boleh membuatkan mereka hiperkatif, tetapi jika dalam kadar yang sedikit tidak akan memudaratkan.

Boleh saja anda cipta satu hari cheat day untuk anak anda yang mana pada hari itu dia boleh makan aiskrim. Itu akan mengajarnya patuh pada peraturan dan akan menunggu pada hari yang sepatutnya itu untuk makan makanan kegemarannya itu.

#4. “Makanan adalah untuk dimakan, bukan dibuang atau dibaling”

Kanak-kanak suka makan bersepahkan? Ada kalanya mereka seperti sengaja suka baling-baling makanan tersebut. Jadi selain menggunakan perkataan tidak yang mungkin meningkatkan lagi rasa dia mahu membaling makanan, apa kata anda katakan perkataan ini.

Mungkin dia lebih menerimanya dan berhenti melakukan perkara seperti membaling makanan atau menumpahkan makanan dengan sengaja. Teknik psikologi ini amat membantu kerana kita sebagai ibu bapa menerangkan kepada mereka kenapa makanan itu tidak boleh dibaling.

#5. Jangan ketuk-ketuk lego, mari ibu ajar cara bermain dengan betul

Say no to kids

Ada kanak-kanak yang suka ketuk lego. Mereka suka pada bunyinya mungkin. Jadi jika mereka ketuk-ketuk, daripada mengatakan tidak lebih baik anda ajarnya cara bermain yang betul.

Walaupun dia kecil, dia akan memahami apa yang anda katakan jika anda sampaikan dalam bentuk yang menjaga hatinya daan juga psikologinya.

Cuba elak katakan tidak, gunakan perkataan lain yang akan membuatkan mereka rasa marah atau kecil hati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: parents.com

Baca juga:

Ajar Anak Bersihkan Rumah Dengan Panduan Mengikut Umur Ini

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!